Friday, March 13, 2009

New Season




* Antara aksi budak-budak..

Musim tukar lagi..musim panas dah abes skang dah msk autumn. Dah mula sejuk-sejuk dah...pagi2 bercinta kat bathroom..duk dalam tu bestla..warm..bila kuar sooo chilling..pagi teramatlah sejuk dengan angin sepoi2 bahasa tu, tengahari..matahari kuar..panasla kejap..bila malam hujan..suhu boleh drop serta merta..mulala berstoking..

Aqil dah start running nose. Dia ni nak kena careful bila cuaca sejuk2 gini..dah ada sejarah ngan pneumonia..bila dia start batuk nak kena alert..Masa ni mulala nak stock up ubat selsemala, panadol la, ubat batuk..balm vicks..penuh balikla koleksi first aid kat dapur tu..Budak-budak dah start pakai jaket..tapi derang ni kadang2 pakai t-shirt lengan pendek je..bukan reti sejuk..
* koleksi donut

Bila sejuk ni , perut pun asyik lapar saja. Pagi ni aku goreng macaroni, atif pulak request nak makan donut coklat, doh dah uli pagi tadi, tapi lambatla sikit kembang sebab cuaca tak begitu panas. Selalunya time summer, lps uli doh tu, aku rehatkan dalam sejam dua je sebab cepat naik..cuaca panas..sekarang ni..slowla sikit naiknya..petang karangla aku goreng. My other half pulak memang sibuk sungguh hari ni. Dia janji nak pick up kami n having lunch together tapi last minute cal katanya tak boleh..kena cancel sebab tak habis kerja lagi..kesian dia..bekal yang aku bagi pagi tadi tak sempat nak jamah pun. Dia balik tergesa-gesa, jamah sikit makanan dan terus p surau untuk solat Jumaat. Semalam aku buat keropok lekor..menjadi..suka kemain tapi tak snap gambar..tak sempat nak snap..licin..aku buat sikit je ..ikan pakai dlm 300 gm je..dapatla dalam 6 batang saiz medium..nanti buat lagila..

Besok petang dapat invi lagi p besday party..tiap-tiap minggu ada makan..kadang-kadang rasa jemu gak..tapi ok la tu..aku pun akan buat majlis gak bulan depan..heheh..besday husna..sekarang pening nak pikir menu..dia siang-siang lagi dah bagitahu yg dia tanak choc cake. dah boring dah makan choc cake..yelah asal besday je..coklat cake..muak juga kan....tunggu cerita kami di musimbaru..ceh..ceh..cerita musim luruh..hahhahahahha

No comments: