Wednesday, February 4, 2009

Donut







Entry for today
: recipe for donut.
Anggaran : 60 biji( kalau pakai donut cutter kecil, 18 biji kalau saiz besar)

3 1/2 sudu teh active yeast
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar -panaskan sedikit@ biarkan pada suhu bilik
1/2 cawan gula halus
1 s/teh garam
150gm butter/shortening (cairkan)
2 biji telur
450gm tepung gandum ( pakai yang high protein)
Minyak - untuk menggoreng
Gula caster@ gula icing@ melted choc dan lain-lain hiasan( kreativiti individu)

Cara-cara:
1. Rendam yeast dengan air suam hingga yeast berbuih atau biarkan selama 5 minit.
2. Masukkan telur, garam, gula, butter/shortening dan tepung(masukkan sedikit demi sedikit).
3. Ulikan kesemua bahan-bahan sehingga menjadi doh. Rehatkan doh, tutup dengan kain @
plastic wrap. Biarkan selama 2 jam @ hingga doh naik 2x ganda dari saiz asal.
4. Canaikan doh dengan donut cutter. Pada sesiapa yang tak ada donut cutter, bahagikan doh
kepada 18 biji. Bulatkan dan buat lubang di tengah-tengah . Option lain pakai tudung botol
susu anak..
5. Setelah dapat diterap, rehatkan doh semula dan tutup dengan kain. Setengah orang tutup
dengan kain lembab, tapi saya just tutup dengan tea towel biasa je.yang kering pun ok..
6. Setelah doh naik 2x ganda, gorengkan pada minyak yang panas dan sentiasa balik-balikan.
Proses ni supaya donut tak hangus. Kawal suhu dapur.
7. Setelah masak, angkat dan toskan,gaul dengan gula@ coklat cair dan sedia untuk dihidang.
* Donut versi bulat- untuk dicucuk ke lidi satay

* Regular shape donut
* Setelah digoreng. Nilah rupa kalau tak control suhu. Ada yang sikit"tan"


* Setelah siap ..sedia untuk dimakan.

1 comment:

Catz said...

wow..gebu2nya donut. sedapnyaaaa tgk...iskkk..rasa nak cuba nih..
geram tengok lah...