Monday, January 18, 2010

Meh makan-makan..

Dua tiga hari ni cuaca sejuk, asyik hujan..terperap je dalam rumah..mulalah lapar sepanjang masa. Bagi menisi masa lapang dan mengisi tekak yang lapar ni, aku buat baking marathon. Dah lama tak membakar tak rumah, sekali start bakar, asyik nak membakar je kerjanya.

Aku start buat vanila muffin..buat dalam 60 biji..habis dah tak dan nak hias2..budak-budak ni suka benar makan kek panas2. then petang tu ada jiran yang baik hati datang hantar kek buah..bedal je lah.. Kemudian aku perasan cincin aku macam ketat je sikit...hehehhe..membesar bagai johan betul aku ni..nasi tak berapa selera dengan tekak ni..maka aku goreng mee goreng basah..uishh..my suami kata sedap jugak sekali sekala tukar selera..tapi malamnya dia mintak nasi jugak!

hari seterusnya aku buat nasi goreng simple ( letak telur jek) dan goreng sunny side down..yum..yum..petang aku buat poppy seed cake ( mintak maaf ala ye, tak letak gambar sebab tak dan nak snap , lagipun presentation out!). Untuk poppy seed muffin aku tak hias jugak atas permintaan anak2..derang takmo kek tu dihias..sonang hati den..tak yah berlumuih ngan icing.

Hari ni aku buat lagi almond cup cakes dan fruits cake. Aku kasik sikit pada jiran almond cake tu sebab anak2 dia cukup suka dan fruit cake masih dalam oven ( ketika n3 ni ditulis).. lama benar aku takbuat fruits cake ni, harap2 jadilah..fuh..fuh..amin!! bau dia semerbak, tak payah pakai perfume dalam umah..budak2 dah diam dapat satu mangkuk ice cream sorang satu. My suami masih kat lab. Kenapa buat banyak2? sebab my suami skrg ni makin kurus. Harap2 selera dia datang balik, kesian tengok dia..Start last week aku kasik dia supplement vit kasik energy sikit..

Ni nampak ok sikit..pikir banyak sangat..aku nak tolong pun tak reti, bukan bidang aku..Tolong tengok jelah..stop dulu..nak p jengah cake dalam oven..duk lelama kat sini, mau hangus aku punya cake..cau cin cau!

Thursday, January 14, 2010

Let's get cooking

Hari ni hujan..tepat sungguh ramalan cuaca. kalau ikut ramalan cuaca minggu ni hujan sepanjang minggu..urmm..sejuk2 gini mulalah perut berdendang.. Untuk petang ni, aku rebus jagung dan buat roti canai..Roti canai cicah kuah kari..yum..yum..

* gambar tak dan nak snap...

Resepi roti canai:
500 gm tepung high grade ( tepung roti)
30gm butter
1 s/teh garam
4 s/bsr gula @ 2 s/bsr susu pekat
1/2 cawan fresh milk ( kalo pakai susu pekat tak payah pakai FM ni)
1 biji telur
Air sejuk ( agak2 ye puan2)

Cara-cara:
1. Larutkan garam dengan air sejuk.
2. Masukkan gula, butter, telur ,susu dan gandum
3. Uli adunan tadi hingga jadi doh( tak lekat di tangan)
4. Bulat2kan doh hingga jadi 12 doh kecil( harap paham, mek tak reti nak susun ayat)
5. Salut doh kecil2 tadi dengan minyak atau planta atau marjerin
6. Tutup adunan dengan plastic cling dan rehatkan selama 8 jam. Kalau ltk dalam peti sejuk lagi bagus.
7. Then mulakan menebar roti canai. patu goreng dan makan panas2..sedap youu..

Old memories..

Eh, kejapnya rasa..baru je rasa semalam pergi bercuti dengan anak-anak. Mood bercuti tu masih melekat lagi. Balik dari bercuti, rasa banyaknya urusan yang tertinggal..rasa macam dah settle sebelum pergi. Cuaca kat sini tak menentu, pagi panas, petang sejuk..summer tak terasa sangat tahun ni. Baru semalam aku baru dapat settlekan kain baju yang berlonggok dalam bakul tu..bukan tak basuh tapi tak lipat..sungguhla rajin aku nak melipat..

Balik dari beli barang dapur semalam, tetiba2 my suami bagitahu yang dia jumpa kawan lama kat FB..hahhaha.Then aku cakap..baguslah..at least boleh imbau old memories.. and guess what dia jumpa kawan lama kitaorg dulu..Wah..seronok betul..ingatkan dah lost contact terus..ni kawan dari zaman coupling lagi..(cewah..)..ada yg kekal( like us la..hehhehe..)dah ada yg putus. Anyway, my suami looks so happy when he can chat with his old buddies..I also tumpang happyla sbb most of them I kenal sgt2. and my suami was so loyar buruk rupanya..aku gelak ngekek2 bila baca posting derang( we share all the conversation. Aku bukan queen control okay...). Yang kelakarnya hak ladies tak ingat dan kenal pun aku, puaslah my suami bagi penerangan..tapi kenyataannya kami happy sebab at last jumpa jugak kawan2 sengal kami. Bagus jugak FB ni..boleh menghimpunkan kawan2 lama. Ahaks.. like my suami said " rasanya macam muda semula" and what I bilang sama dia? I thot u muda sokmo..hehheheheh..and selebar jalur gemilang dia sengih..apa daaa...then dia cakap..kalau layan Fb ni, mmg tak siap research dia..then aku cakap sambil beredar" hehhe..tu pun research hapa, part time research"'.. aku blah sebelum dia hempuk aku bantal..

Saturday, January 9, 2010

Sekitar Shantytown Herritage Village


Lagi gambar2 kami di dalam Shantytown. Penerangan panjang lebar tentang tenpat ni dah ditulis diN3 sblm ini..
Tempat2 menarik kat dalam nih..


Kalendar para pembalak dulu2..

Aktiviti mendulang emas. Bayaran NZD5 untuk satu dulang.
Hasilnya..
Boleh bawak balik
Deretan kedai lama
Butcher jaman dolu2

Greymouth

* Nilah mercu tanda Bandar Greymouth

Kami sampai di Greymouth jam 2.30 petang..itupun lps banyak berenti ambik gambar. Greymouth merupakan bandar terbesar di bahagian West Coast. Bagi penggemar aktiviti luar mcm kembara gua, canoeing, bush walk, tramping, pekan sejarah, melombong emas kat sini tempat dia. Nature dia memang terlalu cantik dan tenang. Greymouth asalnya bandar perlombongan..Orang dulu2 melombong emas kat kawasan ni.

* Unit yg kami dapat. Unit 7, self contained unit with 1 bedroom.
Ada kitchen semua lengkap
.
Lepas check in, solat, rehat , makan bagai, kami keluar tengok bandar. Tak dalah rupa bandar sangat. Kawasan lebih kurang macam bandar Bentong( rasanya kat Bentong lagi happening kot?).. Sempatla jalan2 pusing pekan(aku pggl pekan jek..heheh..)mmg kat bandar tak ada yang menarik pun. Lebih kurang 6km lebih kuranglah dari tempat kami ada satu pekan melombong emas lama( replica) Shantytown. Pekan kembar pada Ferrymead Herritage Village( rasanya dah cerita di entry sblm ni). Kalau datang ke Daerah Grey ni, pasti mau singgah di Shanty town nih. satu lagi tempat menarik kat sini Little Earth Model Village..Model kampung yang real( kalau kita masuk, kita jadik raksasa sbb model kampung tu kecik je, tapi real)
* Pintu masuk ke Shantytown
* Little Earth Model Village
* Main Entrance Shantytown. Tiket kena beli kat dalam tu.

Shantytown erupakan bandar replica tahun 1880an, duduk betul2 di kawasan lombong emas. Kalau ikut sejarahlah, lebih kurang 140 tahun dulu2, kawasan hutan kat sini dimeriahkan dengan para pelombong dari pelbagai negara, especially from China. Sebelah Shantytown ni adalah Kampung Rutherglen, kiranya kat sini para penduduk dulu2 membeli belah dan pusat bandar la kot..sbb ada kedai, pub, dewan semua.

* Tu dia kincir air dan sebelah tu Chinatown yang mana kami tak dapat masuk..hujan lebat.

Bayaran untuk masuk ke Shantytown ni utk family pass NZD62. Gak mahal banding dengan Ferrymead Village kat Christchurch. Masuk je kita akan nampak satu kincir air besar duduk sebelah dengan Chinatown. Kawasan ni aku tak sempat teroka sebab nasib kami tak baik, hujan turun daaa..

Sebelah Chinatown ada stesen keretapi yang dibina pada tahun 1900an. Ini merupakan pengangkutan utama org dulu2. Landasan keretapi ni nama dia Infants Creeek railway, sangat penting utk angkut balak dalam hutan. Keretapi pakai stem engine, hak femes nama dia Kaitangata. Kami naik keretapi ni, dibawaknya masuk ke dalam hutan kawasan pembalakan dulu2. Hujung landasan ada satu Sawmill dekat dengan Ikamatu, dulu2 sangat aktif, sekarang jadik sejarah.

* Keretapi yang bawak kita pegi Sawmill. Kaitangata Stem Train

Lepas tour jap kat dalam Sawmill tu, kami ke kawasan melombong emas. Untuk cuba mendulang emas , kita kena bayar NZD5. Gold Panning, salah satu aktiviti perlu cuba..maka aku dengan gigihnya cuba lah mendulang..jenuhla jugak kami anak banak mendulang..dapat sikit je, derang kasik buat souvenir. Budak2 kemain suka, perlu ada kesabaran mendulang emas ni..


Kuar dari kawasan Dulang emas, maka masuklah dalam pekan Shanty tu..ada bangunan2 , kedai2 klasik macam post office, kedai gambar( kalau nak tangkap gambar ala2 zaman 1890an pun boleh, bayaranNZD30, kami tak buat hakni), then ada church lama, tearooms( zaman skrg pggl cafe), ada bank, kedai jual icecream( Beehive Store), Hotel, kedai kasut, Dewan, kedai gunting rambut, kedai printing, sekolah, tandas awam, hospital, kedai emas..dan macama2lah..semuanya berekabentuk tahun 1880an.klasik!.

Kami tak dapat tour sepenuh sbb cuaca tak sebelahi kami..hujan terlalu lebat, kami decide untuk keluar dan balik hotel utk rehat dan solat dan makan...masa keluar tu hujan tak berapa lebat dah, dan kununya mau ke Little Moden earth Village, bayaran masuk NZD30 utk family, tapi tak jadi pegi sbb hujan..budak2 pun takmo pegi..nanti upload lagi gambar dalam Shantytown nih..to be continue......................

Journey to West Coast Part 1


Just came back from our summer vacation. Trip kali ni kami ke West Coast of Southern Alps. Ada 3daerah kat sini Buller, Grey dan Westland. Bandar-bandar utama Westport, Greymouth dan Hokitika. ok..takmo cakap banyak..

* gambar di ambil di Castle Hill, on the way the West Coast

Perjalanan dari rumah kami di Lincoln ke Greymouth makan masalebih kurang 4 jam.. tu pun banyak berenti ambik gambo.

Pemandangan sangatlah cantik dan cuaca pun suam-suam sejuk gitu. Kami lalu Arthur's Pass National Park, pemandangan kat sini mmg marvelous.Angin terlalu kuat, jadinya kami tak stay lama. kalau sesapa yang nak tgk pemandangan sepanjang Banjaran Alpine , boleh naik keretapi kat sini. Keretapi ni akan bawak kita tengok pemandangan di sepanjang Banjaran alpine ni.. di sni jugak ada kumpulan burung native NZ, burung KEa..bukan IKEA yeee. Burung ni bijak dan jinak..jangan kasik makan sbb dia boleh selongkar beg tangan anda. Hati-hati..
* Amaran tentang kea
Ni dia rupa kea

* Cerita bersambung, ...

Wednesday, January 6, 2010

Heading to Westcoast

I'm on vacation! update blog later..

Friday, January 1, 2010

@Birdlings Flat

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!!!
* Muka budak yang tak happy..dia ni tak minat buah langsung..rugiii
* Satu bucket tu boleh dapat dalam 1kg ceri..
* Aqil cuba untuk buat teknik tut pokok tapi dari daun..apa sajalah...
Sambungan cerita semalam, lepas kutip ceri perut rasa lapar la pulak..Taklah lapar sangat sebab dah melantak ceri kat ladang tu, tapi ada sorang anak kami yang tak gemo buah...terpaksalah cari tempat untuk singgah makan. Nasib baik aku bawak bekal..


Cari punya cari, dengan bantuan MR Gps maka jumpalah tempat ni, Birdlings Flat. Kawasan pantai, tapi tak boleh mandi sebab ombak dia amatlah besar dan tinggi. Kawasan cantik dan merupakan antara tempat persinggahan seagull aka burung camar. Since tak dapat mandi, kami tengok sajalah sambil jalan2 tengok batu2 yang cantik..lagipun situ ada playground, jadiknya suka kemain lah budak2..

Bila bukak saja bekalan kami, segerombolan( tatabahasa utk BM skrg ni kurang mahir, sila abaikan ye) burung datang..mula2 takut, lama-lama seronok pulak..Beginilah suasana kat sini, NZ ni punya kawasan pemandangan yang amatlah cantik dan tenang, sapa2 yang datang sini utk shopping, sila abaikan ye..bukan tempat shopping..tapi kalau nak honeymoon, tenangkan fikiran, di sinilah tempatnya..

Indahnya alam kurniaan Ilahi....

Petik Ceri..


Semalam tanpa disangka lepas je kami habis shopping groceries, my hb kata , jom kita pegi petik ceri..lagipun dah nak habis season dah( utk cerilah).. aku pun apa lagi mengiya sajalah since dah lama persuade him to go for cherry picking.


Cuaca semalam amatlah cantik dan panas2 suam, jadinya lepas je solat zuhur dan lunch sikit, kami bergerak ke ladang ceri. Terletak lebih kurang 28km dari rumah kami, perjalanan hanya makan masa 1/2 jam saja. Kaituna Valley Orchard, kat sini kita boleh petik sendiri, fees utk msk $3 seorang, bayaran cash saja. Makan sepuas mungkin, kalau nak bawak balik, harga jadik $8kg.Oklah tu..harga pasaran sekarang pun dalam $12kg. Masuk saja kami diberi pilihan bucket, ada yg kecik, besar, so kami ambik 2 bucket kecil, anggaran buah boleh masuk 1kp per bucket( yg saiz kecik).
* jangan amalkan kalau pergi kutip buah..marah tokey tu nanti..hhehehehe



Pokok ceri taklah besar, saiz sederhana tapi agak tinggi, perlukan tangga jugak utk ambik buah yang kat bahagian atas. saiz buah besar2, tapi tak merah sangat sebab banyak yg dah dimakan burung dan ada yg rotten..jadiknya kenalah pandai2 pilih ye..Puas makan kat dalam tu , kami petik utk dibawa balik, dapatlah dalam 2kg..berbalaoi..Sampai muak2 ceri dibuatnya..
hehhe..
* Sebahagian kawasan ladang..luas ladang ni..
On the way balik kami terjumpa ladang lavender, and my hb decide to take a moment with his daughter..Anak bapak...