Hari ni masak nasi ayam. Puncanya lambat start masak..masa on the way nak hantar Atif ke kindy, kami singgah depan kedai kopi Lincoln sebanya ada charity show. Funrazor for Children cancer. Derang kutip derma sapa-sapa yang nak cukur rambut sampai botak sempena menyokong salah seorang ahli keluarga pesakit cancer. Kisahnya begini ; Ben wagstaff baru berusia 6 tahun dan ada adik umo setahun++ yang ada various cancer. Maknanya seluruh sel dia ada gen cancer. Oleh kerana terharu tengok betapa susahnya adik kecik tu lawan cancer, dia mulakan projek untuk cukur rambut sampai botak sambil kutip derma untuk tabung pesakit cancer kanak-kanak.
Abang Ben, Jack satu kelas dgn Adib. Memang tadi terharu tengok betapa semangatnya dia..lepas dia cukur rambut tu, terus dia peluk mak dia..Terharu sungguh tengok..menitis pulak air mata. Gambar tak snap sebab camera hubby bawak..dia pulak ada party christmas bersama staf dan supervisor dia.
Jadiknya tanpa disedari..tengok2 dah kul 1.15 pm. mak aih..masaknya belum..atif pulak sebuk nak face painting..tunggu dia habis, kelam kabut balik masak..sudahnya makasak nasi ayam ..tattraaa..tara....
nilah dia ..nasi ayam sempoi..( nak cepat punya pasal..budak2 balik sekolah kul 3, kul 1.30 baru sampai umah, lintang pukang masak..nasib baik siap on time..)
P/s : Kualiti gambar kurang memuaskan..saya budak baru belajar..prektis mek perfek..
No comments:
Post a Comment