Thursday, June 25, 2009

Nasi Lemak Sambal Sotong

Breakfast kami pagi ni dan anak-anak mintak untuk dipackkan for their lunches. Senang kerjaku. Lama sangat tak buat dan hari ni kena buat dua kali..round pertama licin dan lepas hantar anak ke sekolah, balik, masak lagi satu pot. Yum..yum..yum..

Nasi Lemak

Bahan-bahan
2 cawan beras
1/2 tin santan+ air
1 s/teh garam
dua tiga helai daun pandan

Cara-cara
1. Basuh beras seperti biasa
2. Masukkan daun pandan, santan , air, garam dan adjust sukatan air dan rasa.
3. Masak dalam rice cooker ( nak mudah)

Sambal Sotong
1 ekor sotong saiz besar - dipotong
6 biji cili kering
3 ulas bawang putih
1 1/2 labu bawang besar
Sedikit belacan
Air asam jawa, garam dan gula

Cara-cara
1. Potong dan basuh sotong bersih-bersih
2. Rebus dahulu cili kering sebentar( kasik kurang pedas)
3. Blender bersama bawang putih, bawang besar, cili kering dan belacan
4. Tumis bahan blender hingga pecah minyak, masukkan garam dan gula
( nak kasik color sambal kick,)
5. Masuk sotong dan air asam
6. Biarkan renih sebentar ( jangan terlalu lama, sotong akan liat)
7. Masak, angkat dan hidang

Nilah hasilnya :
Jangan lupa telur rebus, timun dan kacang goreng serta ikan bilis. Aku tak letak ikan bilis sebab ikan bilis kat sini mahal, dah tu keras mcm plastik. Kacang goreng pulak ahli keluarga tak minat.

2 comments:

CATZ said...

wuuuuu..sedapnya..sambal sotonggg..
nakkkk.....hantar le satu set nasi lemak..hiksss

roseazmi said...

dah nak antar catz, tapi custom tak kasik kuar..terpaksa kubukak mangkuk tingkat tu..makan bersila kat airport..ahahhahaha