Thursday, December 10, 2009

Donut gebu



Minggu ni khas untuk resepi sahaja..Saja nak compile..ni adalah anatara koleksi resepi yang pernah aku buat dan rasanya sedap..heheheh..kalau ada yg terdouble entry pasal resepi ni mintak ampun yaa....

Donut Gebu

Bahan-bahan
3 1/2 tsp yeast segera
1/4 cawan air
1/2 cawan gula castor
11/2 cawan susu segar-dipanaskan sedikit
1 tsp garam
2 biji telur
1/3 cawan butter/shortening
5 cawan tepung gandum

Cara-cara:
1. Satukan air suam dan yis dalam mangkuk besar, biar 5 min @berbuih
2.Masukkan susu, gula, garam, butter@shortening,telur dan 2 cawan tepung. Uli sebati. Masukkan tepung sikit demi sikit dan uli jadik doh. Doh mesti jadi licin dan tidak lekat pada tgn
3. Tutup mangkuk dgn plastic cling dan biarkan ia naik 2x ganda ( pada suhu bilik)
4. Tabur sikit tepung atas papan canai dan canai doh 1/2 inch. Potong dgn donut cutter
5. Tutup donut tadi dgn kain kering dan rehatkan selama 30 min @ naik 2x ganda
6. Goreng hingga masak dengan minyak panas, toskan dan salutkan dengan gula icing@ apa-apa perasa yg dikehendaki.

No comments: