Tuesday, August 17, 2010

Cerita Ramadhan



Lorat eh bunyi dia? hehe..baru puasa 5 hari dah berangan banyak. Tahun aku berazam nak buat tart nenas, doakan moga2 berjaya . Call kampung mintak mak antarkan acuan kuih samperit(kuih feveret ni) dan acuan tart nenas( I nak tart yang gulung tu okay!).

Baju raya anak-anak mak akan pos , dia cakap hari tu dah siap beli semua dah termasuklah baju raya untuk aku..Yippeee!!Tapi dalam gembira pun masih ada perasaan risau sebab ayah baru-baru admitted ke hospital. Dapat minor heart attack. Salur darahnya tersumbat. Dia tak bagitahu pun sakit, tiap kali call tanya, dia bilang sihat saja..tau2 masuk hospital. Risau sungguh! 2 hari dia di wad CCU, masuk hari 3 dia mintak nk keluar..katanya dah sihat..aihhh..dia bagitahu yang dia rimas duduk di wad, nak bangun tak boleh nak pegi toilet takboleh( bedrest terus). Since dua2 my parent ni kerja hospital, jadiknya derang amatlah arif pasal2 sakit penyakit dan suasana hospital.

mak suruh ayah stay lagi di hospital tapi ayah takmo..katanya dah sihat dan akhirnya doktor discharge keluar last week. Last night called, ayah bagitahu dia akan buat angiogram umtuk kasik ruang pada arteri dia yg block


Kami semua berdoa moga semuanya berjalan dengan lancar dan moga ayah cepat pulih!


2 comments:

IrFaN CoMeL said...

salam ramadhan kak...
saya doakan semoga ayah akak sihat selalu.amin....

rose rahim said...

salam ramadhan jugak..terima kasih banyak2