Friday, December 25, 2009

Holiday..Christmas..boxing day!

Sekarang dah musim cuti2..Cuti yang panjang..kami masih belum plan cuti lagi..hehehhe..yang pasti esok nak pegi boxing day..

hari ni Christmas..sunyi sepi, semua orang balik kampung. Kalau dulu aku pikir bila Christmas je, ada snow melambak2, asal Christmas jek , snow..seronoknyaaaa...tapi kat sini rupanya terbalik..Christmas dalam musim panas, sama jelah macam kat Malaysia dan negara2 seangkatan dengannya. Santa dan Mrs santa tak da maknanya nak pakai baju custom yang tebal tu..nak rentung? hehheheh..sini baju santa nipis jek..

Bila tengok suasana Christmas kat sini, macam tak ada pun..biasa je..meriah lagi Aidilfitri . yang meriahnya besok=boxing day..hak ni ni memang meriah..pendek kata boleh berlawan sikula masa nak beli barang nanti..Harga jatuh menjunam, sejunam itulah duitnya nnati..tapi memang murah dari sblmnya. Tahun ni aku berazam nak beli pinggan mangkuk( yelah la tu)..aku ni pasang je niat, bila sampai kedai, belinya idak..tengok je..macam tak da selera..lepas tu menyesal sendiri. Last year aku beli ek? Owh..aku beli mangkuk besar 3 biji..tu jelah..punya lah terperanjat hbku. Dia bershopping sakan,beli GPS( then dia jual lepas tu sbb katanya tak best, untung lak tu), beli hapa ntah lagi, yang pasti aku shopping tak sampai pun $30! kata dia" hek eleh, baik tak yah tggu boxing day, hari sale biasa boley beli" hehhheehhe.. kali tengok cemana pulak..berapa sanggup aku bershopping nanti? hahhahahah

Tuesday, December 22, 2009

Definisi kawan...

Kawan? apa makna kawan? kawan baik? kawan cyber? kawan saja-saja( ada ke?)..saja jek keluar
kan topik gini sebab aku sendiri tak tahu bagaimana nak definisikan istilah kawan. Kawan ramai tapi just kawan jelah..not so close. Like I said before , aku ni suka memerhati..banyak kawan yang aku perhatikan hanya muncul ketika senang..ketika susah, jarang sekalilah yang muncul.

Macam aku, rasanya tak pernah punya kawan baik..dengan hb lainlah..dia my soulmate..bukan my best friend. Time sekolah, pernah punya kawan, agak close tapi lepas je SPM, masing-masing bawak haluan sendiri..tak pernah jumpa lepas tu. Then bila sambung belajar, jumpa kawan lain, pun bertahan semasa belajar saja, lepas tamat belajar, masing-masing buat haluan sendiri..putus lagi. Then bila masuk alam kerja, jumpa lagi kawan..bila hari-hari jumpa maka jadik rapat, tapi tu tak dikira "rapat" sebab kami hanya share penglaman seharian kat opis..tu je.

Sekarang ni zaman FB, maka jumpalah balik semua kawan2 yg hilang itu, tapi masa merubah segalanya. Bila hijrah tempat baru, jumpa lagi kawan..tapi kali ni hanya bersifat sementara saja..kira kawan ke? kalau jumpa pun takat salam2, tegur2 ayam then buat hal masing2. Takut nak berkawan, takut jumpa jenis yang makan kawan..aiyooohhh..parah dapat yg macam ni..depan baik, belakang manyak cerita..tapi itulah namanya kehidupan..entahlah..mana yang dapat jumpa kawan baik tu, kiranya nasib baik sangatlah..macam aku tak nak kategorikan hb ku sbg kawan sebab dia lebih sebagai kawan..hehheheeh..aku ni selalu jumpa kawan yang tak sekimia( takdak chemistry)..hahahaha..jumpa yg satu kepala pun, cuma kat internet,realitinya tak pernah jumpa. Macam nana yang berkawan bila aku sendiri cepat bosan bila berkawan? terukkan? Yang sebenarnya aku sendiri tak faham..apa itu kawan.............

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Selamat menyambut Maal Hijrah 1431 kepada semua. Semoga kita semua dibahagiakan selalu, disihatkan tubuh badan, diberkati rezeki dan dan dikuatkan iman. Berikan kami kenikmatan beribadah dan jauhkan kami dari fitnah. Suburkan benih KEISLAMAN dengan penuh rasa kasih sayang.

Sempena tahun baru ni, aku berjaya siapkan sedikit pemanis mulut buat santapan keluarga. Bukan kuih grand pun..hanya cik serimuka saja yang aku idam-idamkan. Walaupun kali ni rupa bahagian atasnya seindah bulan, tapi rasanya semanis delima..cewah..sedap..alhamdullilah..

Monday, December 14, 2009

Hari indah..

Semalam kununnya hb jkata nak pegi park..bawak anak-anak jalan, dia pun nak release tension setelah seminggu berseminar..tapi plan terpaksa dibatalkan gara-gara isu GMO produk. Dia kena transfer pokok2 kajian tu ke glasshouse lain sementara glasshouse sekarang ditutup selama 6 bulan utk penyiasatan.

For info, GM produk mmg jadik isu sensitive kat sini, entah macam mana ada satu spesis GM terlepas keluar dari lab research dan MAF dapat detect. Effectnya pada student2 yg tengah buat research psl GM ni lah..salah sorangnya my hb. Banyak benar pokok perlu ditransfer sblm 18hb ni. Tension member..hehhehe..cabaran belajo la katakan..

Tak jadi pegi park, kami anak beranak kemaskan laman rumah yang rumputnya naik setinggi aqil dah. Penat mengerjakan laman, aku bentangkan tikar, kutip buah plum yg dah mula masak, buatkan tea ais, macaroni goreng dan custard bun....dannnn kami pun berkelahlah kat belakang rumah..suka kemain budak2 walaupun hanya berkeliaran di belakang rumah..hb pasangkan khemah dan derang sempatlah tido kat dalam tu..anak-anak berangan nak tido dalam khemah..tapi hb tak kasik..so derang angkut balik segala blanket dan bantal yg derang kuarkan.

Kesudahannya, perut kenyang, kami senang hati, laman pun cantik( walaupun belum habis lagi mesin lagi). Lepas solat maghrib, anak-anak semua dah terlelap..penat duk tolong ayah kemas laman..

Sunday, December 13, 2009

Bun..bun..bun



Dah tiga hari kemaruk buat bun..tambah pulak anak-anak suka.First batch aku just buat sweet bun dan filling dia butter..kunun2nya macam yang bai roti jual tu..tapi my hb komen katanya filling kureng manis..


2 batch aku buat lagi..tak puas hati..kali ni aku letak marjerin dan sikit gula dan tabur gula kat atas. Laku macam pisang panas..aku sempat makan seketul. Malamnya aku buat lagi..dan masih kekalkan filling cumanya kat atas tu aku letak custard hot cross bun tu..Not bad..sedap..


Hari ni aku buat lagi..kali ni buat lebih sebab budak2 terlaluuuuuu lah suka makan bun panas2..penat jugak sebab aku uli manually..tapi puas hati..berbalai sangat. Nanti nak adjust sikit recipe ..nak try pakai minyak masak instead of butter sebab kalau pakai butter roti jadi kaler kuning, kalau pakai minyak roti jadik kaler putih..takpun nanti letak shortening..kaler cun sikit...

Kesimpulannya : puasssss hatiii...

Friday, December 11, 2009

Kuey Teow Ladna

Terasa nak makan sangat kuey teow ladna. Untuk lunch hari ni aku buat kuey teow ni..Taklah rumit sangat..jadinya nak share resepi ni..

Bahan-bahan
1 paket kuey teow( kat sini jual yg dlm paket)
1 s/bsr kicap pekat
Isi ayam, daging- dipotong kecil2, udang, sotong*optional
2 s/bsr tepung jagung
4 ulas bawang putih-diketuk
1 s/bsr sos ikan
2 cawan stok daging@ ayam
2 s/bsr sos tiram
Brocoli, jagung, kailan ( apa jua sayur kegemaran), cili api( diketuk)
Garam dan gula

Cara-cara :
1. Kuey teow tadi perlu direbus dahulu( ni kuey teow kat sini..kalaukat Malaysia tak payah la rebus)
2. Toskan dan gaul kuey teow tadi dgn 1 s/bsr minyak dan kicap pekat. Goreng sekejap dan ketepikan.
3. Isi ayam dan daging tadi digaul dgn 1 s/bsr tepung jagung dan perapkan sebentar
4. Tumis bawang putih, cili dan isi ayam daging
5. masuk sos tiram dan sos ikan
6. Masukkan stok daging@ayam tadi
7. Then masuk sayuran, bila sayur agak empuk masukkan perasa
8. Curahkan kuah ke atas kuey teow semasa dihidang..resepi sedap dimakan panas2..

Thursday, December 10, 2009

Nasi kerabu perantau

Khusus buat warga perantau yang teringin nak makan nasi kerabu. Resepi Pantai Timur



Bahan-bahan
*untuk nasi
-masak nasi macam biasa, cuma letak serai, bawang merah, garam dan kaler biru

*Sambal Ikan
2 ekor ikan-dipanggang( selalu pakai mackerel kecil tu)
1/4 cawan kelapa kering- digoreng ( kalau ada kelapa fresh lagi bagus)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2sm halia
2 btg serai
1s/teh lada hitam
Garam dan gula
# Kesemua bahan di atas digaul sekali dan diblend halus)
*Kuah Tumis
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20gm belacan
Budu@sos ikan
10 tangkai lada kering
2sm halia
2 cawan santan cair
2btg serai
Gula melaka@kabung, garam dan asam gelugur
# Kesemuanya bahan ditumis hingga pecah minyak

*Ulam
Kacang panjang, taugeh, timun, daun pudina
# Semuanya dihiris halus

Nasi kerabu sesuai dimakan bersama dengan daging bakar, ikan celup tepung, ayam percik, ayam bakar dan telur masin. Untuk lagi kick tambahkan sambal belacan.

Donut gebu



Minggu ni khas untuk resepi sahaja..Saja nak compile..ni adalah anatara koleksi resepi yang pernah aku buat dan rasanya sedap..heheheh..kalau ada yg terdouble entry pasal resepi ni mintak ampun yaa....

Donut Gebu

Bahan-bahan
3 1/2 tsp yeast segera
1/4 cawan air
1/2 cawan gula castor
11/2 cawan susu segar-dipanaskan sedikit
1 tsp garam
2 biji telur
1/3 cawan butter/shortening
5 cawan tepung gandum

Cara-cara:
1. Satukan air suam dan yis dalam mangkuk besar, biar 5 min @berbuih
2.Masukkan susu, gula, garam, butter@shortening,telur dan 2 cawan tepung. Uli sebati. Masukkan tepung sikit demi sikit dan uli jadik doh. Doh mesti jadi licin dan tidak lekat pada tgn
3. Tutup mangkuk dgn plastic cling dan biarkan ia naik 2x ganda ( pada suhu bilik)
4. Tabur sikit tepung atas papan canai dan canai doh 1/2 inch. Potong dgn donut cutter
5. Tutup donut tadi dgn kain kering dan rehatkan selama 30 min @ naik 2x ganda
6. Goreng hingga masak dengan minyak panas, toskan dan salutkan dengan gula icing@ apa-apa perasa yg dikehendaki.

Wednesday, December 9, 2009

Resepi Nasi dagang

recipe ni khas buat catz..

Bahan-bahan:
4 cawan beras panjang + 1 cawan beras pulut
1 tin santan (450ml)-kalo nak kurangkan lemak, jadikan separuh je sukatan santan
1 s/kecil garam
3 s/bsr gula- yg ni terpulang pada citarasa masing2.takmo letak pun tak apa
1 s/bsr halba
4 ulas bawang merah- mayang halus
2 ulas bawang putih-mayang halus
1cm halia- hiris panjang2

Cara-cara:
1. Beras panjang dan pulut dicampur sekali, basuh dan rendam semalamam
2. Panaskan pengukus, biar mendidih
3. Masukkan beras yang ditos ke dlm pengukus dan kukus hingga naik wap. Biar sekejap dlm 10 min
4. Angkat dan pindah dalam bekas besar, tuangkan separuh santan yang dah dicampur dengan garam dan gula. Gaul rata dan kukus semula.
5. Ulang step 4 sebyk 2 x. Masuk air sikit
6. Kali terakhir masukkan bawang,halia dan halba dan kukus semula.
7. Bila dah masak, biar sekejap dan angkat.
pstt: kalau mau nasi bau wangi alaskan pengukus dgn daun pandan

Acar mentah
timun, carrot, 1/2 labu bawang besar(hiris halus), 1 biji cili merah, nenas,cuka, garam dan gula

Cara-cara
campur kesemua bahan dan biarkan sekejap.

Sambal kelapa
3/4 cawan kelapa parut( digoreng garing), 2 ulas bwg merah, sedikit halia, sedikit isi ikan panggang, garam dan gula.

Cara-cara
blend kesemua bahan dan siap dihidang

nasi dagang ni boleh dihidang dengan gulai ayam @ikan. Lauk sampingan yang lain adalah telur rebus

Cerita hari ini..

Eh! dah terang..alamak! dah lambat la ni..ni ekpresi pertama aku masa selak langsir..sekali tengok jam..laaa..baru pkl 5 pagi..ok..ok..sempat lagi.. Zap, zip, zup, blender bawang, halia bagai..aduhhhh! ayam kat ice box lagi.. Alahai!!!! sempat ke ni? takpa..takpa..tarik nafas panjang2.. Ureka! microwave kan ada..hehehe..defrost jek ayam tu..ok..settle satu mslh..
Nasi dah atas stove, ayam dah lembut, bawang dh blender..ok boleh masak.. Ding..ding..ding..pn , telur belum rebus..ahaks..takpa telur kejap jek..rebus telur, then semua tu aku tinggal atas dapur..kasik renih2 mana yang patut..

........hari ni tak yah basuh kain, so sental dulu bathroom dgn toilet..tengok atif kejap sebab malam semlm badan dia panas..kena tummy bug lagi..tak puas hati aku dibuatnya..toilet hari2 basuh..nak kena suh lebihkan self hygiene nih..ok..atif ok..katanya dia dah ok sikit cuma rasa sakit perut jek..dan dia mula membebel..yesss..atif dah makin baik..kalo tak monyok je..takmo cakap..



Napa dgn aku hari ni? hehhehehe..saja..aku teringin nak makan nasi dagang untuk breakfast, ingatkan dah lambat sangat, rupanya awal lagi. Aku takut nanti suamiku tak sempat nak jamah breakfast tu nanti. Hari kelmarin aku buat nasi lemak, tak sempat dia nak jamah..jadiknya hari ni dengan penuh iltizam aku nak siapkan awal2..so bolehlah dia jamah sikit. walaupun minggu ni penuh dengan makanan berlemak, tapi aku puas hati..takpa minggu depan no more lemak( boleh caya ke?) padahal hujung minggu ni aku merancang nak buat satu round lagi kuih serimuka..hari tu makan tak puas..hehhehe.

babe, lepas ni kita exercise potong rumput tu ya..kasik kuar semua lemak..laman kita tu dah lama tak terurus..

Tuesday, December 8, 2009

Bila nak update gambar?

Semalam lepas makan makan, tiba-tiba suamiku tanya" sekarang dah tak update blog eh? dah lama tak ambik gambar..selalu bila masak-masak, rajin ambik gambar?"..

Ha'ah..baru aku perasan aku dah lama tak ambik gambar masakanku. walaupun rupanya tidaklah secantik hasil kerjatangan Chef Jamie ke, Chef Nigela ke..tapi rasanya sedap.(ahaks..). Semalam aku buat tulang masak black pepper..sedappp youu!

Resepi ni ciptaan sendiri..Tercipta lepas borak2 dgn kawan..katanya dia ada banyak stok daging korban, then dia buat tulang masak kicap..aku tak penah la pulak masak macam ni..lagi satu dia suggest suh buat singgang tulang..aiyoh!!..singgang, pindang ni tak laku kat umah ni..tapi kalo buat black pepper laku..so aku adjust mana yg patut..maka terciptalah resepi ni..cubalah..ringkas dan mudah..

Bahan-bahan
1/2kg tulang ( direbus hingga empuk)
250gm daging tetel ( pun rebus gak, campak sekali ngan tulang tadi)
2 labu bawang besar-mayang halus
3 ulas bawang putih-mayang halus
1cm halia- hiris panjang2
1 s/bsr lada hitam- ditumbuk kasar( kalau nak kurang, kurangkanlah..)
1 biji capsicum merah , hijau , kuning
1 biji tomato
sikit daun bawang- hiris halus
Kicap manis
2 s/bsr sos tiram
sedikit tepung jagung-kasik pekatkan kuah

Cara-cara:
1. Tumis bawang besar, bwg putih dan halia hingga naik bau
2. Masuk lada hitam yg ditumbuk tadi..
3. Masuk kicap dan sos tiram
4. masuk daging dan tulang..Serasikan..guna air rebusan tulang tadi sebagai kuah
5. Masukkan sayuran dan tepung jagung
6. Tunggu hingga kuah agak pekat, angkat dan hidang..

Pssttt: resepi ni saya tak letak garam sbb sos tiram dan kicap dah cukup masin, tapi kalau rasa tawar, letaklah sedikit garam..

Update..update..

Cuti sekolah lagi seminggu..tapi minggu ni budak-budak dah tak pegi sekolah. Suami pulak terlalulah sibuk duk prepare nak attend conference.. pun member kena bentang poster( poster je)..

Maka tinggallah aku terkulat-kulat. Kulat bukan sebarang kulat..sibuk jugak..cuaca dah makin baik..terang benderang jadiknya sekarang selesai je subuh, aku terus sidai kain. Subuh skrg pkl 3.46 pg, tapi masa tak gelap sangat dah..oklah..Lepas sidai kain, kemas bagai, baru lah senang nak buat breakfast..heheheh..waktu feveret ni..sunyi sepi..budak-budak pun belum bangun..bapak budak pun bangun tido balik..

Aku sungguh gumbira sebab dah berjaya buat kuih tradisional yang tak penah jadik dibuat. Aku buat kuih serimuka dan kuih bakar..hahaha..mesti kena gelak..kuih kemain senang nak buat..bunyi macam payah..nantilah bubuh gambar..haritu kemas-kemas lupa mana letak kabel kamera..owh..mek sekrang makin pelupa..minggu ni jugak aku buat balik karipap pusing ku.lama tak buat..terpusing jugak jari jemari ni...hehhe

Thursday, December 3, 2009

Mendung berarak kelabu..

Arghh...sepanjang minggu ni hujan sentiasa. Dan suasananya amatlah sejuk, terasa macam berada di musim sejuk walaupun dah masuk musim panas. Hujan rahmat, namun begitu tahap suhu yang sejuk ni membantutkan pergerakanku.

Cadangnya musim panas kali ni kami nak pegi fruit picking. Belum penah sekali pun lagi pergi. Nampak gayanya kena tunggu pertengahan Disember ni kot baru dapat jelajah dusun buah-buahan itu. Aku cukup suka dengan musim ini sebab pilihan buah yang banyak dan agak murah.

Minggu lepas aku borong nenas. Punyalah banyak dan amatlah memuaskan hati. Minggu ni pulak mangga tengah murah, sebiji $2, oklah tu .berbanding dgn harga kebiasaanya $4 sebiji. Pokok cherry belakang rumah pun dah membuahkan hasil, walaupun tidaklah banyak, tapi adalah..Aku petik sebiji pagi tadi..manisss..yesss..buah plum pulak kemain hebat lagi berbuah, pokok nectarine pun 2x5 galaknya berbuah..puaslah aku makan buah. Semalam nampak buah tembikai, perkg $6, boleh tahan..ingat nak belilah nanti.

Sesungguhnya minggu ni awan mendung semedang, pagi tadi ku lihat mentari memancarkan sinaran, kemain semangat aku kuarkan bakul kainku yang setinggi Mt Cook itu untuk dibasuh..alih2 kulihat awan semakin mendung..aduhhh..mendung berarak kelabu..punah harapanku untuk membasuh kain..tak ada gunanya kalo aku basuh sbbnya mmg tak akan kering. Bagi golongan mcm aku yg tak punya dryer ni, harapan utama hanyalah bergantung pada keadaan cuaca. Nak sidai dalam garage pun, kain yg sebelum ini disidai masih belum keringnya..

Walauapa pun, aku tetap jugak sidai kain aku yang basah-basah kering tu. Harapan ku harapnya keringlah semuanya..aminnn...