Wednesday, August 25, 2010

Cepatnya masa berlalu..




Hari ni tergerak hati nak betulkan kalender. Belek punya belek rupanya dah masuk 14 Ramadhan. Masya'allah cepat sungguh masa berlalu. Kadang2 takut rasanya..

Hari Ahad lepas, Aqeef dicasting untuk jadik model iklan nappy. Ahaks...mula2 dapat berita tu, aku tak percaya, macam scam jek. Beriyalah minah karen tu bagitahu yg Aqeef terpilih untuk diaundition dan kami kena pegi somewhere near to Burwood area. Mula2 tu aku melonjak suka hatilah( biasalah mak selalu over!), tapi bila dia kata nak jumpa pukul 6 ptg, aku terpaksa tolak sebab waktu tu nak bukak puasa!!

Satu hari 2-3 kali dia call sampailah kemuncak my suami kata takpalah kita pergi then kita buka secara berpicnic, cari mana2 park, lps buka, kita solat kat situ trus. Bila kata kami setuju utk jumpa, keain seronok lagi( dua belah pihak). Tukang casting datang directly from Auckland nak tengok samada Aqeef ni memang sesuai @ tidak.

Macam mana boleh tercasting ni? Ni semua gara2 video Aqeef gelak besar aku post di satu forum parenting, derang discover dan berminat utk mengaudition Aqeef. Maka hari Ahad tu, aku tunggulah panggilan tepon dari minah Karen tu sbb katanya nk kasik address, tunggu sampai dkt Asar, takda dia menelepon pun, maka aku assume dia cancel la kot??

Tgh bersiap2 untuk berbuka..tiba-tiba....tok..tok..tok..ada org ketuk pintu..Dengan selambanya aku cakap Owh! tu mesti anak kawan hantar juadah kot? biasalakan time2 posa gini, adegan tukar mangkuk tingkat sentiasa berlaku. Bila tengok.aihhh..dia kata dr agensi xxx utk casting Aqeef. Terperanjat tak sudah kami, dengan rumah tunggang langgang macam kena ribut katarina, pastu ada lagi 45 minit utk buka..Sempat ke ni? Dia kata casting buat trus dr rumah, tak yah g studio sbb takut bb grumpy. Nasib dia baik sebab Aqeef separa grumpy( time dia nak tido tu), Aqeef still gelak w/pun nak nangis..payah jugak sbb lighting tak sesuailah, nak tggu dia set up seme2 tu adalah makan masa 15 minit..ada dekat 5 minit seblm buka, dia berjaya capture shot yang sesuai, Aqeef pun gelak2 gatal( nangis ada, gelak ada)..dan dia kata ni bayi yang paling mudah gelak. dah 8 calon yg keno audition takda sorang pun boleh gelak....

yang boleh kami cakap Aqeef n memang suka gelak, dia amatlah bubbly dan chubby dan iskkhhh..memang geramlah tgk dia..kaka dan abang2 dia selalu duk tenyeh sbb geram....harap2 Aqeef berjayalah, bolehlah mak tumpang glamer..haishh..payah benar kalo mak yang over..hhihihih..

2 comments:

umi hadri said...

Cerita yg paling menarik ni..
semua dah dpt baju raya ke?
blog ija belum ada gbr juadah berbuka la..
Biasanya ada gbr2 makanan.

rose rahim said...

baju raya blom sampai lagi. kali blog tak dan nak snap gambar. Ija masak sambil berdukung.Aqeef mmg takmo duduk langsung. Insya'allah kalo sempat nnti ija try snap..