Monday, February 23, 2009

Tahniah!!!!

Semalam dapat berita dari kakak..katanya Hadri dapat fly ke German akhir bulan March ni..tahniah untuk abang Hadri..Nilah intan payung cinta hati umi abah dia..sorang nilah jejaka pengarang jantung..kejapje..dah bujang dah.

* Shafiq Hadri- Tahniah!

Hadri ni simple sangat2..ingat lagi kalau lepas dia balik dari sekolah agama dulu..just gorengkan telur dan kicap..itulah feveret dia..lauk itulah yg dimakan sebelum ke sekolah rendah pulak..satu lagi masa tu dia suka makan padprik ayam pak Syed( masa duk Segambut) sampai To' tertanya2 apala yg sedapnya lauk padrik..To' pun teruja untuk masak lauk tu..hahhahaha..

Sekarang dah besar..karektor lebih kurang sama ngan Poksu dia..senyap tak cakap banyak..kalau bab gadget2, terror..tapi dia ni mmg brilliant.. sekali tahniah untuk Abang Hadri.. Selamat berangkat dan Semoga Berjaya..so lagi selamat join group perantau ngan poksu..hahhahah..

Pssstt: Poksu suko kemain dapat tahu Hadri boleh fly..best buddy poksu nih...

Saturday, February 21, 2009

Sajak untuk Ayah..




My father, my father,

I love he,
my father, my father,
made me see,
how beautiful this world really can be.
My father, my father,
said to me,
my daughter my daughter,
come see me,
i wont be around forever, and i have things that must be.
My father, my father,
dont die on me.

notakakigebu : Besok merupakan harijadi ayah..Selamat Harijadi buat Ayah dari kami di bumi kiwi. Semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang sihat.

Strength

Even though I seem quiet and shy
I have a strength inside of me
I have the strength to say good-bye

If a friend had always been a lie
I would be heartbroken but I realize
I have the strength to say good-bye

Even if someone precious to me dies
My soul will be crying but give me time
For I have the strength to say good-bye

When my soul is lost and I want to cry
Over time I shall heal, for I know that I
Still have the strength to say good-bye

Friday, February 20, 2009

* My masak lemak cili api ayam dengan nenas.

Untuk dinner semalam aku masak masak lemak cili api ayam dengan nenas. Kali ni mmg pedas sebab bubuh cili api banyak..kesian Adib..makan sambil nangis2(hehhee..kuar air mata tapi menambah-nambah makan). Untuk minum petang lak aku buat donut( donut lagi?????) hehehh..Atif mintak..
* Ni gambar yg disnap pagi ni..aku buat lagi sebab masih ada balance doh

Puncanya hari sebelumnya kami dapat donut dari jiran kami Kak Yati..(I demam on that day, so tak buat apa-apa untuk minum petang)..kesian pulak tengok budak-budak tengah membesar ni..jadik untuk menebus balik, semalam aku buat donut..buat dua versi ..satu salut choc, satu lagi salut gula. Yang salut choc tu aku pakai cocoa powder! Lupa pulak yg cooking choc dah abes stock..alang2 dah janji, aku buat gak ngan cocoa powder...orang kata nak masak ni kena kreatif..hahahahahha..cocoa powder mmgla bitter, but then aku buh gula sikit, buh butter sikit, taruk air panas..kacau..and turn up..it's not bad at all!!!!..sedap gak..sebab gula tu dah berjaya memadam rasa pahit cocoa tu..dan butter as penambah lemak..
# Rupa dia takla sebagaimana kita pakai cooking choc..tapi rasa dah sama..ni gambar pagi ni..buat untuk budak-budak bawak bekal ke sekolah..( semalam tak sembat nak snappy sebab licin dalam sekelip mata)

Macam-macam ada..

Today I'm kindly a bit free..hehhehe..coz just recovered from my sickness..I'm feeling much better.. and actually yesterday I'm a bit piss off with one of the Scottish man..dia ni mmg la grumpy old guy..hehe..tapi apa nak buat..orang tua..buat tatau la..tak kosa nak layan..ok..kali ni nak letak entry masakan yang aku masak minggu lepas dan beberapa hari sebelum ni..kenapa amabat buh? sebabnya aku tak jumpa carik kabel camera nak upload gambar..hari ni..I'm want to realease all my pic..ada yg hudus dan ada yang lawa..
Sarapan pagi on 18/02 ( just buh kobis je sebab taugeh abes stok)

Banana milkshake buat untuk budak-budak..ada mention dalam entry sebelum ni..

My hideous burger Malaysia. A bit hangus and ni my first try.ok la for the first timer...rasa dah cun..nanti nak buat balik..plastic surgery kasik lawa lagi (praktis mek perfect)
Nasi lemak..our dinner meal on 16/2. Request from Aqil..( perasan tak I buh zuchinni? tu pasal masa bukak icebox tgk timun tadak..sudah zuchinni tu buat pelengkap nasi lemak..ikan bilis goreng ngan kacang goreng tadak. budak-budak tak suka)

Thursday, February 19, 2009

Roti jala botol mayo..

Baru sihat dari demam..kempunan pulak nak makan roti jala..dah lama nak buat tapi nak jala ngan apa? sekali catz bagi idea amat2 bernas..pakai botol tomato!..walaaa..dalam cupboard tu ada satu botol mayo yg aku simpan.ntah kenapa ntah simpan..rupanya ada kegunaan..memandangkan baru baik demam, tekak pun tak selera nak telan nasi..jadiknya aku mula start projek menjala ngan botol mayo...memang jadikla..marvelous! thanks a lot catz coz bagi idea bernas ni..yelah kat sini mana nak cari benda alah penjala tu..kalau kat Malaysia, bolehla godek2 cari kat pasar malam..

Sini pasar malam apa ke hal nya..pasar siang pun tadak!..my kids punya suka makan..derang tak tahu apa nama kuih ni..(sound so terrible kan?)..lenguh jugak kaki berdiri sebab duk menjala tu..tapi baloila..puas hati..kesudahannya for dinner last nite , we ols makan roti jala ngan kari ayam.
Acuan roti jala...

Tuesday, February 17, 2009

Gambar untuk kakak..

Dapat email dari kakak..katanya rindu nak tengok gambar budak-budak ni..jadiknya di sini aku abadikan sedikit gambar buat tatapan beliau..

Taraaa...representing... From The Land of White Long Clouds..this is our world..the world of Azmi's clan..
Aidilfitri 08 @Lincoln

Husna@Aidilfitri08
Atif@Aidilfitri 08

Aqil@Aidilfitri 08

One lovely shot at Kaikoura - Spring 08

Latest pic Atif n Adib@Waimairi Beach- summer 09

Berita sedih..berita gembira

Semalam mendapat perkhabaran bahawa bonda sahabat kami telah kembali ke Rahmatullah..Al-fatihah..(terdetik pulak di hati..eh..perginya sama bulan dengan bonda mertua kami)..semoga beliau sekeluarga tabah mengahrungi hari-hari mendatang..

Dan semalam jugak mendapat kabar bahawa salah seorang sahabat di sini telah mendapat cahaya mata..tahniah banyak-banyak..dapat baby girl..boleh tahan jugak kilonya..hahhahaha..apa-apa pun tahniah..dan tahniah lagi..

Monday, February 16, 2009

Nilai sebuah persahabatan..

Ralit mendengar kisah sahabat yang dalam dilema. Niat hanya untuk menolong, tapi disalaherti..kasihan..bila niat disalah tafsir, maka hilang sudah persahabatan yang dijalin sebelum ini. sayangnya...

To my dearest friend, be strong as a wind so that you can able to blow all those nasty feelings...

Just to cheer up...

is it my fault ?
Am i to blame
I didn't take you for granted
And I never will

It's just things are changing
So many new things to do
So much to explore
Can't take it all in

Hope you understand
That I'm not abandoning you
I'm just exploring
And spreading my wings

I won't forget you
I can't cause you've been a part of me
We've spend many times together
We've been part of each other

Don't ever think
that I've change
Cause I didn't
And I won't

Just try to understand
That I have not abandoned
Nor would I forsake you
Cause you are my friend

Don't misunderstood me
Don't turn your back on me
Cause all I want is you
But you must give me space

end of summer 09- Lincoln

Thursday, February 12, 2009

Puding Roti Caramel

Just letak resepi..Gambar dah letak..lihat entry sebelum ini..

Bahan-bahan:

Bahan A ( Direndamkan selama 1/2 jam)
10 keping roti
500ml susu segar

Bahan B
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter- dicairkan
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar kismis

Bahan C
1/2 cawan gula - dikaramelkan
* Notakakigebu: panaskan pan, letak gula dan biarkan hingga berbuih dan bertukar color. Guna api kecil dan bila gula dah tukar karamel tuang terus dalam acuan. Karamel yang dimasak tanpa letak air, kaler dia akan jadi lagi cantik compare to yg letak air..

Cara-cara:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Masak gula hingga jadi karamel. Tuang ke dalam loyang.
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar secara bain-marie dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.

* Teknik buat puding ni sama dengan teknik buat puding gula hangus.

Ummi marah!

Semalam nak jadik cerita my two boys bergaduh. Bunyi cam biasanyala boys kan? tapi kali yang abang jadik aggresive..dicakaunya muka adik dia sampai berdarah.. menyirap darah aku semalam. Puncanya geram sebab tak bleh score main game.. so adik jadik mangsa..selalunya derang very2 close dan takat gaduh-gaduh manja je. Semalam abang dah lebih had. Mula-mula dia tanak mengaku sebab takut kena marah..tapi setelah disoal siasat akhirnya dia mengaku cakau muka adik sebab geram..geram sebab kalah main game and geram sebab adik duk sibuk-sibuk nak main jugak..

Lepas dengar cerita dia, aku tarik nafas dalam-dalam( sebenarnya memang tengah marah sungguh..rasa macam nak rotan je)..then aku cakap ngan abang " Abang, it's time out. Go to the notty chair and think what have you done!( dengan nada yang tahan marah..tapi masih agak tinggi)..sambil menangis dia pegi jugak sebab dah tahu salahkan.. yang adik aku sapu minyak sikit dan buh plaster..tak pasal-pasal ada parut..dahla kulit tu putih jelasla nampak dia punya luka..takla banyak tapi nampakla..lepas marah tu kesian pulak tapi tak bolehla kan sebab ni kira dah tahap keganasan yang melampau ni..nilah first time abang kena marah dan kena denda tak boleh pakai komputer or main game untuk selama seminggu..kalau ikut aku punya denda dia takb leh tgk tv, main game, main pc..tapi ayahnya kesian sebab banyak sangat dendanya..Result : Abang tak bleh main game n pakai pc for a week..Lepas time out, dia p mintak maaf dgn semua sebab dia dah buat salah..rasa macam sedih la pulak tengok muka dia tu tapi dia kena belajar no domestic violance. Kena belaja respect each other..

Hopefully abang dapat pengajaran kali ni..dan pagi ni dia cakap lagi " Ummi, abang dah tanak buat dah..abang nak main elok2 ngan adik..aban.g tanak Ummi marah aba.ng dah..pun aban.g tanak duduk kat notty chai.r lagi .dah.." .Alhamdullilah....lega....aku dengar..

To my dearest son : Abang, Ummi love you..dont make me angry again..

Sunday, February 8, 2009

video

U rock my world!

Masih terkejut dengan senario politik di Malaysia. Rasa kesal, marah dan macam-macam emosi yang tak boleh digambarkan. Begitulah betapa "adilnya" keputusan yang dibuat oleh seorang Lord President aka Sultan Perak sehingga rakyat terkesima dan bangun memberontak..bila tengok video bagaimana rakyat diperlakukan begitu sadis oleh FRU..balasanya dengan Raja Muda Perak pun turut serta terkena gas pemedih mata. Begitu jugak pak polisi yang terbatuk-batuk menelan asap..Baguslah kerana turut serta merasa bagaimana pedihnya terkena bahan tersebut..
* nasi goreng pattaya

* Puding roti Caramel


Okeh..dah sudah berita tu..dunia aku sekarang semakin berwarna-warni. Semalam semasa di pantai, seronok tengok anak-anak bermain..riang sungguh dunia kanak-kanak..I wish I could go back into that world! hehehhehe..kami pergi tanpa dirancang..sudahnya untuk bekalan kami beli fish n chips..untuk dinner lak, aku just buat nasi goreng pattaya( lagi) dan puding roti caramel. Untuk anak-anak, buatkan banana milkshake dan nasi kicap ngan telur..kesimpulannya lauk utama kami semalam adalah TELUR! bukan malas, tapi saja tukar selera..pun kami terasa nak makan makanan mcm kat gerai..FYI nasi goreng pattaya tu dah buat 3 hari berturut2, tapi mandangkan Tuan Besar order lagi dan lagi dan lagi, jadiknya Puan Besar dengan secara suka hatinya buat lagi dan lagi dan lagi..

* Comelkan? Aqil Zarith terkini..
*My beautiful angels...
* Love this pic. Father n son

Dunia cinta kami






Sempena cuti Waitangi day semalam, kami secara unplannednya pergi bercanda ria di tepi pantai. Lokasi : Waimairi Beach, Parkland

Wednesday, February 4, 2009

Keria Kentang


Bahan-bahan :
6-7 biji kentang
2 s/besar gula
1/2 s/teh garam
3 cawan tepung gandum
**1 cawan gula

Cara-cara :
1. Rebuskan kentang hingga empuk dan lenyekkkan.
2. Masukan gula, garam dan tepung. Kalau agak lembik, tambah tepung..gaulkan hingga
jadi doh.
3. Bahagikan kepada bulatan kecik, buat lubang di tengah-tengah. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan gula( yang bertanda**, sirakan dan masukkan keria yang dah siap digoreng tadi)
5. Boleh siap dihidangkan. Sesuai untuk minum petang.

Aksi-aksi di sekolah..

* Story time - Kidsfirst Kindergarten

* Aqil @kindy
* "Stop!. I don't want to go home"..Aqil takmo balik..

* Atif di kindy. Sesi baru atif.. morning session

Walaaa..hari ni 2 entry sekaligus..kali ni just gambar je.. sebab semalam dah cerita panjang. Ini untuk rilekkan minda sahaja.. gambar-gambar diambil ketika supermum teringat nak capture..Masa tu terniang2 catz kata"rose, blogger tegar kena rajin ambik gambar..hah ! tu dia..penangan Catz..hahhaha..thanks catz..


* Adib at his new classroom with the new teacher..Go abang..go!..yeay..

* Pic Bawah : Superdaddy sedang wish Atif Good luck..bagi kata-kata azimat: men to men..hahhaha

Donut







Entry for today
: recipe for donut.
Anggaran : 60 biji( kalau pakai donut cutter kecil, 18 biji kalau saiz besar)

3 1/2 sudu teh active yeast
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar -panaskan sedikit@ biarkan pada suhu bilik
1/2 cawan gula halus
1 s/teh garam
150gm butter/shortening (cairkan)
2 biji telur
450gm tepung gandum ( pakai yang high protein)
Minyak - untuk menggoreng
Gula caster@ gula icing@ melted choc dan lain-lain hiasan( kreativiti individu)

Cara-cara:
1. Rendam yeast dengan air suam hingga yeast berbuih atau biarkan selama 5 minit.
2. Masukkan telur, garam, gula, butter/shortening dan tepung(masukkan sedikit demi sedikit).
3. Ulikan kesemua bahan-bahan sehingga menjadi doh. Rehatkan doh, tutup dengan kain @
plastic wrap. Biarkan selama 2 jam @ hingga doh naik 2x ganda dari saiz asal.
4. Canaikan doh dengan donut cutter. Pada sesiapa yang tak ada donut cutter, bahagikan doh
kepada 18 biji. Bulatkan dan buat lubang di tengah-tengah . Option lain pakai tudung botol
susu anak..
5. Setelah dapat diterap, rehatkan doh semula dan tutup dengan kain. Setengah orang tutup
dengan kain lembab, tapi saya just tutup dengan tea towel biasa je.yang kering pun ok..
6. Setelah doh naik 2x ganda, gorengkan pada minyak yang panas dan sentiasa balik-balikan.
Proses ni supaya donut tak hangus. Kawal suhu dapur.
7. Setelah masak, angkat dan toskan,gaul dengan gula@ coklat cair dan sedia untuk dihidang.
* Donut versi bulat- untuk dicucuk ke lidi satay

* Regular shape donut
* Setelah digoreng. Nilah rupa kalau tak control suhu. Ada yang sikit"tan"


* Setelah siap ..sedia untuk dimakan.

Monday, February 2, 2009

Rindu Datang lagi..

Tadi terbaca blog kakak..ada gambar arwah bonda mertua...arghh..rindu tu datang lagi..menitis air mata bila tengok gambar beliau..kali pertama peluk arwah semasa lepas majlis akad nikah kami 10 tahun yang lepas..dan cincin kawin yang aku pakai sekarang adalah pilihan beliaulah..katanya nilah cincin kembang setaman. cincin ni pergi mana-mana pun orang tegur..sampai kat NZ pun localkiwi tegur. Kata derang " You are the luckiest person to get this kind of ring. It really gorgeous and shinning...and yupp..it really shinning my world. I really proud to have this ring..!..dan kali terakhir peluk semasa arwah menghantar kami ke airport. Itulah pelukan terakhir beliau. ..dan saat tu jugak merupakan saat terakhir beliau bisikkan nasihat pada aku.." jaga diri baik-baik..ingat pesan chek sebelum ni"..akan kusemat semua tu sampai akhir hayat... Sebelum berangkat ke NZ, kami berpeluang habiskan masa dengan arwah...sempatlah dia titipkan kata-kata nasihat dia..duk gelak-gelak bila dengar cerita dia..terlopong dengar..paling best bila tengok sembang-sembang antara anak dan ibu..rugi pulak aku tak capture saat-saat tu..sampai sekarang suamiku tak sanggup nak tengok gambar bondanya lama2..arrhh..rindu tu datang lagi...
* Bergambar dengan cucu..Atif, Arissa(cousin), Husna, To', Irdhan(cousin)n Adib. Gambar dicapture pada malam terakhir kami di Malaysia..


*KLIA..dalam letih-letih tu..arwah gagahkan diri datang hantar kami..
*My favourite pic..To' with Atif..the first and last picture with To'.

* Kami dan To'

* Antara koleksi gambar kesayangan kami..


Dek kerana tuntutan kerja, kami jarang dapat jumpa dengan arwah..kami di KL dan arwah di KB, bila ada masa terluang barulah dapat balik kampung..waktu tu hanya telefon saja jadi penghubung..asal telefon..dia gelak saja..tu yang best tu..lepas tu kalau balik kg, arwah akan sediakan lauk-pauk yang marvelous..rindunya....kadang-kadang rasa menyesal pun ada sebab selama ni kami just take it for granted..tapi itulah..dah tersurat..kenapa rindu? sebabnya arwah ni adalah sebaik-baik umat..ingatkan bila balik nanti, dapatlah jumpa beliau lagi..tapi apakan daya..Allah lebih sayangkan beliau..bulan ni sebenarnya genap setahun beliau pergi..Al Fatihah buat Allahyarhamah Hjh Che Hazizah Che Yusoff...permata kesayangan kami semua..