Hari ni memang terasa nyaman dan tenang..Walaupun suhu 0, tapi langit terang. Aku sidai baju ditemani dengan kicauan burung, dengan bau aroma kopi dari coffee makerku yang sudah lama tak beroperasi..fuh..damai sekali..walaupun tanganku kebas dek kerana sejuk ..tapi aku rasa sungguh tenang. Sebab sekarang dah officially winter, pokok-pokok semenya dah togel, maka poko togel itu aku nampak sungguhla cantik sekali. Imiginasiku yang ntah hapa-hapa..
Aku sidai baju cepat-cepat sebab dah tak tahan dengan godaan bau kopi fresh itu..Kami jarang minum kopi, tapi sekali sekala minum best tambah pulak pagi ni aku buat nasi impit, sayur lodeh dan kuah kacang. Sesudah sepantas kilat aku sidai kain, aku tukar susun atur meja makanku..saja nak mengadap pemandangan kat luar pulak. Dapat tengok pokok togel dan pokok epal kenit yang belum gak togelnya tu...dengan semangkuk nasi impit dan sayur lodeh ditemani pulak dengan secawan kopi..aduhhh..sedap bangat dong..makan pun dengan perasaan yang sukar digambarkan..
* Hak ni aku punya..saja aku bubuh su'un lebih dalam mangkukku..sedap..
* Milik anak daraku..Dia memang cukup suka makan nasi impit dan kuah kacang..
My other half makan bertambah-tambah. Malangnya sayur lodeh kami tak berapa lengkap dek kerna takda tempe..jenuhla aku cari kat Woolworth semalam..kata kengkawan kat situ ada jual tempe..jangan kata tempe..bayangnya pun tak ada..tapi okla..mandangkan bahan lain cukup..Setelah selesai makan dua mangkuk, my other half kata pack kan sikit, nak bawak pegi lab..aku pack kan sikit untuk bekal dia kat lab..mesti lama la nih..kalo tak jarang dia nak bawak bekal..
Aqil pulak mintak nak makan roti bakar. Oh ya..lupa nak mention..aqil dah ke sekolah..akan ku letak entrynya slps ini..(mek lupa nak snap gambo dia..) hehehhehe
No comments:
Post a Comment