Thursday, August 26, 2010

Hari ni masak apa?

Bermula Ramadhan kali blom satu juadah Iftar pun yang sempat aku snap. Mana nak dan sebab selaluya tergesa-gesa masak . Ni gara2 masak sambil dokong anak( bad, bad parenting!). As usual my chunky bubbly Aqeef memang takmo duduk langsung, bila letak dia keriau, bila dokong, dia gelak..

Hari ni aku buat nasi kerabu , roti canai dan akok..yuhuu. Roti canai makan dengan kuah dhal ( pakai chick pea dalam tin sebab nk cepat), then blend separa hancur. Kuah dhal tu aku tak letak biji sawi sebab payah nak cari. Air pulak air laici..hurmm..alhamdullilah untuk rezeki hari ni.

Kami sekarang dah berada di hujung winter, spring bakal tiba. Pokok-pokok dah mula berbunga..belakang rumah amatlah cantik sekali dengan kemunculan bunga-bunga plum pink dan putih. Daffodil tepi rumah dah mula tunjuk kaler. Harapnya Aidil fitri kali ni taklah sesejuk tahun lepas.

Wednesday, August 25, 2010

Cepatnya masa berlalu..




Hari ni tergerak hati nak betulkan kalender. Belek punya belek rupanya dah masuk 14 Ramadhan. Masya'allah cepat sungguh masa berlalu. Kadang2 takut rasanya..

Hari Ahad lepas, Aqeef dicasting untuk jadik model iklan nappy. Ahaks...mula2 dapat berita tu, aku tak percaya, macam scam jek. Beriyalah minah karen tu bagitahu yg Aqeef terpilih untuk diaundition dan kami kena pegi somewhere near to Burwood area. Mula2 tu aku melonjak suka hatilah( biasalah mak selalu over!), tapi bila dia kata nak jumpa pukul 6 ptg, aku terpaksa tolak sebab waktu tu nak bukak puasa!!

Satu hari 2-3 kali dia call sampailah kemuncak my suami kata takpalah kita pergi then kita buka secara berpicnic, cari mana2 park, lps buka, kita solat kat situ trus. Bila kata kami setuju utk jumpa, keain seronok lagi( dua belah pihak). Tukang casting datang directly from Auckland nak tengok samada Aqeef ni memang sesuai @ tidak.

Macam mana boleh tercasting ni? Ni semua gara2 video Aqeef gelak besar aku post di satu forum parenting, derang discover dan berminat utk mengaudition Aqeef. Maka hari Ahad tu, aku tunggulah panggilan tepon dari minah Karen tu sbb katanya nk kasik address, tunggu sampai dkt Asar, takda dia menelepon pun, maka aku assume dia cancel la kot??

Tgh bersiap2 untuk berbuka..tiba-tiba....tok..tok..tok..ada org ketuk pintu..Dengan selambanya aku cakap Owh! tu mesti anak kawan hantar juadah kot? biasalakan time2 posa gini, adegan tukar mangkuk tingkat sentiasa berlaku. Bila tengok.aihhh..dia kata dr agensi xxx utk casting Aqeef. Terperanjat tak sudah kami, dengan rumah tunggang langgang macam kena ribut katarina, pastu ada lagi 45 minit utk buka..Sempat ke ni? Dia kata casting buat trus dr rumah, tak yah g studio sbb takut bb grumpy. Nasib dia baik sebab Aqeef separa grumpy( time dia nak tido tu), Aqeef still gelak w/pun nak nangis..payah jugak sbb lighting tak sesuailah, nak tggu dia set up seme2 tu adalah makan masa 15 minit..ada dekat 5 minit seblm buka, dia berjaya capture shot yang sesuai, Aqeef pun gelak2 gatal( nangis ada, gelak ada)..dan dia kata ni bayi yang paling mudah gelak. dah 8 calon yg keno audition takda sorang pun boleh gelak....

yang boleh kami cakap Aqeef n memang suka gelak, dia amatlah bubbly dan chubby dan iskkhhh..memang geramlah tgk dia..kaka dan abang2 dia selalu duk tenyeh sbb geram....harap2 Aqeef berjayalah, bolehlah mak tumpang glamer..haishh..payah benar kalo mak yang over..hhihihih..

Tuesday, August 17, 2010

Cerita Ramadhan



Lorat eh bunyi dia? hehe..baru puasa 5 hari dah berangan banyak. Tahun aku berazam nak buat tart nenas, doakan moga2 berjaya . Call kampung mintak mak antarkan acuan kuih samperit(kuih feveret ni) dan acuan tart nenas( I nak tart yang gulung tu okay!).

Baju raya anak-anak mak akan pos , dia cakap hari tu dah siap beli semua dah termasuklah baju raya untuk aku..Yippeee!!Tapi dalam gembira pun masih ada perasaan risau sebab ayah baru-baru admitted ke hospital. Dapat minor heart attack. Salur darahnya tersumbat. Dia tak bagitahu pun sakit, tiap kali call tanya, dia bilang sihat saja..tau2 masuk hospital. Risau sungguh! 2 hari dia di wad CCU, masuk hari 3 dia mintak nk keluar..katanya dah sihat..aihhh..dia bagitahu yang dia rimas duduk di wad, nak bangun tak boleh nak pegi toilet takboleh( bedrest terus). Since dua2 my parent ni kerja hospital, jadiknya derang amatlah arif pasal2 sakit penyakit dan suasana hospital.

mak suruh ayah stay lagi di hospital tapi ayah takmo..katanya dah sihat dan akhirnya doktor discharge keluar last week. Last night called, ayah bagitahu dia akan buat angiogram umtuk kasik ruang pada arteri dia yg block


Kami semua berdoa moga semuanya berjalan dengan lancar dan moga ayah cepat pulih!


Compilation of Children's Poem

Copied this from my son's school book. Really enjoy the collection of poems and it suit for kids age from 3-5 years. I'm not the poem person but since my son brought it home and asked me to listen to it, I fall in love..hahahaa..just enjoy..

Spring Magic
Spring is the time,
of magics sights,
Of blossoms, lambs and bees.

Of flowers
colorful and bright,
And butterflies on the breeze.

Grandpa
My grandpa
Just loves to talk
As we explore
And take a walk.
We play games
And have great fun.
My grandpa is the
NUMBER ONE!

Grandma
Grandma has a lovely smile,
She'll sit with me for quite a while
And make up stories just for me
Then give me special treats for tea.

Little Kiwi
I'm feathery
And brown
I'm a bird
Who can't fly
I'm a little kiwi
And I'm very shy

Fire Engine
I'm a little fire engine
With a ladder and a hose

And when there is a fire
WHEE! WHEE!
My siren goes.

Magnets
Magnets are
Amazing things.
They pick up metal,
nails and pins.

They pick up steel
And nickel too,
It's lucky they
Can't pick up you!

Guy Fawkes
Fire crackers pop
And rockets shoot up high,
Bursting into stars
Lighting up the sky.

The Beach
Building castles
In the sand,
Swimming in the sea.

I love going
To the beach,
It's just the place for me!

Summer Days
Picnics in the park
And dancing butterflies.
Playing on the beach
under clear blue sunny skies.

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan ini




Sekarang sangatlah kurang entry aku psl makanan..bukan apa tak sempat nak snap. Aqeef takmo duduk, nak berdepek 24/7 Sekarang kalo masak pun sambil berdukung( bad parenting!).

Kadang-kadang aku heran cemana baby-baby lain boleh duduk diam-diam dan main? Compare to Aqeef dia takmo duduk kalo aku takda di sebelah. Kalo ada pun dia nak beriba..lagi bad parenting example. Patutnya biar jelah dia melalak, lama-lama dia diamlah, tapi tulah tak sampai hati gamaknya mungkin dah terbiasa or might be our budaya ?(;agi nak salahkan budaya, sendiri mau ingatlah).

Ramadhan kali ni dilalu seperti biasa cuma tak dalah nak minum air berais. Menu sebelum ini ketam masak lemak cili api dan sayur sayur campur. Dessert tak dan buat, semalam berbuka dengan ikan sweet sour, lauk feveret Incik Jemi, tart telur(akhirnya sedap jugak aku buat..hehehh), paru goreng..sayur dah ada dalam sweet sour tu..sonang kerija. Gambar memang tak sempat nak snap, tak cukup tangan. Bahu pun dah lenguh..

Mana suami? suami terpaksalah ke lab, bertungkus lumus dia nak habiskan PhD ni..kesian. nak tolong tak dapat since bidang tak sama..hehehhe.dia sains biologi, aku pulak sains rumahtangga ..mana nak samakan? hehehe..apa apa pun aku doakan moga dia lebih cekal dan tabah dalam menghabiskan perjuangan ni..

Untuk mencantikkan lagi blog ini(hehehe) maka terpaksalah aku menepek gambar budak montel ni..

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan Al Mubarak

Salam Ramadhan buat semua kawan-kawan , keluarga dan para bloggers semua. hari ni merupakan hari pertama kami kat sini berpuasa dan sahur kami kali ni agak meriah sebab Aqeef turut serta.

Ini budak kicik takmo duduk daa..takmo berenggang langsung..Semoga ramdhan kali ni memberi keberkatan pada semua..

Monday, August 2, 2010

Gelak berirama

Video di captured lepas satu hari di diagnosed bronchitis. Kesian..tapi alhamdullilah..speed recovery..


video