Friday, November 18, 2011

How's your life??

Hi..lama tak bukak blog.Tak dan nak mengetuk keyboard komputer ni.Lately aku dapat pertanyaan dari kenalan ' HI rose..how's your life??"

Hmmm...setakat ni doing great walaupun masih belum dapat penempatan baru. Apa plan lepas ni? Back to work @ you start become permanent housewife????
Lama tau pikir ni..banyakkk nak perlu pikir dan pikir.Since Big D belum habis lagi urusannya, maka aku terpaksa galas dulu kerjanya.First aku pegi wet market dengan 5 anak!! havoc sungguh..dah la budak2 tu tak suka basah2..paham-paham la pasar di Malaysia ni..yang tak basah di pasaraya jelah, tapi nak pegi ke sana yang tak sanggup. Memang hari2 penuh. Akku prefer pegi wet market sebab nanti boleh buat acara tawat menawar..well i'm cheapskate..grab mana offer terbaik. lagi pun kadang-kadang lauk di Tesco@ Giant tu taklah segar mana compared to wet market.

Jejak je kaki ke pasar, anak2 dah mula merungut2..busukla..itulah..ini lah.dengan yang kecik takmo berjalan..dia tak suka kalau kakinya basah..masuk pasar dekat Malaysia ni kena pakai gumboot..kalau tak memang becaklah..sebelah tangan terpaksa berdokong, sebelah terpaksamenjinjit barang, dgn mulut kasik arahan suruh kids yangbesar berjalan depan mata aku!!

Oh yes!! aku memang freaky over protected bab2 gini..gerun baca paper pasal budak hilanglah, budak kena culikla..eeee..

Pergi pasar tanpa Big D memang perit..mula-mula rasa nak meraung.. I wish he beside me.Then sebab dah penat bawak anak2 pegi breakfast. Ni satu bab lagi. Dewasa sorang, nak layan 5 budak yang berlainan kerenah..aduhaiii..tapi yang peliknya aku ni tak kurus2 jugak..

Sekarang aku dah makin mahir handlederang tanpa Big D. Aqeef pulak dgn baiknya dan sanggup duduk dalam carseat tanpa meragam. Kalau dulu akulah permaisuri, ada bapak supir yang boleh bawak ke mana saja aku nak pegi..sekarang terpaksa la drive sendiri.. so back to the question..how's your life??

You know what?? my life is great, alhamdullilah..walaupun rasa hilang sebelah badan,namun anak2 jadik penyambung part yang hilang.Bulan depan secara rasminya aku akan kembali ke Kuala Lumpur..banyak nak buat ni..moga-moga aku dikuatkan semangat utk melakukannya..

Wednesday, November 2, 2011

Little River

Tempat seterusnya Little River.Duduknya 25km ke barat Akaroa. Kecik je tempat ni, kira route persinggahan untuk ke Akaroa. Dulu kawasan ni kawasan pembalakan, supply balak ke Christchurch. Sekarang ni pekan ni jadik pekan pertanian supply produk2 segar dari ladang. Dulu ada stesen keretapi tapi sekarang dah jadik kedai dan i Centre( tempat rujukan pelancong). Berdekatan dengan Little River ni ada satu pantai Birdling Flats namanya(akan diceritakan kemudian), pantai kecil yang cantik yang jadik tumpuan burung camar..


Tiap kali kami ke Akaroa, kami pasti singgah di cafe kecik ni, cantik dan cosy. Pun ada kedai yang jual produk-produk local( sayur+ buahan) yang segar..harga pun taklah mahal mana..ikut musimlah..tapi puas hati sebab semuanya fresh.

(biasanya kalau cuaca cantik kita akan sentiasa jumpa rombongan kereta vintage ni)

Cerita- Tempat-tempat menarik di Canterbury

Trip pertama kami( secara rasmi ya.trip duk hospital masuk kategori lain)ialah ke New Brighton Pier. Tak silap aku di UK pun ada satu tempat jugak di namakan New Brighton jugak dan pemandangan dia hampir menyamai New Brighton di Christchurch.

(budak baru baik demam)

Well kalau ikut sejarah pun nama bagi New Brighton ni diambil dari resort English yang terkenal dengan dermaganya.Dulu dermaga kat sini dibina berasasan kayu tahun 1894, selepas itu dia demolished tahun 1965. Sekarang ni jetty tu pakai concreate dah. View..memang cantik..tenang dan damai.sesuailah bagi aku yang baru keluar hospital ni..Makanan femes kat sini? hmm fish n chips la..best..salah satu tempat yg perlu datang kiranya anda ke Christchurch( macam agen pelancongan pulak).
a
Psttt : kalau datang sini jangan lupa bawak jaket sebab angin kat sini sejuk. Tapi di Christchurch ni anda boleh rasa 4 musim dalam 1 hari. jadik jaket tu kena sentiasa ada walaupun musim panas(light jaket la)

Post dated story

Tak kisahla nak cakap apa..bermula pada hari ni blog ni akan diisi dengan vcerita back dated diselang seli dgn update story? Kenapa? sebab tiba-tiba muncul ilham nak menulis kisah2 lalu. Nak kena tulis terusmana yang yang terlintas sebab lepas ni memang tak ingat dah. Jadik sebelum memori tu ilang macam tu saja..baiklah aku share memori indah ini. Mana tahu boleh dijadikan panduan untuk rakan-rakan lain(uweekk..hihihi)

Pengalaman pertama kali anak masuk hospital di perantauan.
Hari pertama kami kami touchdown di Christchurch, Aqil demam. Walaupun sebelum itu aku dah prepared dengan segala jenis ubatan dari Malaysia, namun tak berkesan. Kami tanya kawan-kawan senior di sini,kata derang mungkin terkena tummy bug. Maklumlah tgh musim panas, ramai yang kena (kata derang).
Masuk hari ketiga Aqil pucat,makan tak nak, minum tak nak..aku mula panic. Macam mana prosedur nak pegi hospital eh kalo di sini? lagi satu nak gerak macam mana sebab masa tu kami masih belum ada kenderaan.Dalam pukul 6, aku minta tolong Gee untuk hantar anak ke klinik. Anak-anak lain terpaksa kami tinggalkan di rumah..tawakal je masa tu.

Sampai di Riccarton Clinic 24 hrs,derang tanya pasal GP..hadoi aii..Masa tu GP pun blom terpikir mana nak cari.Tanpa pikr panjang trus decide clinic tu jadik GP kami. Bayar dalam NZD45(kalo tak salah) untuk pendaftaran( sebab bukan PR)..pastu bayar hapa ntah lagi habis dlm NZD100++. Gp kata Aqil kena warded sbb low oksigen.Masa tu rasa macam batu jatuh atas kepala. Yelah, kami baru sampai di bumi Christchurch, jetlag belum habis lagi, pekan Lincoln pun belom sempat teroka...tempat pertama kami pergi ke rumah Kak Mieza dan Tn Ahmad. Derang jemput dinner..sedap makan sup kambing. Masa tu pikir anak2 lagi tinggal sorang2 kat rumah tanpa ada orang dewasa. Gp suruh kami pegi dengan ambulance..HAPA? dgn ambulance? Ya Allah..rasa luruh jantung..mana pernah seumur hayat naik ambulance..charge utk ambulance NZD500. Perjalanan dr Riccarton Clinic ke Christchurch Hospital..tak boleh pegi dgn keta sendiri sbb salah prosedur. Aqil kena pasang oksigen.

Bincang secara pantas, kami akur, aku naik ambulance dgn Aqil, my other half follow dari belakang.yelah ..hospital pun tak tahu ke mana arah. Lama kami di Riccarton Clinic, sampai aku rasa nak demam. Kesian Gee tunggu kami berjam2..nasib dia ok.
(ni scene di ER)

Sampai Christchurch Hosp, kami trus duk di ER, demam Aqil masa tu 39c, derang masuk Iv dan buat la prosedur macam2, my other half minta izin utk balik tgk anak2 yg lain sbb dh malam sangat.Aku just angguk saja sebab masa tu pikiran melayang, kaki rasa tak pijak bumi. Doktor dan nurse kat situ amat baik dan pantas,derang bgtahu aku nampak tenang. Setengah parents mmg tak boleh handle situsi macam ni..aku iyakan saja..padahal masa tu rasa nak menangis sepuas hati. Once Aqil dah tenang, selesai semua kami dipindahkan ke HDD unit. Aqil confirmed dapat pneumonia, disebabkan paras oksigen dia terlalu rendah, maka kami diisolatekan.Dapat satu bilik( tapi kat sini memang semua dapat bilik pun). Bilik best, besar mengadap ke Botanical Garden. Cantik dan tenang. Aku diberi katil..kalo kat Msia macam u all masuk Gleaneagles ke,Subang Medical ke..heheh
kesian sangat tengok dia masa ni..luruh rasa hati ini.
Esoknya datang pegawai kebajikan hospital consult kami. Dimaklumkan juga masa tu bayaran perubatan kami mencecah NZD5000. TRus terduduk..masa tu blom terpikir lagi yang kami mendaftar untuk insurance(wajib ya pada sesiapa yang ingin belajar/ berhijrah ke luar negara). Terpikir macam mana nak bayar ni, bil ambulance lagi, bil hospital lagi, keta blom beli lagi,barang rumah lagi pastu benda2 yang diperlukan untuk set up new life nanti..peningggggg..gigil..rasa macam jadik hantu..jalan kaki tak pijak bumi.

Petang my other half datang bgtahu keta dh dapat( sebab anak ramai, kami terpaksa cari mpv.bukan macam kat msia,kancil boleh sumbat 5-6 orang..padat mcm tin sardin). dapat mpv murah..keta lelong di Turner's..keta pertama kami mitshubishi Charriot dapat dgn harga NZD1000.
Keta or should i say MPV first kami.hihiihi..banyak jasa ni..)
Aku lupa segala-galanya sbb sebu pikir mana nak cari dana nak bayar bil2 semua.lagi dia bawakkan makanan untuk aku, roti,susu..katanya nak masak belum ada apa-apa lagi kat rumah..yelah kami baru 3 hari di Christchurch. Anaka2 lain? kata other half dia belikan nasi Afghan.oo lega sikit2. Masa tu lagi 2 hari utk Christmas,wad meriah.
(kualiti gambar teruk sbb captured dengan hp saja)
Malam tu nurse suruh aku rehat, pegi minum kopi ke, jalan2 ke,tenangkan pikiran.Nasib hb bawak persalinan,selesalah sikit, dapat mandi semua.Masuk hari kedua di hospital Aqil makin pulih, tapi cranky..biasalah budak demam. Hari ketiga..ramai Msian datang, bawak nasi impit, rendang,..laaaaa..dah Raya Haji rupanya..aku mmg lupa langsung. Masya Allah!dalam pkl 11 Doktor bgtahu kami boleh balik, tgh siap2 si Santa Claus datang bw hadiah. Apa sajalah..hati ni dah girang..nak balik jumpa anak2..tak kisah dah dengan semua.
Kesimpulan : Pastikan anda punya insurance yang aktif bagi memastikan segala urusan berjalan lancar. Kita tak tahu apa yg akan terjadi in future kan? Jangan ambik mudah. sapa yang ada anak kecik pastikan kad merah sentiasa bawak..jangan sekali kali tggl.. penting tu

Apa pun aku memang kagum dgn petugas perubatan di sini, baik St John Ambulance mahupun petugas hospital. Baik sangat..cakap lemah lembut. Hai gundah jadik tenang.Layanan di hospital memang 1st class, sangat selesa( aku dpt katil sendiri dgn lazy boy). makan? bagi yg muslim ok lah..sbb derang tanya apa yg boleh dan apa yg tak bleh..yg non muslims menu memang best..dannn..untuk bil2 hospital dan ambulance kami dapat pengecuali sbb ada insurance lagi satu cover sbb aku punya working visa..Alhamdullilah. Syukur sangat2.
Tamat kisah1

It's 1.11.11..I made Orange Muffin

Hey ya..what a great combination number ay?.Today is also my SIL birthday..so I'm gonna wish her here

TO: Puan Mazinah Muda,
Happy Birthday and many happy returns of the day. I managed to bake muffins,ingat dapat jumpa hari ni,tapi tak kesampaian. Tak apa jumpa lain kali..:). sudahnya anak-anak yang habiskan muffin ni..heheh..nanti buat lain la..sorry

(kek untuk birthday lady..virtual jelah)
So untuk occasion hari ni aku buat Orange Muffin. As usual my muffin doesn't have icing on top because all my kids not like it so much.You can put whatever icing on top of it if you like it. These are the recipe for you to try :

*250gm butter
*200gm brown sugar
*100ml plain yogurt
*300gm self raising flour
* touch of vanilla essence
*4 eggs(size A)
*1 orange sunkist-shred it and use the juice

Method:
1. Pre heated oven 175c
2. Beat the butter and sugar until creamy
3. Put the eggs,one by one and followed by the wet ingredients(yogurt, essence and orange juice, not to forget finely grate the orange)
4. Mix it well and last but not least put the flour bit by bit.
5. Lastly put in the mould and baked it for about 15-20 min .

SELAMAT HARI ULANG TAHUN PUAN MAZINAH MUDA:)

1st batch Pandan cake

Musim hujan..nak gerak leceh. Duk rumah bingung..Disebabkan lama tak "membakar", jadiknya malam ni saya dengan senang hatinya buat kek di bantu oleh 5 orang sous chef.

Mula-mula nak komen dulu. Di sini ada satu program MasterChef Malaysia. Ni ilham dari MasterChef Australia , US dan UK..which is aku rasa banyak2 siri MasterChef..siri MasterChef Britain/UK n Australia yang paling menarik. US punya banyak drama..bila dapat peluang tengok siri Master Chef Malaysia, aku setuju dgn komen Chef Wan(lepas ni nak kutuk, pun kutuklah..realiti tu)..Orang Malaysia(tak semua ya)tak ada skill masak.Peserta OZ dan Britain walaupun amatur macam peserta kita , paling persembahan derang bagus. Tak tahulah might be derang panic..mungkin jugaklah..tapi diharap terimala teguran dari Chef Wan tu..jangan melenting..rindu pulak dengan judges dari siri MasterChef BBC tu..


Dah..balik pada kek, kek ni simple sangat. Sesuai untuk dibuat minum petang,di musim2 hujan macam ni ..sedap.So ni resepi dia :
*160gm butter
*140gm castor sugar
*2 biji telur
*80ml susu segar@ susu cair
* sedikit esen pandan
*220gm tepung naik sendiri
** 1 s/kecil baking soda( ini kalau pakai plain flour.Sukatan utk plain flour sama saja 220gm)

Cara-cara:
1. Pukul butter dan gula hingga putih gebu(creamy)
2. Masukkan telur satu persatu, susu, esen.Pukul sebati
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
4. Tuang dalam loyang yang dah dispray @ disapu butter
5. Bakar selama 45 min @ sehingga masak
( ehem..ehem, mula-mula sekali silalah panaskan oven anda dulu ya puan-puan..karang bantat pulak kek.Jangan kata I tak bagitahu ya..pre heat pada suhu 175c)
* Kek ni kaler dia kuning pucat sikit. Kalo nak kaler ltklah kaler hijau. Aku tak letak dan tak garnish pun sebab anak-anak tak suka icing. Derang prefer kek togel.

So peeps, good luck! should try this cake. It's light and fluffy..Your kids gonna like it( hopefully..fuh..fuh..)