Tadi terbaca blog kakak..ada gambar arwah bonda mertua...arghh..rindu tu datang lagi..menitis air mata bila tengok gambar beliau..kali pertama peluk arwah semasa lepas majlis akad nikah kami 10 tahun yang lepas..dan cincin kawin yang aku pakai sekarang adalah pilihan beliaulah..katanya nilah cincin kembang setaman. cincin ni pergi mana-mana pun orang tegur..sampai kat NZ pun localkiwi tegur. Kata derang " You are the luckiest person to get this kind of ring. It really gorgeous and shinning...and yupp..it really shinning my world. I really proud to have this ring..!..dan kali terakhir peluk semasa arwah menghantar kami ke airport. Itulah pelukan terakhir beliau. ..dan saat tu jugak merupakan saat terakhir beliau bisikkan nasihat pada aku.." jaga diri baik-baik..ingat pesan chek sebelum ni"..akan kusemat semua tu sampai akhir hayat... Sebelum berangkat ke NZ, kami berpeluang habiskan masa dengan arwah...sempatlah dia titipkan kata-kata nasihat dia..duk gelak-gelak bila dengar cerita dia..terlopong dengar..paling best bila tengok sembang-sembang antara anak dan ibu..rugi pulak aku tak capture saat-saat tu..sampai sekarang suamiku tak sanggup nak tengok gambar bondanya lama2..arrhh..rindu tu datang lagi...
* Bergambar dengan cucu..Atif, Arissa(cousin), Husna, To', Irdhan(cousin)n Adib. Gambar dicapture pada malam terakhir kami di Malaysia..
*KLIA..dalam letih-letih tu..arwah gagahkan diri datang hantar kami..
*My favourite pic..To' with Atif..the first and last picture with To'.
* Kami dan To'
* Antara koleksi gambar kesayangan kami..
Dek kerana tuntutan kerja, kami jarang dapat jumpa dengan arwah..kami di KL dan arwah di KB, bila ada masa terluang barulah dapat balik kampung..waktu tu hanya telefon saja jadi penghubung..asal telefon..dia gelak saja..tu yang best tu..lepas tu kalau balik kg, arwah akan sediakan lauk-pauk yang marvelous..rindunya....kadang-kadang rasa menyesal pun ada sebab selama ni kami just take it for granted..tapi itulah..dah tersurat..kenapa rindu? sebabnya arwah ni adalah sebaik-baik umat..ingatkan bila balik nanti, dapatlah jumpa beliau lagi..tapi apakan daya..Allah lebih sayangkan beliau..bulan ni sebenarnya genap setahun beliau pergi..Al Fatihah buat Allahyarhamah Hjh Che Hazizah Che Yusoff...permata kesayangan kami semua..
No comments:
Post a Comment