Friday, December 11, 2009

Kuey Teow Ladna

Terasa nak makan sangat kuey teow ladna. Untuk lunch hari ni aku buat kuey teow ni..Taklah rumit sangat..jadinya nak share resepi ni..

Bahan-bahan
1 paket kuey teow( kat sini jual yg dlm paket)
1 s/bsr kicap pekat
Isi ayam, daging- dipotong kecil2, udang, sotong*optional
2 s/bsr tepung jagung
4 ulas bawang putih-diketuk
1 s/bsr sos ikan
2 cawan stok daging@ ayam
2 s/bsr sos tiram
Brocoli, jagung, kailan ( apa jua sayur kegemaran), cili api( diketuk)
Garam dan gula

Cara-cara :
1. Kuey teow tadi perlu direbus dahulu( ni kuey teow kat sini..kalaukat Malaysia tak payah la rebus)
2. Toskan dan gaul kuey teow tadi dgn 1 s/bsr minyak dan kicap pekat. Goreng sekejap dan ketepikan.
3. Isi ayam dan daging tadi digaul dgn 1 s/bsr tepung jagung dan perapkan sebentar
4. Tumis bawang putih, cili dan isi ayam daging
5. masuk sos tiram dan sos ikan
6. Masukkan stok daging@ayam tadi
7. Then masuk sayuran, bila sayur agak empuk masukkan perasa
8. Curahkan kuah ke atas kuey teow semasa dihidang..resepi sedap dimakan panas2..

No comments: