Tuesday, March 31, 2009

Bye-bye Hadri..Selamat berkembara ilmu!

Remove Formatting from selectionDari kiri : K.Nah, Aiman, Hadri, Abang Aziz dan K.La

Oppss..pinjam picture dari kakak. Aku request sebelum ni untuk tengok gambar Hadri sebelum dia berangkat. Dapat tengok gambar-gambar beliau sebelum berlepas.. Sedih pulak tengok..hehehe..tulah aku ni memang emo..patutnya gumbirala dapat tengok anak bujang ni p belajar..tapi memang tumpang gumbira... bye-bye dari jauhla ya Hadri..Poksu dan Moksu tak bleh join kat airport untuk sama-sama hantar Hadri..Study molek..hehehhe..tinggi kan dia ni? Dalam gambar ni ada lagi sorang anak buah yang dah lama tak tengok..Aiman..handsome dah sekarang..Untuk dua-dua anak buah ni..Good luck in your study and may success always be beside you..miss you all..

Sikit kata aluan dari kami di sini :

Is it your quest, to be driven.
Striving for perfection.
Using mental concentration.
Focus on becoming a prodigy.
Having extraordinary skills.
Mastering your talents.
To achieve life ultimate prize.
Success, Success, Success.

If you want to succeed, go to college and get a degree.
Study hard and make good grades, that is the key.
Nothing spells success like a good education.
You can be a doctor or President of a corporation.
If you want to be a success, an education is what you'll need.
A person who is educated will be far more likely to succeed.

P/s : baru belajar buat poem dari husna..hehehhe..
Hadri : balik esok2 bulih ajar kitaorang bahasa german pulak..eheks..
Aiman : Lama sungguh tok tengok..segak dah..



Sunday, March 29, 2009

Ceritanya begini...

Semalam my other half kata dia nak rest hari ini setelah berminggu-minggu skip his rest..nak spend masa dengan aku dan anak-anak( yuhuuuu..hehhehe)...pun jugak kami semua masih lagi tengah gembira dan teruja sebab anak buah my other half akan fly ke German malamnya( waktu Malaysia)..ada tulis di entry sebelum ni..so pagi semalam kami ke garage sale setelah sekian lama tak follow garage sale ni..setengah hari kami habiskan masa p garage sale..penat jugak..nasib baik aku sempat siapkan roti jala dan kari ayam buat bekal makan..dah masuk tengahari kami surrender..anak-anak nak balik..katanya duk umah lagi best..derang tak berapa minat nak jalan2 ni..lagi suka duk umah..on the way balik, aku suruh my other half call kakak dia..suh borak ngan Hadri bagi sikit2 kata perangsang..lagipun lama sungguh dah tak jumpa dan borak dgn dia...My other half senyum je..then dia kata ok..memang nak borak ngan dia..lama dah tak sembang..

Balik dari garage sale, aku penat jadiknya masak simple2..goreng ikan, buat sambal belacan dan acar timun..aqil makan banyak..dia suka lauk gini..yang lain ok-ok saja..belah petang aku p hantar anak daraku p main kat umah kawan dia..sampai2 kat umah tu, derang buat majlis makan2 rupanya..aku pun tanak duk lama, p sekejap then kami balik..malamnya my other half call hadri..borak2..aku tumpang dengar sebab dia call dari dapur..my spotkan?..sambil-sambil masak, aku celah2 cakap. Seronok tengok Poksu dan Hadri borak2..lama dah tak dengar derang sembang..adala sikit-sikit kata2 semangat dari Poksu untuk Hadri..lagipun kami dah lama sungguh tak call kakak..jadik ni ambik kesempatanla sembang2..kata-kata last dari kami untuk hadri "Selamat berkembara ilmu di sana..Semoga pulang dengan kejayaan!"

Then untuk dinner , aku buat sup daging, cendawan brocolli goreng dan kari ayam(balance dari kuah roti jala pagi tadi)..lama tak makan sup daging..sedap sungguh( ecehceh..puji diri sendiri)..
Layannnnn....


* Meals full set

Wheel -a-ton

Event ni berlangsung hari khamis lepas. Anjuran Kidsfirst Kindergarten Lincoln, tempat Atif pegi skolah hari-hari.. ni acara untuk kutip derma untuk sekolah..semua budak-budak dari kecik sampai besar berbasikal, ada fire engine..mandangkan dah lama tak bawak derang berhiburan begitu, jadik kami bawala..nak suruh derang berbasikal..semua tanak..lagipun atif belum mahir berbasikal..(hehehhe..sebenarnya dia baru boleh naik mini basikal aqil).. suka kemain budak-budak ni naik fire engine..dia pusing beberapa round kat padang sekolah tu..aqil terlalu impreesed sampaikan mulut ternanganga dari mula naik sampai habis..turun dari fire engine..bangga dia..hehehehhe..itulah kisah budak-budak..A few gambar untuk dishare..

* Up you go!

* Tengah berseronok dalam fire engine
* Down you go mate!
* Ummi tengah kira anak..

Saturday, March 28, 2009

I'm not in the mood to write...ni semua mungkin berpunca daripada kenaikan beratku sejak akhir2 ni..hehehehhe..selera makan menjadi-jadi..aku masak..aku makan..hihihihih..nantilah mandangkan sekarang tak da cerita yang best untuk dikongsi..life as usual..dah la..fullstop

Wednesday, March 25, 2009

Update...

Tak ada cerita menarik untuk dikongsi. Hanya nak update blog..just letak a few pictures yang berjaya disnap pada hujung minggu lepas.

Roti inti kastard.

Daging masak merah ala Thai

Ayam goreng ala KFC
Nasi goreng USA- dinner

Ikan sweet sour - ni lauk makan tengahari

Marble cake for afternoon tea.

Ini saja yang ada...sekian..

Friday, March 20, 2009

My addicted..

Sejak mula autumn, aku sangat-sangat addicted untuk masak. Takat ni aku dah try buat bread, buat cendol dan buat sushi. Semua ni aku tak pernah expact boleh buat sebab :

1. Tak da breadmaker
Dah lama gian nak buat roti tapi tak ada breadmaker, so asyik tangguh-tangguh je.

2. Tak ada acuan cendol
Cemana nak buat cendol? alat semua tak cukup..nak pakai acuan apa?

3. Tak ada cuka halal untuk buat sushi

Ni semua alasan-alasan negatif aku..pendek kata malas sebenarnya..malas nak buat research, malas nak cuba..tapi last week aku nekadkan diri cuba buat semua2 ni. Akhirnya aku berjaya buat walaupun tak ada semua alatan..Roti aku pakai handmaker, cendol aku pakai acuan marukku(lantakla), cuka sushi aku buat sendiri( lps satu hari suntuk buat research)hehehe..so nilah hasilnya..anak-anak cukup suka..
* Milky bread ( Ref : Jamie Oliver)

* Tart custad

* Rice bun
* Air batu cendol( terliur masa tengok kat blog catz).

* Gambar panas2( baru capture pagi ni untuk lunches anak2 and my other half)

Sunday, March 15, 2009

Cerita kami..

Kami masih lagi hibernate kat rumah sebab my other half memang tengah sibuk sangat-sangat ..tak boleh nak squeeze time. Dia dalam proses extract DNA. Pendek cerita, proses ni amatlah rumit dan makan masa menyebabkan dia berkampung di lab...tak ramai yang faham tentang research dia..kadang-kadang people says that he works too much..sampaikan tak boleh nak beraktiviti..well gitulah..kalau dia tak usaha keras, takdala result, kalau tak da result nampak gaya lagi lamalah kami kat sini..huhuhuuu..tak maula....semalam dia bawak aku p teman dia kat lab. Aduh..rimas gak aku duk kat situ.. pusing kiri kanan, seme chemical ntal hapa2..ada dua ice box kat dalam ..aku ingatkan tempat simpan air ke hapa, tapi rupanya kat situ derang freezekan DNA. Katanya kat dalam tu ada enzyme yang rega ribu-ribu dollars.. so nak kena careful.. aku tengok dia duk buh jelly so aku tanyala ..jelly ni sama ke ngan jelly yang kita makan tu? dia gelak besar kat aku(bini dia zero knowledge pasal benda-benda science ni..science makanan dan rumahtangga aku terrorla) ..dia kata tu bukan jelly buat makan tapi jelly untuk jadikan base pada patikel-patikel daun dia..so that daun tu nanti boley grow jadi anak pokok..pas tu ambik daun tu, slice kecil2, amik DNA dia, buh dalam tiub2 kecil( gambar tak snap..aku lupa bawak camera..nantila pujuk dia suh bawak lagi..eheks). Tulah serba sedikit pasal DNA extraction..jangan tanya banyak..aku dok reti ..tunggu my other half explain lagi..Bau kat dalam tu cam kat spital..ngan lab cot bergantung-gantungan..sunyi lak tu..seram gak..


So back to cerita kami, aqil dah mula nak blajar naik beskal..mula2 dia tolak..pastu dia heret ngan kaki dia, then boleh kayuh sikit2..Way to go Boy! Ayah takda masa dia belajar naik beskal.bunyi mcm sikit sedih tapi takpa, aku snapkan a few picture for ayah to have a look..His little wee wee man dah boleh naik basikal. Kami nasib baik sebab anak-anak dah faham yang ayah sibuk di lab..so tak dapat nak spent time banyak ngan derang..tak dapat nak bawak g jalan-jalan..tapi malam sebelum derang tidur, my other half temankan derang tidur..anak-anak faham semua ni hanya temporarily. Sebab bila ayah dah abis study nanti, derang akan dapat ayah derang balik..heheheheh..

* ready..


* push..and

#paddle..

Friday, March 13, 2009

New Season




* Antara aksi budak-budak..

Musim tukar lagi..musim panas dah abes skang dah msk autumn. Dah mula sejuk-sejuk dah...pagi2 bercinta kat bathroom..duk dalam tu bestla..warm..bila kuar sooo chilling..pagi teramatlah sejuk dengan angin sepoi2 bahasa tu, tengahari..matahari kuar..panasla kejap..bila malam hujan..suhu boleh drop serta merta..mulala berstoking..

Aqil dah start running nose. Dia ni nak kena careful bila cuaca sejuk2 gini..dah ada sejarah ngan pneumonia..bila dia start batuk nak kena alert..Masa ni mulala nak stock up ubat selsemala, panadol la, ubat batuk..balm vicks..penuh balikla koleksi first aid kat dapur tu..Budak-budak dah start pakai jaket..tapi derang ni kadang2 pakai t-shirt lengan pendek je..bukan reti sejuk..
* koleksi donut

Bila sejuk ni , perut pun asyik lapar saja. Pagi ni aku goreng macaroni, atif pulak request nak makan donut coklat, doh dah uli pagi tadi, tapi lambatla sikit kembang sebab cuaca tak begitu panas. Selalunya time summer, lps uli doh tu, aku rehatkan dalam sejam dua je sebab cepat naik..cuaca panas..sekarang ni..slowla sikit naiknya..petang karangla aku goreng. My other half pulak memang sibuk sungguh hari ni. Dia janji nak pick up kami n having lunch together tapi last minute cal katanya tak boleh..kena cancel sebab tak habis kerja lagi..kesian dia..bekal yang aku bagi pagi tadi tak sempat nak jamah pun. Dia balik tergesa-gesa, jamah sikit makanan dan terus p surau untuk solat Jumaat. Semalam aku buat keropok lekor..menjadi..suka kemain tapi tak snap gambar..tak sempat nak snap..licin..aku buat sikit je ..ikan pakai dlm 300 gm je..dapatla dalam 6 batang saiz medium..nanti buat lagila..

Besok petang dapat invi lagi p besday party..tiap-tiap minggu ada makan..kadang-kadang rasa jemu gak..tapi ok la tu..aku pun akan buat majlis gak bulan depan..heheh..besday husna..sekarang pening nak pikir menu..dia siang-siang lagi dah bagitahu yg dia tanak choc cake. dah boring dah makan choc cake..yelah asal besday je..coklat cake..muak juga kan....tunggu cerita kami di musimbaru..ceh..ceh..cerita musim luruh..hahhahahahha

Sunday, March 8, 2009

Cerita dadih dan bla..bla..bla..



Hari ni cuba-cuba untuk buat dadih. My kids cukup gemo makan . Kebetulan ada sepaket agar-agar dari Malaysia(last stok), jadiknya cubala aku buat dadih. So far okla for the first timer..the kids loves it..kira lulusla tu..


Lunch hari ni aku buat gulai daging, pastu goreng hati lembu sikit for me..(I suka ngan organ2 dalam ni..orang2 tua kata buat tambah darah...hihiihihi). For kids aku buat ayam masak lada To' style. Resepi dari arwah ibu mertua..ringkas je nak buat ..tak remeh.gambar malas nak snap.

For minum petang, just goreng karipap balance semalam. Aku buat lebih then frozenkan..senang sikit and my other half mintak gorengkan sikit pagi tadi untuk dia bawak bekal ke lab. Dia jarang nak bawak bekal..sekali sekala dia request. Tapi lately ni dia rajin pulak nak bawak bekal..jenuh katanya nak makan sandwich vege hari-hari..hehhehehe..

For for dinner aku tanak masak berat, just buat sandwich je..derang sekarang ni jarang nak makan dinner heavy2..orite..abes cerita hari minggu..dalam satu hari aku punya entry adala berkoyan..pulun sakan..sebab weekdays payah nak menulis..

Sapa bagi nama kita ummi?

Satu pertanyaan daripada anak-anak..urmm..oklah..so ummi pun dudukla bercerita..sebab anak ada empatkan..so nak habiskan cerita sorang-sorang tu makan masala jugak..mula dengan kakak


1. Nur Faiezatul Husna
Nur - ayah yang bagi. masa ni kami clueless..tatau nak bagi nama apa..nak senang buh nur dulu.
Faiezatul - Mak ngah bagi sebab mak ngah suka nama ni..kalau tak silap ni salah satu nama yang mak ngah reserve kalau dia dapat baby girl. Dedicated untuk mak ngah..bunyi pun sedap..so kami agree..Makna nama ni pemimpin
Husna - To' bagi. Sebab To' kata orang yang nama Husna ni bunyi macam lembut je..and
again..To' was right..husna very soft and gentle person. makna nama ni beautiful..


2. Muhammad Adib Al- Wafi
Muhammad - Macam biasa ayah bubuh sebab anak lelaki pangkal nama mesti mula ngan
Muhammad..
Adib - To' bagi sebab To' sangat-sangat berkenan ngan nama Adib. To' slalu pggl "Mat Adib"..hhhee..suka nama ni..Makna nama ni pujangga..
Al-Wafi - To' bagi jugak sebab berkenan ngan nama kawan abang Hadri. Anak ustaz..To' kata bunyi macam arab-arab sikit. Makna nama ni setia, kesetiaan, jujur.


3. Muhammad Atif Luqman
Muhammad - as i explain earlier
Atif - Husna pilih. Bagi chance kat dia. Dia pilih nama ni sebab Adib dah mula dgn "A" maka hak ni nak mula ngan A jugak. Nama diambil dari buku. Makna nama ni belas kasihan
Luqman - To' Ayah ngan To' Ma. Nama n derang reserve kalau dapat anak lelaki lagi.Dedicated utk To' Ayah ngan To' Ma. Makna nama ni nama nabi, bijaksana


4. Muhammad Aqil Zarith
Muhammad - dah explain
Aqil - Ummi pilih sebab makna dia cantik. Ambik dari buku ' Himpunan nama-nama pilihan". Makna nama ni bijak, terpelajar.
Zarith - Ummi pilih jugak sebab bunyi lain sikit. Bila sebut tu bunyi macam sedap je(prasan tak habis)..Makna nama ni periang, berjenaka..

Terlopong budak-budak ni dengar sejarah nama derang. Aku bagitahu nama ni bukan sengaja nak bagi panjang-panjang tapi sempena menghormati orang-orang yang kami sayang kerana bersusah payah membantu kami mencari nama untuk diberi buat permata hati kami. Kami nak agar derang senantiasa ingat pada insan-insan istimewa ini. There is a beautiful history lay behind your name kiddos!!!!..remember you were always be surrounded with these inspirational peoples. Your To', To' Ayah, To'Ma, Mak Long, Mak Ngah.. May Allah bless you all!

Another grandson for my parent...

* Little Harith with his mum, my sister in law - Shiba..

Yesterday I received an email from my brother. He send me the latest picture of his son which I've never get a chance to see him. He so big and chubby little boy..just like adib when he was a little boy. Last year I've got 2 new family member..both were boys!!. One is my sister in law's son. I just remember his last name Azim. I've been told that my late mother in law is really admire with this name and that is how azim's got his name..lucky him! unfortunely I don't have his picture with me. Gosh! this auntie can't remember his full name and never got chance to see him yet..

The second one is my brother's son..another grandson for my parents. His name is Harith bin Mohd Afizzi. I already saw a few pictures of this Harith..ehehheehhe..can't wait to go back and meet this two little fellows..wait arr boys..auntie will come back soon and gomol-gomol you all ...( nak ke tidak budak-budak ni)...miss you both!

Saturday, March 7, 2009

Tak tahu nak buh tajuk apa..so entry ni tittless..Hari minggu gini rasa malas lak nak bangun awal tapi subuh hari tadi aqil dah kejut mtk susu..so aku pun tak jadi untuk bangun lamabat. Napa bangun lambat? 1. sebab hari ni hari cuti, bdk2 tak sekolah so takyah tergesa2 nak siapkan lunches derang. 2. sebab aku tengah "cuti"..ingatkan nakla bangkit sikit lambat.

Sudahnya pagi tadi aku goreng nasi dan buat cekodok bawang. Untuk lunch pulak aku buat sambal ayam. Hari ni tak ke mana sebab my other half kena pegi lab. Minggu ni memang dia sibuk sungguh.. stuck kat lab..nak kejar musim.. dia ada 3,000 pokok untuk ditanam kat green house sebelum berakhirnya summer.. ni dah masuk autumn, lagila pening dia..Jadi katanya terpaksala bekerja keras sebab perlu ada result by this winter...so winter ni dia kena buat analisis pulak..

Petang tadi, my dearest neighbour jemput p majlis besday anak dia. Mula-mula aku plan nak buat karipap, tapi tak jadi sebab aku lupa nak beli kentang.. sudahnya aku buat marble pandan cake untuk potluck hari ni. Nasib baik tak buat roti jala sebab tuan rumah pun buat roti jala. Aku duk tak lama sebab dalam kepala duk terbayang nak makan karipap. Sebelum pegi majlis besday tu, aku mintak my other half belikan sikit kentang dan lepas balik dari majlis tu aku terus buat inti dan aku siapkan karipap pusing inti kentang daging.. pergh..best..teringat kat mak..mak buat karipap sedap!!!
* Cake pandan marble

* Karipap pusing kentang + daging ( dapat idea masa duk borak2 ngan catz)

The giant pumpkin

Semalam lepas abis potong rumput, tetiba-tiba aku nampak ada satu objek kaler oren yang sungguh menarik untuk ditengok. Dek kerana teruja nak tahu apa ke benda objek tersebut, maka aku dengan gigihnya memanjat pagar kayu yang jadik tembok penghalang antara aku dan objek kuning tersebut.

* Besarkan?

Sekali...hok aloh la! labu besar rupanya..memang besar labu ni..gamaknya untuk halloween nanti kot???? dan rupanya ada mini kebun kat belakang ni..ku pikirkan selama ni hanya ladang biri-biri je..rupanya terselit di suatu bahagian betul-betul belakang pagar umahku ada kebun organik..geram pulak aku tengok tomato yang bergayutan, jagung yang tengah lebat..huh! tapi labu ni mmg besar..gambar upload nanti...

Sunday, March 1, 2009

Husna special momento

My Dear Husna,

I wrote this entry specially dedicated to you, my daughter. Umi wrote this just for you to remembered all the sweetest memories that you gain from your old school back in Malaysia , SK Sri Petaling. You start your year at primary school in class 1 Kenanga. Starting quate slow make us a bit worried but you impressed us bit by bit. At first we just let you follow the flow as we don't want you to be stress. We just want you to have fun at school and at the same time achieve in your study.
* SK Sri Petaling- , represent Petaling Jaya zone to State level at Qalam Jama'i Competition and they turned up as 2nd runner up winner . You go girls.!!!.
Venue : Sepang


The highest achievement is you and your team can competed in the state level for Qalam Jama'ai- Choral Speaking in Arabic. I still remembered that day, we went to SRK seksyen 27, Shah Alam just to see you compete in district level. As a underdog team, the judge don't expect your team at all. After the impressing performance and your team move to next level. Competed with the existing winning team was challenging. At this point, you all was so relax and the most panicking people at the scenes was the parents and the teachers. Surprising your team was announced as a winner and made it to the state level.
* The proud team. Well done teachers!..segala penat lelah selama 6 bulan berbaloi..

* With your bff- nurin and Julietta..

For that competition you need to be in the camp at Sepang and that is the first you've been away from us. As the result your team was the 2nd runner up and cannot make it to the national level. But that was ok because at the first time your school and your team can competed in state level. That really make the teachers, families very proud for that achievement.
* At the award day, U turn up as a best student for science and English subjects and got first place for your last examination in Malaysia.Venue : PJ

* Husna at the move. with the rope movement..the last movement of that day!..
venue : Shah Alam

After the excellent job in choral speaking, you've represent your school at rhythmic gymrama competition at Shah Alam and even tho you've not wining any title but then you impressed me and make us proud. With that young age, you make us realized " Do not under estimate you child capabilities". With the flying color of result, you've ended your year at SK Sri Petaling with a full of happiest memories. Your academic was excellent and so do with your curriculum. Your journey is still long and hopefully you can maintain it and may success always be with you. Love you baby!

Lots of lots of loves,
Umi.....

kerinduan




dulu pernah aku bersumpah

slalu setia jika ku mencinta

masih melekat rasa itu

saat cintamu datang padaku

semua terwujud saat kau singgah

panasi cinta untuk setia merindu

kerinduan……

tak akan menghilang

kan selalu kurasa

tak mampu kumenghindar

kauberikan… apa yang ku pinta

kau mengikatku dalam cinta temaniku dalam….setia

aku tak pernah mengharapkan

cinta lain datang membelaiku

aku dapat slalu bertahan

menahan cintamu disukmaku

kehadiranmu basuh jiwaku

engkau sulutkan api cinta diriku

kerinduan……

tak akan menghilang

kan selalu kurasa

tak mampu kumenghindar

kauberikan… apa yang ku pinta

kau mengikatku dalam cinta temaniku dalam jalani hidup ini



Party..makan..party..makan

Hujung minggu lepas, Husna invite kawan-kawan dia untuk tea party. Malangnya aku lupa nak snappy-snappy pitures coz party tu private. Girls only..mum not allowed.
* Chocolate moist cake untuk tea party kakak. Siap ltk flag tu..

Hari sebelumnya kami dijemput ke majlis harijadi Alia, kawan husna , anak kepada kak atiah. Actually majlis tu untuk celebrate orang , Delila dan alia. Delila anak kak syarifah. another member yg duk merantau cam kami gak. pun aku lupa nak snappy because duk sibuk kejar aqil nak main kat main road.

Masa derang duk tiup lilin, kami ada kat padang kriket, bawak aqil untuk kalihkan tumpuan dia..aiyohhh ,..itu budak manyak hyper lor! untuk majlis tu, aku bawakkan donut choc sebab majlis budak2kan..menu kat majlis tu boleh tahan gak, ada laksa penang, kuah kacang, demo buat tomyam..kiranya majlis tu untuk budak n family budak..
*On the way balik umah..posing jap


Makan malam kami pulak nasi putih dan gulai lengkuas ikan or org kelantan called it nasi belauk gulai ikan. So nilah hasil masakan aku untuk hari tu kecuali donut choc( malas nak snap..masa tu takda mood nak snappy gambar..patut ke?) ..
* Dinner