Saturday, June 27, 2009

Selamat Hari Ulangtahun Adib!



Hari ni Adib genap 6 tahun, berkongsi bulan harijadi dengan ayahnya. Bawak dia pegi jalan-jalan, makan, kononnya nak pergi tengok Transformers, tapi petang sangat..dah la tu ramaiiiiinya orang..

Best kebab ni..
Ice-cream untuk budak-budak


Pizza

Aku tak masak hari ni sebab hari ni kami makan kat luar..hehhehe..kami order kebab, sundae untuk budak-budak, keropok udang, pizza..huh..kenyang..on the way balik umah, beli lauk sikit. Sampai umah tengok ada plastik tergantung..Rezeki ..ada jiran bagi lauk..urmm..budak-budak takmo makan sebab dah kenyang. Aku sempat masakkan sebiji kek untuk Adib..suka dia kemain. Katanya dia suka sebab birthday dia private, tak macam kakak, celebrate ramai2..dia tak nak..nak family je..apa-apa sajalah abang..

Untuk Adib : SELAMAT HARIJADI KE-6 TAHUN. KAMI SAYANG ABANG!!!

Thursday, June 25, 2009

Sushi

Entry selepas saja untuk compilekan semua recipe yang pernah ku buat sepanjang kat sini..so layannn..

Bahan-bahan
1/2kg beras Jepun/sushi
4 1/2 s/bsr cuka
2 s/bsr gula
Avocado
5 helai Seaweed - kilat di bawah, kesat di atas
Mayonis
Bamboo matt

Cara-cara
1. Beras sushi dibasuh dan dimasak seperti biasa
2. Cuka dan gula dimasak atas dapur api kecik, bila cair sejukkan periuk di bawah ais (mcm teknik double boil dan kacau dengan senduk kayu)
3. Bila nasi masak, sejukkan dan curah cuka tadi. Kacau dengan senduk kayu dan sejukkan depan kipas
4. Ratakan nasi atas seaweed, letak inti, mayo dan gulung padat

* Sementara nak tunggu proses gulung selesai, baki nasi tadi perlu tutup dgn kain lembab.
* gambar dah letak di entry sblm ini.

Nasi Lemak Sambal Sotong

Breakfast kami pagi ni dan anak-anak mintak untuk dipackkan for their lunches. Senang kerjaku. Lama sangat tak buat dan hari ni kena buat dua kali..round pertama licin dan lepas hantar anak ke sekolah, balik, masak lagi satu pot. Yum..yum..yum..

Nasi Lemak

Bahan-bahan
2 cawan beras
1/2 tin santan+ air
1 s/teh garam
dua tiga helai daun pandan

Cara-cara
1. Basuh beras seperti biasa
2. Masukkan daun pandan, santan , air, garam dan adjust sukatan air dan rasa.
3. Masak dalam rice cooker ( nak mudah)

Sambal Sotong
1 ekor sotong saiz besar - dipotong
6 biji cili kering
3 ulas bawang putih
1 1/2 labu bawang besar
Sedikit belacan
Air asam jawa, garam dan gula

Cara-cara
1. Potong dan basuh sotong bersih-bersih
2. Rebus dahulu cili kering sebentar( kasik kurang pedas)
3. Blender bersama bawang putih, bawang besar, cili kering dan belacan
4. Tumis bahan blender hingga pecah minyak, masukkan garam dan gula
( nak kasik color sambal kick,)
5. Masuk sotong dan air asam
6. Biarkan renih sebentar ( jangan terlalu lama, sotong akan liat)
7. Masak, angkat dan hidang

Nilah hasilnya :
Jangan lupa telur rebus, timun dan kacang goreng serta ikan bilis. Aku tak letak ikan bilis sebab ikan bilis kat sini mahal, dah tu keras mcm plastik. Kacang goreng pulak ahli keluarga tak minat.

Wednesday, June 24, 2009

Lagi video







Video



Ambik sebaik saja pulang dari sekolah..

Aqil auta!

Ni budak demam..


Pagi ni macam biasa rutin hantar anak ke sekolah. Last trip is Aqil. As usual before he go to school, he demand for something, but today I just ignore his request. He threated me not to go to school if I don't buy something for him and I just said " You've got to go to school first, then only ummi buy something for you".. He seems frustrated and I'm feel so guilty no buying something for him.

Sampai sekolah, dia menangis bagai nak rak, tapi lepas cikgunya pujuk, dia ok. Maka aku pulang dgn hati yg senang..tup-tup dalam kul 12.00, cikgunya call kata Aqil demam..suhu badannya naik tinggi. Terus aku pegi ambik dia..bila jumpa tengok macam tak demam, tapi agak kuyula. Nampak saja aku, terus dia kata Acil nak balik..oklah kita balik..part best dia boley siap lambai2 kat cikgunya. Dalam hati "demam ke tidak budak ni?" Dalam keta, dia habiskan jemput2 pisang yg buat bekal tadi dan dua bar coklat! Dalam hati"macam tak demam"..Sampai rumah, lagi demand nak susu, habis susu sebotol, siap boleh lompat2!.. aiyoh! ni bukan demam ni..dia boley cakap sekolah tak best..check suhu badan normal..compem budak ni auta!..mana adanya monyok, lagi hyper adalah..nasi satu pinggan, susu dua botol..dan siap sengih2..acil tak demam pun..
Nasi ayam untuk lunch..ni ala-ala nasi ayam penyet
Untuk cuci mulut, tengah musim sekarang ni..yum..yum..
Muka orang demam tengah syok makan nasi..

Adik terrorla sebab boleh buat semua orang panik.tadi kat sekolah suhu dia 38.2.cemana lak sampai rumah suhu dia jadik normal balik? musykil betul...aku tadi siap bawak pcm takut2 suhu naik lagi tinggi..adik..oh adik...you cleaver arrr...

Monday, June 22, 2009

Entry entah hapa-hapa...

Sebenarnya perasaan ni sepatutnya dikawal dan jangan dilayan, tapi kita hanya manusia biasa. Kadang-kadang kita tak mampu membendung perasaan marah dan sesekali kita terpaksa melampiaskan perasaan marah tu..

Ni mood minggu2 sebelum ni. Biasalah kalo kita tak usik orang, orang usik kita. Nilah yang dikatakan lumrah kehidupan..Pahit manisnya merantau..Cewahhhh..

Tapi sekarang aku dah tanak marah dah, buang karan jek..baik aku layan tv, lagi syok.., hujung minggu kami terasa sungguh damai dan tenang, walaupun kami tak kuar mana-mana. Just sitting around in the house, in front of our lovely logburner, feel the warmth with a cup of coffee and a plate of curry puff...hmmmm..heaven..Kami tak kisah apa yang berlaku kat luar..dan seperti biasa lepas sesi makan-makan, aku mula kemas rumah sebabnya mingu ni ada HOUSE INSPECTION!..wah hahahahahah..jenuhla aku panjat tangga nak bersihkan siling rumah, memberus art wall kat bilik, dapur, basuh bilik air dan toilet..penat seh!..En.Jemi pulak tolong kemaskini loker2 kami yg rasanya macam tak ada barang, tapi bila kemas,..Ya Rabbi..macam-macam khazanah kuar. malam tadi aku just lepak2 since siangnya dah kerja keras dan tengok Grey Anantomy..siri fav yg tak boleh miss itu..sedih pulak tengok kali ni sebab resident Doc tu dah tahu yg Izzy ada brain tumor. Siri semalam berkisar pada persahabatan. Macam mana tak suka sekali pun, kita masih tetap perlukan kawan di sisi..sebagai pelengkap..Kawan muncul dalam pelbagai medium..yang pastinya hargailah erti sebuah persahabatan..
Lunch semalam..Nasi dagang Winter Sonata..hihihih
Fresh salad

Wednesday, June 17, 2009

A gift From Malaysia.....

A million, zillion thanks to my friend for the gift..Dah lama usha-usha tudung ni, then dapat tahu my friend nak balik Mesia, aku kirim tudung ni.. Hari ni dapat cal katanya dah kembali ke sini..dah seminggu rupanya..Aduhai..ketinggalan rupanya aku..sempatlah sembang2 since dah lama tak nyembang..seronok bila dapat bersembang ni.. then petang tadi, aku singgah umah dia ..ziarah sebentar..sebenarnya nak kasik cake besday tu..then aku dapat ni dari dia..Yayyyyyy..thank you soo much kak..aku nak beli tapi dia tanak ambik duit..banyak lak tu dapat..laki aku punya besday..tapi aku yg dapat pressie..hehehhehehe

Apa-apa pun terharu sangat sebab banyak sangat dikasiknya..ada ubi, ada batas, ada hari boleh kubalas..( apalah yg mek nak kasik, nak kasik kuih segan..hubbynya chef..! mek chef amatur jek..nanti mek pikirlah..)

Selamat hari jadi!!!


Hari ni besday En Jemi..Dari semalam kami anak banak wish..tapi mandangkan tak officially the day, maka hari ni wish lagi.. HAPPY BIRTHDAY AYAH! We Love you..moga dipermudahkan urusan dan memperolehi kejayaan..Amin..no gift but just a humble cake..hehheehehehhe..( anak-anak baca gelak..sebab di cake tertulis nama penuh ayah..hahahahh)

Tuesday, June 16, 2009

Bubur Lambuk

Adib tak sihat hari ni. Pagi tadi sekolah call bagitahu yg Adib muntah di sekolah. Then aku pun terus pegi ambik dia kat sekolah..melepek di sick bay..kesian dia..dari sekolah terus kami bawak pegi jumpa GP sebagai langkah berjaga-jaga. Sekarang ni dah banyak kuar sekular pasal pandemic influenza nih..nasib baik GP kata stomach bug..memang patut kami bawak. Mandangkan Adib tak sihat dan Atif pun baru nak baik dari demam, maka aku buatkan derang bubur lambuk. Selera sikit makan..Resepinya aku main campak2 saja..

Bahan-bahan
1 cawan beras
1 liter stok ayam / air
Sehelai Daun pandan (buat wangi)
3 ulas bawang merah - Dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1cm Halia - dihiris halus
Isi ayam dihiris halus@ daging
Sedikit lada hitam
5 kuntum bunga cengkih
5 biji ketumbar
2cm kayu manis
Sedikit santan
Sedikit butter
Garam dan gula

Cara-cara :
1. Basuh beras dan masukkan stok ayam, hirisan halia dan daun pandan. Masak hingga jadik
bubur.
2. Bawang merah, bawang putih, bunga cengkih, kulit kayu manis, ketumbar digoreng hingga
wangi.
3. Goreng ayam@ daging hingga agak garing
4. Semua bahan yg digoreng tadi masukkan dalam bubur.
5. Letak santan, butter, garam dan gula sesedap rasa.
6. Dah masak, masa nak hidang letak bawang goreng, daun bawang@ daun sup sebagai aksesori

Monday, June 15, 2009

Suprise! Suprise!

Kejutan Pertama :
Winter kali ni agak luar biasa..dah seminggu cuaca panas..I mean sunny day, temperature masih lagi sejuk tapi ada sunshine..Kalo iku last winter bulan2 gini dah snowy..payah la nak nampak sunshine ni....masalah global warming sekarang ni buat cuaca dunia tak menentu....kalau last winter kami boleh nampak bukit belakang umah dah putih diselaputi salji..tahun ni sebaliknya...

Kejutan Kedua :
Hari ni dah ada orang datang ukur utk pasang heat pump kat umah kami yang sejuk ni. Setelah berdiplomasi dengan unit accomodation, maka dapatla apa yang kami hajatkan..Terima kasih sebenarnya untuk En Jemi sebab atas senyuman manis dialah maka minah mat salleh tu luluskan permintaan kami..gamaknya aku ni senyum tak cukup manis dan tak pandai berkata-kata..hahhahaha..cayalah En Jemi..sekali pegi saja, terus dapat..

Kat sini ada sikit gambar breakfast kami last week..
Aku masak ni utk En Jemi sebab dia berjaya consult minah accomodation tu..upah ye yang!!...

Cekodok pisang untuk anak-anak..

Karipap- saja perabihkan saki baki kentang kat dapur..

Thursday, June 11, 2009

Rindu..



Saat ni kami dah mula rindu pada M'sia. Yalah kampung halaman..merantau jauh begini memanglah seronok, tapi tak sama dengan negara sendiri. Kata orang hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, manakan sama dengan negeri sendiri.

Perjalanan kami di sini masih lagi jauh..lama lagila kami akan pulang..duduk menghitung hari begini memanglah terasa lama..bagi yang study, masa itu emas..setiap saat itu amat berharga..

Tapi gitulah..sesungguhnya kami terlalu rindu pada kg halaman..rindu pada kesibukan KL, rindu pada gerai-gerai makan yang tumbuh bagai cendawan, rindu pada semualah! dah banyak kami kehilangan..dah banyak peristiwa kami ketinggalan..Di sini, suasananya berbeza...seronok memang seronok tapi kepuasan tu tak ada..Hari-hari aku buat tanda pada kalendar..menghitung hari..makin aku hitung, makin lama jadiknya..
* Setahun yang sudah...
Dulu masa datang En Jemi botak..kini En Jemi dah berambut panjang..katanya saja nak menunjukkan betapa lamanya kami kat sini..nak letak photo dia? huh! tak ada maknanya dia kasik..payah benar nak bergambar..anak-anak pun kini semua dah berambut panjang..saja kami panjangkan..kecuali Aqil..sebab Aqil kalo rambut panjang..orang kata girl..so rambutnya kami pendekkkan sikit..kakak? dah digunting gara-gara kutu..budak-budak kat sini mmg banyak kutu..geram pulak rasanya..

Itulah..tiba masa nanti kami pulang..pulang dengan kejayaan..Insya'allah..doakan untuk kami..semoga kembara kami ini dirahmati dan berkati selalu..AMIN....

Aqil Dah Besar!!!!

* Nilah dia budak besar tu...

Ayat Aqil semalam..nampak perubahan setelah beberapa pegi sekolah. Balik dari daycare, dia makan punyalah banyak..katanya 'aqil lapar, aqil tak makan..teach'er bagi roti, Aqil tak makan roti, Aqil nak toast"..Aqil ni mmg picky eater..toast pun kalo makan , makan tepi je..

Semalam aku buat sup telur dan su'un..banyak betul makan..Makan dengan Oman(atif)..Panggilan Aqil pada abang fav dia. Lepas makan, aku terdengar perbualan ni :

Ayah : Aqil, Aqil buat apa?
Aqil : Aqil makan.

Ayah : Aqil, best tak g school?

Aqil : Best. Aqil main sand, main cho-cho( trek keretapi yang boleh sambung2) Ayah : Esok Aqil nak pegi school lagi?
Aqil : Tanak. Aqil nak duduk rumah. Aqil nak Umi. Aqil tanak teach'er

Ayah : Mana ada orang kat umah? Aqil nak duduk sorang2?

Aqil : Aqil dah becar. Aqil nak tengok tv. Ada Handy mandy

Ayah : Aqil dah becar? Ya ke?
Aqil : Hah..Aqil dah becar(besar la tu..pelat). Aqil pakai undie..
Aqil tak pakai pampers. Aqil pegi
beyak kat toilet.
Sudahnya kami semua gelak ramai-ramai.
* Aqil dua tahun yang lepas..
Aqil..aqil...

Wednesday, June 10, 2009

Winter Blues

Musim winter ni sungguhla tak memberangsangkan. Mood kureng..suhu asek -2..tapi blom ada snow. Semalam windy..sejuknya sampai tulang..tak berani nak kuar dari umah..Aqil pun duk umah jek semalam sebab dia dh start batuk-batuk. Sekolah pun dah kuar sekular tentang pandemic series influenza nih...dan setiap minggu derang update pasal case nih..worse come to worse, the school maybe close for 7 days....tapi setakat ni belum la..just langkah berjaga-jaga..

Takda cerita sangat..nak share gambar jek..
* Yucky Adik..suka pick nose..
* Atif tayang gigi

Tuesday, June 9, 2009

Aqil ke sekolah!!!!


Alkisahnya my youngest son dah start pergi daycare last week. Sunyi weh kat umah sorang2. Hari first Aqil di daycare tak memberangsangkan..mula-mula dia excited nak pergi school.pukul 6.00 pagi lagi dah bangun..sampai kat daycare..ok lagi..tempat mula2 dia tuju toilet..tengok condition ok ke tak( like mother like son..hehhehehe) pastu aku teman dia main-main dengan color, tengah dia syok main..aku cakap" Ok Aqil.Umi balik dulu ok? I leave you here and don't be naughty tau!" then dia pandang muka aku..terus raung!!!!!

Aduhai..caregiver dia punyala baik..Melissa namanya. Dia terus ambik Aqil dan cuba peluk..Aqil pulak refused..No! katanya..tanak hug..huh...tak jadi aku balik..duduk lagi temankan dia dalam setengah jam..nampak dia leka aku blah slow-slow..

Dari luar aku boleh dengar dia panggil" Ummmmmmiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..ummmiiii aqil mana?" Tragis betul..jangan kata anak..mak dia sekali nangis..hhahahahha..dan husben ku boleh kata..." Apara..itu pun sedih..." Cessssss...

Esoknya aku suh En Jemi aka husbenku ikut skali..dia duk kejap..then dia p cium anakandanya dan "ok aqil..ayah pergi dulu tau!" ..Aqil terus start enjin raungggggg lagiiiiii..aku jugak kena tunggu dan settlekan semuanya..kuar dari pintu..rupanya husbenku sembunyi kat situ..sedih arr katanya dengar anak nangis gitu..

Aku cakap ngan En Jemi " HAH! BARU TAHU BETAPA SEDIHNYA SAYA!!!" then kami gelak sama-sama..sebab tu baru anto anak pegi daycare..esok kalo anak fly jauh..tak tahu keadaan kami nanti..hahhahahahahah....

Sunday, June 7, 2009

Nyaman...

Hari ni memang terasa nyaman dan tenang..Walaupun suhu 0, tapi langit terang. Aku sidai baju ditemani dengan kicauan burung, dengan bau aroma kopi dari coffee makerku yang sudah lama tak beroperasi..fuh..damai sekali..walaupun tanganku kebas dek kerana sejuk ..tapi aku rasa sungguh tenang. Sebab sekarang dah officially winter, pokok-pokok semenya dah togel, maka poko togel itu aku nampak sungguhla cantik sekali. Imiginasiku yang ntah hapa-hapa..

Aku sidai baju cepat-cepat sebab dah tak tahan dengan godaan bau kopi fresh itu..Kami jarang minum kopi, tapi sekali sekala minum best tambah pulak pagi ni aku buat nasi impit, sayur lodeh dan kuah kacang. Sesudah sepantas kilat aku sidai kain, aku tukar susun atur meja makanku..saja nak mengadap pemandangan kat luar pulak. Dapat tengok pokok togel dan pokok epal kenit yang belum gak togelnya tu...dengan semangkuk nasi impit dan sayur lodeh ditemani pulak dengan secawan kopi..aduhhh..sedap bangat dong..makan pun dengan perasaan yang sukar digambarkan..

* Hak ni aku punya..saja aku bubuh su'un lebih dalam mangkukku..sedap..

* Milik anak daraku..Dia memang cukup suka makan nasi impit dan kuah kacang..

My other half makan bertambah-tambah. Malangnya sayur lodeh kami tak berapa lengkap dek kerna takda tempe..jenuhla aku cari kat Woolworth semalam..kata kengkawan kat situ ada jual tempe..jangan kata tempe..bayangnya pun tak ada..tapi okla..mandangkan bahan lain cukup..Setelah selesai makan dua mangkuk, my other half kata pack kan sikit, nak bawak pegi lab..aku pack kan sikit untuk bekal dia kat lab..mesti lama la nih..kalo tak jarang dia nak bawak bekal..

Aqil pulak mintak nak makan roti bakar. Oh ya..lupa nak mention..aqil dah ke sekolah..akan ku letak entrynya slps ini..(mek lupa nak snap gambo dia..) hehehhehe

Tuesday, June 2, 2009

10th Anniversary

Hari ni genap 10 tahun kami berkahwin..alhamdullilah..

Dulu dapat ni :
After being granted as Mrs Azmi, then these beautiful miracle appeared:
Moga-moga kami sekeluarga diberkati dan dirahmati selalu..

Thank you so much dear....

Monday, June 1, 2009

Bibik!

Ni bibik kami dulu..hehehheheh..dah berumur orgnya..setia bersama kami selama 3 tahun dan masih bersama kami di saat-saat terakhir sebelum kami ke ChCh..orang pendiam, mengurut pandai..moga-moga dapat jumpa balik nanti..Tq bibik sebab tolong kami selama ni..antara tenaga penting kat umah..

Payah nak ambik gambar dengan dia. Pemalu sangat. Kerja utama dia jaga budak..hehehheh..since kami bekerja kan? masak-masak, masih lagi aku yang buat..masa mula-mula kerja dulu, payah gak nak berkomunikasi sebab bibik tak faham sangat..masuk 1/2 th dah beres..bibik dah terror..sejak duduk dengan kitaorang bibik dah gemar makan macaroni dan spaghetti..katanya dulu " di kg bibik, ngak ada makanan begini"..kata anak-anak pulak " makan bik..makan..jangan tak makan..nanti boleh gemuk "..

Apa-apa pun jutaan terima kasih tak terhingga buat bibik..kalo umur panjang, kita jumpa lagi ye bik!

The Poyos!

Aikkk? entry cam gini? hahaha..bukan apa..sekadar meluahkan perasaan..kadang-kadang geram dengan kalo ada komuniti yang poyo-poyo ni..tapi itulah perasaan negetif kena dijauhkan selalu..tapi right at this moment, I can't help myself..hahhahahahha..kejap je ni..karang lepas masuk dapur..gedebak-gedebuk hilangla rasa hudus nih..

Tadi masa duk belek-belek album lama..nampak gambar nih..kelakar lak..hilang rasa meluat tadi..ahahhahah..okla ..layan..makin lama aku layan perasan ni, silap haribulan dengan aku-aku sekali poyos..
Adib- 2 thn

Atif - 8 mth

Aqil- 8 mth