Thursday, February 12, 2009

Puding Roti Caramel

Just letak resepi..Gambar dah letak..lihat entry sebelum ini..

Bahan-bahan:

Bahan A ( Direndamkan selama 1/2 jam)
10 keping roti
500ml susu segar

Bahan B
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter- dicairkan
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar kismis

Bahan C
1/2 cawan gula - dikaramelkan
* Notakakigebu: panaskan pan, letak gula dan biarkan hingga berbuih dan bertukar color. Guna api kecil dan bila gula dah tukar karamel tuang terus dalam acuan. Karamel yang dimasak tanpa letak air, kaler dia akan jadi lagi cantik compare to yg letak air..

Cara-cara:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Masak gula hingga jadi karamel. Tuang ke dalam loyang.
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar secara bain-marie dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.

* Teknik buat puding ni sama dengan teknik buat puding gula hangus.

No comments: