Monday, June 22, 2009

Entry entah hapa-hapa...

Sebenarnya perasaan ni sepatutnya dikawal dan jangan dilayan, tapi kita hanya manusia biasa. Kadang-kadang kita tak mampu membendung perasaan marah dan sesekali kita terpaksa melampiaskan perasaan marah tu..

Ni mood minggu2 sebelum ni. Biasalah kalo kita tak usik orang, orang usik kita. Nilah yang dikatakan lumrah kehidupan..Pahit manisnya merantau..Cewahhhh..

Tapi sekarang aku dah tanak marah dah, buang karan jek..baik aku layan tv, lagi syok.., hujung minggu kami terasa sungguh damai dan tenang, walaupun kami tak kuar mana-mana. Just sitting around in the house, in front of our lovely logburner, feel the warmth with a cup of coffee and a plate of curry puff...hmmmm..heaven..Kami tak kisah apa yang berlaku kat luar..dan seperti biasa lepas sesi makan-makan, aku mula kemas rumah sebabnya mingu ni ada HOUSE INSPECTION!..wah hahahahahah..jenuhla aku panjat tangga nak bersihkan siling rumah, memberus art wall kat bilik, dapur, basuh bilik air dan toilet..penat seh!..En.Jemi pulak tolong kemaskini loker2 kami yg rasanya macam tak ada barang, tapi bila kemas,..Ya Rabbi..macam-macam khazanah kuar. malam tadi aku just lepak2 since siangnya dah kerja keras dan tengok Grey Anantomy..siri fav yg tak boleh miss itu..sedih pulak tengok kali ni sebab resident Doc tu dah tahu yg Izzy ada brain tumor. Siri semalam berkisar pada persahabatan. Macam mana tak suka sekali pun, kita masih tetap perlukan kawan di sisi..sebagai pelengkap..Kawan muncul dalam pelbagai medium..yang pastinya hargailah erti sebuah persahabatan..
Lunch semalam..Nasi dagang Winter Sonata..hihihih
Fresh salad

2 comments:

umihadri said...

ermmmm...sedapnya nasi dagang, org kat mesia pun dah lama tak buat. untung en jemi dpt mkn sedap walaupun di perantauan.

roseazmi said...

hehehe..nanti balik kita buat pot luck ya..