Wednesday, December 24, 2008

Jam dah jumpa..yuhuuu!!!!

Saja je nak bagitahu jamku dah jumpa..yang ilang aritu..al-kisahnya jumpa dalam toy box anak..suka tak terkata..


P/s : Jam adidas feveret bersama jam back up- folli follie. Hilang selama dua minggu..akhirnya jumpa juga semalam masa spring cleaning..

Sunday, December 21, 2008

Lawatan mengejut..

* Last day at Chc Airport. Frm left: kak syarifah, kak mieza, me, datin laili, Dato jami, my husben n airel( kak mieza's son)
* In front of Lincoln University Library
* Dato n Datin at the Cathedral Square
* From left : Aqil, my husben, dato Jamil n Datin Laili

Dah lama nak tulis dalam blog, tapi duk tangguh-tangguh..tak dan nak menulis..sibuk sikit..nak mengemas( asek mengemas je alasannya..hehhehe)..tapi memang ya pun sebabnya budak-budak dah start cuti sekolah..so tiap setengah jam umah dah tak rupa umah..jadi bila dapat curi masa berblog..masa nilah pulun habis-habisan..tu yang sampai satu hari dua tiga jurnal masuk..hahhahahahha

Sabtu lepas, 14/12/08, kami terima kunjungan tetamu dari Mesia..Prof Dato' Dr Jamil Ma'ah dan isteri Datin Norlaili Ahmad. Dato' Jamil merupakan Dekan Fakulti Sains, UM dan penah menjadi Pengarah Pusat Asasi Sains dan juga merupakan bekas lecturer husben ai..18-17 thn lepas. Dia datang sebab attend conference dan since dia tahu ada ex student dia kat sini..suka la dia..nak dijadikan cerita dia juga merupakan my-ex boss sebelum ai transfer ke dept lain. Dato' ni memang terkenal dgn garangnya..tengok muka pun takut..tapi ok cumanya kalau ditanya sepatah..sepatahla jawabnya. so kami punyala gabra bila tahu dato' dan datin nak datang.

So sepanjang minggu lepas kami cuba bagi layanan yang seberapa mampu..dato dan datin merupakan orang yang paling humble skali..memang best derang ni..kami offer keta kami..kot2 derang nak jalan2 kat city CHc tapi derang tanak..derang nak jalan kaki dan naik transport awam!..kami jadik naik segan la pulak..jadi belah petang,time hubby dah abes lab work dia, kami pelawa dato dan datin jalan2..siang panjang..so tak da masalah.derang punya seronok sbb katanya tak sangka dapat mcm gini punya layanan.(tak ada apa pun sebenarnya, just bawak tmpt2 kat city). Datin pun peramah dan dato pun sama. Ucapan trima kasih memang tak putusla dari mulut derang..rasa segan, terharu mcm2la.yelah orang2 berpangkat gini..slalunya lain sikit..tapi yang ni memang kitaorang salute spring!

Hari khamis merupakan hari terakhir derang kat bumi kiwi ni..jadi kami p antar ke airport..masa kat airport rasa syahdu la pulak..rasa mcm nak ikut balik mesia pulak! rindu tu datang lagi. Dato dan datin banyak bagi kata nasihat dan perangsang buat kami. Semua nasihat dan perangsang akan kami semat dan pegang sekuat mungkin. Ubat buat kami harungi hidup di perantauan ni..sedih masa tu sebenarnya( aku ni nampak je kuat, tapi sebenarnya penyedih orangnya,,tengok orang nak balik esia pun rasa nak menangis..). Apa-apa pun jutaan terima kasih buat Dato' dan Datin atas kesudian mereka berdua melawat kami di sini. Kami benar-benar hargainya..buat buah tangan untuk mereka,anak ai yang sulung , Husna ada buat special card..hand made for both of them.she thanked them and wished that they can come again visit us. Thank you so much Dato dan Datin..


Kisah semalam

Kisahnya bermula dengan chatting-chatting ngan catz. So ayat biasa catz tanya : arini masak apa?..hehehehehe..catz memang gini sebab dia rajin masak..pun teror masak ni..kadang-kadang blog dia jadi sumber rujukan ku...huhuuu.

Nak dipendekkan cerita, aku sememangnya dah plan nak masak untuk lunch..kunun-kununnya berhajat nak buat roasted chicken, sweet sour fish, asparagus dan mushroom steam and not to forget sambal belacan(all time favourite). Catz awal-awal lagi pesan suh ambik gambar sebab katanya blogger tegar mesti bergambar..hahhaahaha..catz..catz..

Sekali tengah siap-siap nak masak, tepon bunyi..kring..kring..

kak atie : eloooo rose...
aku : hah..kak tie.
kak atie : ni hah..akak nak jemput rose dan azmi datang rumah akak..kita
makan-makan.
Aku : oo..makan-makan ye? (dalam hati tak yah masak.yuhuu..makan pot luck!..)

Sekali tak jadi daa roasted chicken aku..sorry catz..insya'allah ..lain masa saya buat eh..jangan mara arr.. kami tak masak semalam sebabnya kami p makan-makan kat umah kak atiah (pioneer kat Lincoln ni..memang rajin yang amat kalau buat makan..gambar I tak snap coz what? coz i lupa bawak kamera..kuang..kuang..kuang..

Puding Roti Rasberi



Bahan-bahan :

Bahan A ( direndam selama 1/2 jam)

500 ml susu segar

10 keping roti


Bahan B
4 sudu besar caster sugar

2 sudu besar butter
2 sudu besar rasberi (boleh dipelbagaikan, ikut citarasa masing-masing)

1 biji telur ( saiz sederhana)
1 sudu besar tepung jagung


Bahan C ( untuk sos)
300ml yogurt berperisa (lebih kurang dua botol kecil yogurt)


Cara-caranya :
1. Panaskan oven selama 10-15 minit (
depend on oven, cam oven kat umah ni 10 minit pun dah ok)
2. Gaul bahan A & B hingga sebati

3. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak dalam suhu 180 c

4. Apabila masak, keluarkan dari oven, sejuk dahulu, tuang sos yogurt semasa menghidang.
* puding ni kalau disejukkan dalam petis ais pun sedap. Masa kuarkan dari fridge, hidang dengan sos yogurt atau sos kastard dan 2 scoop ice cream vanila( atau apa-apa perisa kegemaran..walaaa..yummyy..

Tuesday, December 16, 2008

Laksa Johor Perantauan

P/s : Nilah rupa laksaJohor perantauan saya

Bahan-bahan ( 15-25 orang )

  • 6 paket sphagetti (direbus dengan air, 1 sudu kecil garam dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
  • **Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
  • Ikan sardine - 1 kilo (patutnya pakai ikan parang..kat NZ ni payah nak dapat ikan parang)
  • udang basah 100gm
  • 1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
  • **Bahan B (dimesin)**
  • bawang besar - 3 biji
  • cili kering - 15 tangkai
  • halia - 2 ibu jari
  • lengkuas - 2 ibu jari & kunyit serbuk- 1/2 sudu kecil
  • serai - 2 batang diketuk
  • asam keping - 2 keping
  • santan pekat 1 kotak / lebih
  • 1 paket kerisik
  • 1 paket kecil rempah kari
  • bawang putih -3/4 ulas
  • **Bahan Hias**
  • limau nipis belah 2 dan buang biji
  • timun di racik halus
  • tauge buang ekor (segar)
  • bawang besar hiris halus
  • lada merah/lada hijau dihiris
  • Daun kesum / lettuce( patutnya pakai daun selasih@basil) / daun pudina diracik halus
  • Kicap kipas udang / kicap manis
  • ** Sambal Belacan
  • -lada merah 5/6 biji
  • -Belacan melaka - 30 gram dibakar
  • Bawang Merah 1 biji kecil
  • Cuka, gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

  1. rebuskan ikan, udang kering dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
  2. **Penyediaan kuah**
  3. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
  4. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
  5. masukkan ikan/udang kering yang dimesin.
  6. masukkan udang basah
  7. masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air dan
  8. masukkan asam keping
  9. tambah garam dan gula untuk rasa
  10. masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
  11. **Sambal belacan**
  12. mesinkan semua bahan dan hidangkan
P/s : ntah napa gambar tak bleh upload..dah try banyak kali ..maybe server problem..will upload pic later

Monday, December 15, 2008

What A Day!

Sebenarnya minggu ni memang satu minggu yang sungguh sibuk. Mula dengan hari Isnin, start kemas rumah, plan asal nak kemas laman rumah yang besar ini. tapi sebab cuaca yang sungguh sejuk ni, terpaksa batalkan niat. Huhuuu..sejuk tak tahan ..dengan windy kuat lagi..rasa cam nak terbang..Dua hari kemas rumah (spring cleaning, habis sental seme dinding2 yang budak-budak conteng, nanti senang kalau ada house inspection..buat yang minor je). Settle dua hari kemas rumah, hari rabu kemas locker..rumah ni banyak locker , jadinya banyakla barang-barang yang secara sengaja @ tak sengaja ada kat dalam tu..

Hari Khamis, setengah pagi kat hospital.Follow case Aqil, lepas balik hosp, pegi fun day kat Lincoln Primary school..teman budak-budak ni sambil berkenalan dengan cikgu..Hari Jumaat satu hari di hospital, teman Aqil untuk minor surgery..Fuh! malam p beli groceries . Hari sabtu pulakprepare untuk majlis hari minggu..kami ada tetamu dari UM, Dekan Fak . Sains merangkap bekas lect hubby 16-17 thn lps. Hari Ahad, dah kena prepare masak untuk tetamu jauh..

Untuk menu semalam, aku buat laksa Johor( aku nak makan) dan nasi ayam( request dari hubby). Dan dengan tak disangka aku berjaya masak dua jenis masakan tu untuk tetamu seramai 40 orang..kuang..kuang.kuang..ni first time tau masak untuk kuantiti yang banyak gitu..
Buat sorang-sorang lak tu..nasib baik mis-en-place dah buat awal..kalau tak mahu terbungkang kat dapur sorang-sorang. Untuk dessert kami just hidang buah..memandangkan menu dah cukup-cukup berat itu..Dato' dan Datin suka sebab katanya dapat imbau kenagan masa derang stdy kat UK dulu..Derang singgah untuk makan, tak lama coz tetamu yang lain dah sampai dan Dato' pun nak balik dan berehat sebelum conferencenya bermula ari ni.

Sudahnya nasi ayam habis( derang kata sedap..huhuhu..bangga makcik sebentar..wahlal nasi tu aku campak butter ngan air sup ayam jek..pastu buh daun pandan) suprising..sebab derang kata tak penah makan nasi ayam gitu( ayam aku bakar-pakai 2 ekor, masuk oven sekalif=gus..grill.senang dan mudah). Dan Laksa Johor pun derang kata sedap sangat..siap nak order..kuang..kuang..kuang..( mahu tak sedap, kuah pekat giler , pastu pakai ikan fresh..derang buat pakai tuna dalam tin..hehehheheh)..orite sampai kat sini..penat..wa mau rehat ..rumah dah macam tongkang pecah..lantakla..karang la kemas..time to get some rest..

Friday, December 12, 2008

Aqil undergo minor surgery!

*Bead yang berjaya dikeluarkan dari telinga Aqil setelah lalu 10 minit punya minor surgery dan setengah hari puasa..


Hari ni Aqil terpaksa berpuasa memandangkan kul 1.30 petang nak buat minor surgery kat telinga kanan dia..ada beads adalam telinga. Actually ada 2, satu dah berjaya buang, lagi satu terpaksa buat surgery cause agak jauh ke dalam.

Kul 8.00 pagi Aqil punya last meal..Dia breakfast ngan satu mangkuk macaroni dan 4 keping biskut dan satu botol susu. Dalam kul 10.00 pagi dia mengamuk sebab nak minum susu..bagi air kosong ..dia tanak..kesian dia..grumpy satu hari sebab lapar dan haus. Sebab kesian, ayah dia bawak jalan-jalan..tapi tak jalan gak..dia mengaruk, mengamuk..tapi apakan daya..dengar sajalah..

Lepas registration , dia ok skit..boleh main-main.kena sedas paracetamol(yang mana memang bukan feveret dia..susah nak telan ubat) mengamuk lagi. Dalam kul 2.30 petang nurse panggil untuk mula proses anesthetic..nasib baik takbius..kasi gas je suh tido. tak sampai 1 minit, dia lelap..kasi cium sikit kat pipi dia, then blah..sedih ..rasa macam nak nangis pun ya..(walhal minor je, 10 minit punya proses)..

Tetiba rasa lapar, then turun cari air untuk aqil dan ambik satu pack sandwich vege. Tak lalu nak makan sebab dah sebu..tetiba tepon kat waiting room tu bunyik ..

Nurse : Parents, please pick -up the phone. It is call for you and that means your kid is at the
recovery room.

Aku : ( dEngan muka blur..sebab kat situ ada 3 parent yang sedang tunggu)..Hello..mm
Doctor : Hi..Aqil's mum? He's ready now..you can come in..
Aku : Owh..that sooo fast..ok ..I'm coming ( dalam hati suka kemain. Rasa nak lompat je)

Masuk tengok dia tengah menangis sambil nurse cuddle dia..Terus kuarkan choc milk bagi dia..haus rupanyaa..sian dia..setengah hari puasa..tak cukup sekotak air, nurse bagi ice block..abes kejap jek..

Pindah ke bilik sebelah, nurse bagi jus oren, vegemite sandwich n ice cream..huh..kemain makan..then pastu cal ayah suh pick up..nurse bagi surveniour utk aqil..beads tu ..dah siap buh dalam botol( gambar kendian..belom capture)..Suka dia..malu pun ada..siap cakap.adik punya..hehehe
'itulah kisah kami hari ini..setengah hari kat hospital Women Christchuch gara-gara manik kecik dalam telinga..Aqil..oh Aqil..

P/s : Gambar sekeping pun tak ambik sebab Aqil soo..soo grumpy..tanak duduk..so tak bleh snap..sayang jugak..tapi tak palah..baca jelah..heheh

Thursday, December 11, 2008

Pictures..pictures n pictures

@End of Otago Penisula- place of Royal Albatross
@Larnach Castle
@Larnach castle
@Larnach Castle-on the way up
@Cadbury World

More Pictures..

@Cadbury World
@Cadbury World
@Oamaru
@Oamaru
@Oamaru

Gambar-gambr sepanjang journey kami

On the way ke Dunedin
Timaru- captain Henry Cain
@ Timaru - salah batu bangunan Victoria kat sana
@Timaru- Azmi's family with Captain Cain
@ Rakaia- First pit stop

Moureki Boulders

Hari terakhir di Dunedin , lepas ronda kat town, kami mula bergerak keluar..Selamat Tinggal Dunedin! Insya'allah..ada rezeki kami datang lagi. Lagipun masa agak singkat dan kami perlu pulang semula ke Christchurch( sebab utama hubby kena mengadap SV dia..ada discussion pasal projek derang).. On the way balik kami singgah lagi di Palmerston, saja tengok-tengok town dia..idakla besar..macam town koboi je..

Pastu kami teruskan journey sampailah ke satu tempat ni Moeraki Boulders. Tak ramai yang tahu pasal tempat ni..kami tahu pun dari kawan kami sebelum ni..So singgahla tengok..Nak tahu apa?

Kawasan pantai yang mana ada dalam lebih kurang 60 batu yang semuanya BULAt blaka! Serious bulat macam bola..sekali tengok macam telur dinosour..rasa tergamam, terpegun..cantik sangat-sangat. Hari tu cuaca agak sejuk tapi dalam sejuk-sejuk kami turun ak..bukan dapat tengok selalu ni..struktur dalam batu tu macam kristal tapi agak sticky macam getah. Begitu indah ciptaan Ilahi..

Ni dia..antara batu tu..ajaib rasanya..

Wednesday, December 10, 2008

Magnificient Journey @Dunedin pt 3

* Kakak posing atas first cadbury vehicle

* Budak cheeky ummi...

* Sementara menunggu tour bermula..lihat belakang tu..banyakkan coklat?

* It's cadbury's time! budak baru bangun tido..

Keesokan harinya kami ke Cadbury World, tempat yang anak-anak tunggu..Melawat kilang coklat Cadbury..Kami berpeluang masuk dan tengok production dalam kilang..macam mana coklat diproses dari awal sampai akhir. Kakak kemain fokus sebab dia minat info2 gini, yang hero lagi dua tak bleh fokus tapi derang kagum bila tengok coklat fountain yang dalam silo..rasa macam dlm filem Coklat Factory pulak..Tour guide kami nama Henry dan Adib panggil dia Willy Wonka! Ini pengalaman hebat buat kami dan anak-anak..tak sabar derang nak balik..nak share cerita dengan kawan-kawan kat skool


Tiap kali singgah di production dia, kami dapat goddies..coklat la ..apa lagi..Aqil oleh sebab penat sangat( bunyi bising dalam kilang), tertido atas bahu ayah dia..seronok sungguh budak-budak..habis tour tour, beg kami penuh ngan coklat..sampai muak-muak makan coklat..kakak beli poskad..dia nak share memories dia dgn mak long dia, kazen dia( arissa) dan Tok Ayah n Tok Ma n Moksu..dari Cadbury World kami ke Larnach castle, satu-satunya istana di NZ dan yang tertua di sini.( Cat..dah sampai dah,tapi kami tak masuk dlm..budak2 tanak).oleh kerana hari hujan renyai2, kami tak dapat bergambar banyak di kawasan istana..untuk naik ke sini, scenery dia Subnallah! cantik sangat..tinggi atas bukit dan hari tu dipenuhi ngan kabus..spooky gak rasa..

Dari Larnach castle kami turun ke hujung Penisula Otago untuk p tengok penguin..malangnya nampak sekor je..(mungkin sebab hujan,,rupa cam itik,..comey lote), pastu p tengok kawasan Royal Albatross( kita panggil burung camar kot???).. ni tempat persinggahan utama urung-burung ni dan jugak kawasan breeding derang..scenery dari ujung tanjung ni memang cantik sangat-sangat..tak tergambar..(pssstt: kena datang nak tengok..). Setelah satu hari suntuk berjalan, kami balik rehat, makan..dan akhirnya lepak dalam motel sebab hujan..membataskan pergerakan kami..Esoknnya pada pagi Hari Raya, kami solat di Masjid Al-Huda( agak dekat dengan tempat kami tggl). Jumpa ramai gak orang2 Malaysia..terasala jugak suasana raya..solat raya abes mula awal seawal jam 7.00 pagi( mungkin sebab hari bekerja..), lepas solat, balik motel, pack n check out. Memandangkan kalau ke Dunedin tak sah kalau tak pegi tengok dan daki Baldwin Street- The World Steepest Street.. Yang ni memang happening..seriau tengok..cam nak naik roller coster..gerun dan takut dan excited dan teruja nak naik ..satunya gerun sebab hari hujan renyai..nak naik ngan kereta, takut licin. Takut gear box keta rosak pun ya..tapi tak pa..becos hubby ai terror.huahahahahha..(dia pun kecut perut nak naik)..Tapi atas desakan hati kami dan anak-anak pun teruja nak naik, kami daki jugak..( naik ngan keta)..jalan agak slippery tapi we ols manage to get up there..awesome!

dari atas tengok..pergh..ni kalau jatuh..tergolek-golek non stop sampai ke bawah..memang curam giler. nampak bekas-bekas brek keta, hubby kata ni kalau tak pandai control brek, mau terbabas sampai ke bawah..pergh!.. pastu kami dapat sijil dari Mayor Dunedin..
sbbnya? berjaya drove ke The World Steepest Street..huhuhhuuuh..seronok-seronok..

dari sana kami ke Dunedin Railway Station untuk apalagi bergambarla( yang sebenarnya ummi yang paling banyak posing, anak-anak tak heran pun..). Bangunan ni lebih kurang macam rupa Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur. Memang kat sini stuktur bangunan banyak dipengaruhi oleh Victoria dan Edwardian architecture. Pastu singgah jap kat Otago University memandangkan kami dah berada di kawasan tu( uni ni macam UM gak, uni dalam bandar dan jugak uni tertua di New Zealand..sampai jugak kami)..Hubby sempat ambik gambar dept Botany( katanya tringat pada fak Science..dia dulu botany gak. skang dia dah ke Biotech).. kalau tak dia kata dh jadik botanist dah..hehehe..skang? jadik scientist which is his kids really admire to be..kami dah ada dua calon scientist, kakak n atif..adib katanya nak jadik programmer, nak program game best2 kat komputer,) apa-apa jelah..janji derang dh ada aim what to be. kami tak penah encourage pun..minat tu datang sendiri..maybe genetic inheritage kot?iskk..back to our journey.

Ummi frust sebab tak dapat pegi Dunedin Botanical Garden sebab hari hujan..ayah dah nak singgah tapi memandangkan hujan dan tak boleh nak snappy meppy...so kami move ahead..back to our plan..Lincoln..here we come! Sebenarnya banyak lagi tempat yang kami tak sempat nak discover memandangkan faktor cuaca tak mengizinkan, tapi Insy'allah kalau ada rezeki dan masa , kami datang lagi!

P/s : Gambar upload sat lagi.. nak tulis jurnal dulu..

Magnificient Journey @Dunedin pt 2

Dari Timaru, kami singgah di Oamaru, pun bandar sejarah. Derang panggil ni bandar Victoria..kat sini architecture dia cantik..singgah tak lama sebab budak-budak boring tengok bangunan ( kacau daun betul la). Pastu kami singgah tengok tempat penguin breeding..sekali kena tunggu daaa..malangnya kami tak bleh tunggu sebabnya tak plan nak tengok penguin, karang sampai lambat lak kat Dunedin..so lepas ambik snap sana sini..kami bergerak ke destination.

* Di Bandar Oamaru

* Keretapi bawak bijih..Old train -Location : Oamaru

* Beskal klasik( utk tatapan Pak Long)

*On the way untuk tengok tempat penguin breeding

* Old Steam train..slow betul train ni..Location : Oamaru
* On the way, kami jumpa Ilama..Seriouly..cute giler binatang ni..jinak lak tu
* Nasib baik besar, kalau kecik memang hangkut bawak lari..hehehe..comey ..nak-nak yang ada ramos tu...
.

Akhirnya sampai Dunedin dah petang, kami chc in di motel kami..tempat ni cantik sebab tepi motel ada anak sungai..lepas selesai makan dan solat..malamnya kami kuar lagi..( sini kul 8.00 mlm pun terang buntang lagi..siang panjang)..jadiknya bolehla tengok bandar Dunedin malam2. Kedai seme dah tutup daaa.. Pastu balik ..nak simpan energy untuk ke Cadbury Chocolate World!
* Tempat rehat kami..best oo tempat ni..tepi tu ada anak sungai..( tukang promote Leith Valley Holiday Park..secara tak rasmi)
* Kat sini ada sewa caravan sekali ni kalauutk yg nak mooore adventurous


* Bersantai di tepi pantai kat Dunedin

Magnificient Journey @Dunedin pt 1

Hari Ahad lepas kami sekeluarga bertolak ke Dunedin, the Edinburgh city ver NZand olso the o..Ingat Scotland je ke yang ada Edinburgh? heheheh.. kami plan untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha di Dunedin memandangkan di sana terdapat ramai muslim dan yang penting ada masjid.

#@ Al Huda Mosque- pagi Eid -Dul-Adha

Kami bertolak pagi. Dari Christchurch ke Dunedin makan masa dalam 6 jam( tu kalau non- stop) ..rasa mcm balik KB je..( sebenarnya nak lepas rindu balik kampung..huhuhuu). Pit stop pertama kami di Rakaia, lubuk ikan salmon..kami lunch kat situ..menu : nasi ayam(lagi!).
# Trademark Rakaia
# Lepas kekenyangan

Dari Rakaia, kami bergerak ke Timaru. Satu bandar sejarah..Struktur bangunan lama mirip pada Victoriaan style. Kat sana jumpa ngan tugu terkenal Timatu, Captain Henry Cain dan sempat posing dengan salah sorang tourist dari Jepun..Dia terpegun tengok kami punya anak ramai..heheehehe. Kebetulan pulak ada Sunday Market..tapi tak da apa pun..they just selling the local products such as craft product and the vege..nothing interesting..

# Posing anak beranak ngan Captain Henry Cain ( ni kena sumpah jadik batu sebab derhaka pada captain Jack Sparrow..hahhahahahah)
* Bersama tourist Jepun..

Sambung di Dunedin pt2

Saturday, December 6, 2008

Aqil - the amatur singer.

video

SEdih..jam feveret hilang.....

Sedih giler ni..jam feveret yang selalu pakai hilang.. jam adidasku itu..lupa letak kat mana..dalam banyak-banyak jam..jam tu lah yang jadik pilihan hatiku..huhuhu..ni present hubby bagi 7 tahun lepas. Dalam banyak-banyak present..tulah present yang paling wa sayang.. Kelmarin lepas balik pick up budak-budak dari skool, trus bukak jam tu sebab nak masak..sekali lupa kat mana letak..

Selalunya dalam bekas jewel tu..tapi tak da..uwaaa..wa sudah hilang ingatan..tak penah lagi lupa cam gini...aduhai..

Friday, December 5, 2008

Christmas Lunch..Lunch Christmas..tengok jelah gambar..


Dari kiri : Sara, Anju( new student Prof Tony), hero macho tu, hubby ai ye., last sekali Julie Pringle
Dari kiri : Lagi hubby ai, Ganesh, Prof Tony ( hubby punya SV) n Sagar ( Shah Rukh Khan Lincoln)
Dari kiri : Ganesh ( interframe betul mamat ni), Prof Tony ( pakar plant transformation- saintist genius) wif my hubby.

They gather for Christmas lunch at Rolleston.

Coming soon..Dunedin..

Wait for our next story ..

A Journey To Dunedin!


Kek Pisang


Kek yang mudah dan senang..juga save budget..gerenti semua suka.

Bahan-bahan ( 20 cm )

  • 2 biji pisang
  • 140g butter
  • 120g gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar fresh cream
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 200g Self Raising Flour
Method :
  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang
  2. Asingkan putih dan kuning telur
  3. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
  4. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
  5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
  6. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
  7. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit.

Nasi Ayam sempoi..

Nasi Ayam Sempoi

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu mentega
  • sehelai daun pandan( tak pakai..sebab susah nak dapat stok..saya gantikan halia)
  • 2 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • hiasan
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun
Method:
  • Bersih ayam. Potong ikut suka
  • Tumbuk bawang putih dan halia dan sikit lengkuas
  • Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  • Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  • Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh ( saya prefer bakar, tapi tadi tak bakar sebab nak cepat)
  • Untuk sos kicap. Mayang bawang putihdan sikit halia. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi

Thursday, December 4, 2008

Nasi Ayam simple.

Hari ni masak nasi ayam. Puncanya lambat start masak..masa on the way nak hantar Atif ke kindy, kami singgah depan kedai kopi Lincoln sebanya ada charity show. Funrazor for Children cancer. Derang kutip derma sapa-sapa yang nak cukur rambut sampai botak sempena menyokong salah seorang ahli keluarga pesakit cancer. Kisahnya begini ; Ben wagstaff baru berusia 6 tahun dan ada adik umo setahun++ yang ada various cancer. Maknanya seluruh sel dia ada gen cancer. Oleh kerana terharu tengok betapa susahnya adik kecik tu lawan cancer, dia mulakan projek untuk cukur rambut sampai botak sambil kutip derma untuk tabung pesakit cancer kanak-kanak.

Abang Ben, Jack satu kelas dgn Adib. Memang tadi terharu tengok betapa semangatnya dia..lepas dia cukur rambut tu, terus dia peluk mak dia..Terharu sungguh tengok..menitis pulak air mata. Gambar tak snap sebab camera hubby bawak..dia pulak ada party christmas bersama staf dan supervisor dia.

Jadiknya tanpa disedari..tengok2 dah kul 1.15 pm. mak aih..masaknya belum..atif pulak sebuk nak face painting..tunggu dia habis, kelam kabut balik masak..sudahnya makasak nasi ayam ..tattraaa..tara....

nilah dia ..nasi ayam sempoi..( nak cepat punya pasal..budak2 balik sekolah kul 3, kul 1.30 baru sampai umah, lintang pukang masak..nasib baik siap on time..)

P/s : Kualiti gambar kurang memuaskan..saya budak baru belajar..prektis mek perfek..