Tuesday, December 16, 2008

Laksa Johor Perantauan

P/s : Nilah rupa laksaJohor perantauan saya

Bahan-bahan ( 15-25 orang )

  • 6 paket sphagetti (direbus dengan air, 1 sudu kecil garam dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
  • **Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
  • Ikan sardine - 1 kilo (patutnya pakai ikan parang..kat NZ ni payah nak dapat ikan parang)
  • udang basah 100gm
  • 1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
  • **Bahan B (dimesin)**
  • bawang besar - 3 biji
  • cili kering - 15 tangkai
  • halia - 2 ibu jari
  • lengkuas - 2 ibu jari & kunyit serbuk- 1/2 sudu kecil
  • serai - 2 batang diketuk
  • asam keping - 2 keping
  • santan pekat 1 kotak / lebih
  • 1 paket kerisik
  • 1 paket kecil rempah kari
  • bawang putih -3/4 ulas
  • **Bahan Hias**
  • limau nipis belah 2 dan buang biji
  • timun di racik halus
  • tauge buang ekor (segar)
  • bawang besar hiris halus
  • lada merah/lada hijau dihiris
  • Daun kesum / lettuce( patutnya pakai daun selasih@basil) / daun pudina diracik halus
  • Kicap kipas udang / kicap manis
  • ** Sambal Belacan
  • -lada merah 5/6 biji
  • -Belacan melaka - 30 gram dibakar
  • Bawang Merah 1 biji kecil
  • Cuka, gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

  1. rebuskan ikan, udang kering dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
  2. **Penyediaan kuah**
  3. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
  4. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
  5. masukkan ikan/udang kering yang dimesin.
  6. masukkan udang basah
  7. masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air dan
  8. masukkan asam keping
  9. tambah garam dan gula untuk rasa
  10. masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
  11. **Sambal belacan**
  12. mesinkan semua bahan dan hidangkan
P/s : ntah napa gambar tak bleh upload..dah try banyak kali ..maybe server problem..will upload pic later

2 comments:

Catz said...

wow...
nampak sedap..
i org jhr pun x pernah lagi wat laksa johor...
saya akan refer ke sini if satu hari nak buat laksa johor...
u are a great chef!

roseazmi said...

Lupa nak mention..rempah kari tu buh kari ikan tau sebab nak balance ngan seafood kat dalam tu(udang basah ngan udang kering). Catz , jangan puji lebey2..ni masak biasa2 je..