Saturday, January 9, 2010

Greymouth

* Nilah mercu tanda Bandar Greymouth

Kami sampai di Greymouth jam 2.30 petang..itupun lps banyak berenti ambik gambar. Greymouth merupakan bandar terbesar di bahagian West Coast. Bagi penggemar aktiviti luar mcm kembara gua, canoeing, bush walk, tramping, pekan sejarah, melombong emas kat sini tempat dia. Nature dia memang terlalu cantik dan tenang. Greymouth asalnya bandar perlombongan..Orang dulu2 melombong emas kat kawasan ni.

* Unit yg kami dapat. Unit 7, self contained unit with 1 bedroom.
Ada kitchen semua lengkap
.
Lepas check in, solat, rehat , makan bagai, kami keluar tengok bandar. Tak dalah rupa bandar sangat. Kawasan lebih kurang macam bandar Bentong( rasanya kat Bentong lagi happening kot?).. Sempatla jalan2 pusing pekan(aku pggl pekan jek..heheh..)mmg kat bandar tak ada yang menarik pun. Lebih kurang 6km lebih kuranglah dari tempat kami ada satu pekan melombong emas lama( replica) Shantytown. Pekan kembar pada Ferrymead Herritage Village( rasanya dah cerita di entry sblm ni). Kalau datang ke Daerah Grey ni, pasti mau singgah di Shanty town nih. satu lagi tempat menarik kat sini Little Earth Model Village..Model kampung yang real( kalau kita masuk, kita jadik raksasa sbb model kampung tu kecik je, tapi real)
* Pintu masuk ke Shantytown
* Little Earth Model Village
* Main Entrance Shantytown. Tiket kena beli kat dalam tu.

Shantytown erupakan bandar replica tahun 1880an, duduk betul2 di kawasan lombong emas. Kalau ikut sejarahlah, lebih kurang 140 tahun dulu2, kawasan hutan kat sini dimeriahkan dengan para pelombong dari pelbagai negara, especially from China. Sebelah Shantytown ni adalah Kampung Rutherglen, kiranya kat sini para penduduk dulu2 membeli belah dan pusat bandar la kot..sbb ada kedai, pub, dewan semua.

* Tu dia kincir air dan sebelah tu Chinatown yang mana kami tak dapat masuk..hujan lebat.

Bayaran untuk masuk ke Shantytown ni utk family pass NZD62. Gak mahal banding dengan Ferrymead Village kat Christchurch. Masuk je kita akan nampak satu kincir air besar duduk sebelah dengan Chinatown. Kawasan ni aku tak sempat teroka sebab nasib kami tak baik, hujan turun daaa..

Sebelah Chinatown ada stesen keretapi yang dibina pada tahun 1900an. Ini merupakan pengangkutan utama org dulu2. Landasan keretapi ni nama dia Infants Creeek railway, sangat penting utk angkut balak dalam hutan. Keretapi pakai stem engine, hak femes nama dia Kaitangata. Kami naik keretapi ni, dibawaknya masuk ke dalam hutan kawasan pembalakan dulu2. Hujung landasan ada satu Sawmill dekat dengan Ikamatu, dulu2 sangat aktif, sekarang jadik sejarah.

* Keretapi yang bawak kita pegi Sawmill. Kaitangata Stem Train

Lepas tour jap kat dalam Sawmill tu, kami ke kawasan melombong emas. Untuk cuba mendulang emas , kita kena bayar NZD5. Gold Panning, salah satu aktiviti perlu cuba..maka aku dengan gigihnya cuba lah mendulang..jenuhla jugak kami anak banak mendulang..dapat sikit je, derang kasik buat souvenir. Budak2 kemain suka, perlu ada kesabaran mendulang emas ni..


Kuar dari kawasan Dulang emas, maka masuklah dalam pekan Shanty tu..ada bangunan2 , kedai2 klasik macam post office, kedai gambar( kalau nak tangkap gambar ala2 zaman 1890an pun boleh, bayaranNZD30, kami tak buat hakni), then ada church lama, tearooms( zaman skrg pggl cafe), ada bank, kedai jual icecream( Beehive Store), Hotel, kedai kasut, Dewan, kedai gunting rambut, kedai printing, sekolah, tandas awam, hospital, kedai emas..dan macama2lah..semuanya berekabentuk tahun 1880an.klasik!.

Kami tak dapat tour sepenuh sbb cuaca tak sebelahi kami..hujan terlalu lebat, kami decide untuk keluar dan balik hotel utk rehat dan solat dan makan...masa keluar tu hujan tak berapa lebat dah, dan kununya mau ke Little Moden earth Village, bayaran masuk NZD30 utk family, tapi tak jadi pegi sbb hujan..budak2 pun takmo pegi..nanti upload lagi gambar dalam Shantytown nih..to be continue......................

No comments: