Wednesday, November 2, 2011

Cerita- Tempat-tempat menarik di Canterbury

Trip pertama kami( secara rasmi ya.trip duk hospital masuk kategori lain)ialah ke New Brighton Pier. Tak silap aku di UK pun ada satu tempat jugak di namakan New Brighton jugak dan pemandangan dia hampir menyamai New Brighton di Christchurch.

(budak baru baik demam)

Well kalau ikut sejarah pun nama bagi New Brighton ni diambil dari resort English yang terkenal dengan dermaganya.Dulu dermaga kat sini dibina berasasan kayu tahun 1894, selepas itu dia demolished tahun 1965. Sekarang ni jetty tu pakai concreate dah. View..memang cantik..tenang dan damai.sesuailah bagi aku yang baru keluar hospital ni..Makanan femes kat sini? hmm fish n chips la..best..salah satu tempat yg perlu datang kiranya anda ke Christchurch( macam agen pelancongan pulak).
a
Psttt : kalau datang sini jangan lupa bawak jaket sebab angin kat sini sejuk. Tapi di Christchurch ni anda boleh rasa 4 musim dalam 1 hari. jadik jaket tu kena sentiasa ada walaupun musim panas(light jaket la)

No comments: