Friday, January 1, 2010

@Birdlings Flat

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!!!
* Muka budak yang tak happy..dia ni tak minat buah langsung..rugiii
* Satu bucket tu boleh dapat dalam 1kg ceri..
* Aqil cuba untuk buat teknik tut pokok tapi dari daun..apa sajalah...
Sambungan cerita semalam, lepas kutip ceri perut rasa lapar la pulak..Taklah lapar sangat sebab dah melantak ceri kat ladang tu, tapi ada sorang anak kami yang tak gemo buah...terpaksalah cari tempat untuk singgah makan. Nasib baik aku bawak bekal..


Cari punya cari, dengan bantuan MR Gps maka jumpalah tempat ni, Birdlings Flat. Kawasan pantai, tapi tak boleh mandi sebab ombak dia amatlah besar dan tinggi. Kawasan cantik dan merupakan antara tempat persinggahan seagull aka burung camar. Since tak dapat mandi, kami tengok sajalah sambil jalan2 tengok batu2 yang cantik..lagipun situ ada playground, jadiknya suka kemain lah budak2..

Bila bukak saja bekalan kami, segerombolan( tatabahasa utk BM skrg ni kurang mahir, sila abaikan ye) burung datang..mula2 takut, lama-lama seronok pulak..Beginilah suasana kat sini, NZ ni punya kawasan pemandangan yang amatlah cantik dan tenang, sapa2 yang datang sini utk shopping, sila abaikan ye..bukan tempat shopping..tapi kalau nak honeymoon, tenangkan fikiran, di sinilah tempatnya..

Indahnya alam kurniaan Ilahi....

No comments: