Wednesday, November 2, 2011

Post dated story

Tak kisahla nak cakap apa..bermula pada hari ni blog ni akan diisi dengan vcerita back dated diselang seli dgn update story? Kenapa? sebab tiba-tiba muncul ilham nak menulis kisah2 lalu. Nak kena tulis terusmana yang yang terlintas sebab lepas ni memang tak ingat dah. Jadik sebelum memori tu ilang macam tu saja..baiklah aku share memori indah ini. Mana tahu boleh dijadikan panduan untuk rakan-rakan lain(uweekk..hihihi)

Pengalaman pertama kali anak masuk hospital di perantauan.
Hari pertama kami kami touchdown di Christchurch, Aqil demam. Walaupun sebelum itu aku dah prepared dengan segala jenis ubatan dari Malaysia, namun tak berkesan. Kami tanya kawan-kawan senior di sini,kata derang mungkin terkena tummy bug. Maklumlah tgh musim panas, ramai yang kena (kata derang).
Masuk hari ketiga Aqil pucat,makan tak nak, minum tak nak..aku mula panic. Macam mana prosedur nak pegi hospital eh kalo di sini? lagi satu nak gerak macam mana sebab masa tu kami masih belum ada kenderaan.Dalam pukul 6, aku minta tolong Gee untuk hantar anak ke klinik. Anak-anak lain terpaksa kami tinggalkan di rumah..tawakal je masa tu.

Sampai di Riccarton Clinic 24 hrs,derang tanya pasal GP..hadoi aii..Masa tu GP pun blom terpikir mana nak cari.Tanpa pikr panjang trus decide clinic tu jadik GP kami. Bayar dalam NZD45(kalo tak salah) untuk pendaftaran( sebab bukan PR)..pastu bayar hapa ntah lagi habis dlm NZD100++. Gp kata Aqil kena warded sbb low oksigen.Masa tu rasa macam batu jatuh atas kepala. Yelah, kami baru sampai di bumi Christchurch, jetlag belum habis lagi, pekan Lincoln pun belom sempat teroka...tempat pertama kami pergi ke rumah Kak Mieza dan Tn Ahmad. Derang jemput dinner..sedap makan sup kambing. Masa tu pikir anak2 lagi tinggal sorang2 kat rumah tanpa ada orang dewasa. Gp suruh kami pegi dengan ambulance..HAPA? dgn ambulance? Ya Allah..rasa luruh jantung..mana pernah seumur hayat naik ambulance..charge utk ambulance NZD500. Perjalanan dr Riccarton Clinic ke Christchurch Hospital..tak boleh pegi dgn keta sendiri sbb salah prosedur. Aqil kena pasang oksigen.

Bincang secara pantas, kami akur, aku naik ambulance dgn Aqil, my other half follow dari belakang.yelah ..hospital pun tak tahu ke mana arah. Lama kami di Riccarton Clinic, sampai aku rasa nak demam. Kesian Gee tunggu kami berjam2..nasib dia ok.
(ni scene di ER)

Sampai Christchurch Hosp, kami trus duk di ER, demam Aqil masa tu 39c, derang masuk Iv dan buat la prosedur macam2, my other half minta izin utk balik tgk anak2 yg lain sbb dh malam sangat.Aku just angguk saja sebab masa tu pikiran melayang, kaki rasa tak pijak bumi. Doktor dan nurse kat situ amat baik dan pantas,derang bgtahu aku nampak tenang. Setengah parents mmg tak boleh handle situsi macam ni..aku iyakan saja..padahal masa tu rasa nak menangis sepuas hati. Once Aqil dah tenang, selesai semua kami dipindahkan ke HDD unit. Aqil confirmed dapat pneumonia, disebabkan paras oksigen dia terlalu rendah, maka kami diisolatekan.Dapat satu bilik( tapi kat sini memang semua dapat bilik pun). Bilik best, besar mengadap ke Botanical Garden. Cantik dan tenang. Aku diberi katil..kalo kat Msia macam u all masuk Gleaneagles ke,Subang Medical ke..heheh
kesian sangat tengok dia masa ni..luruh rasa hati ini.
Esoknya datang pegawai kebajikan hospital consult kami. Dimaklumkan juga masa tu bayaran perubatan kami mencecah NZD5000. TRus terduduk..masa tu blom terpikir lagi yang kami mendaftar untuk insurance(wajib ya pada sesiapa yang ingin belajar/ berhijrah ke luar negara). Terpikir macam mana nak bayar ni, bil ambulance lagi, bil hospital lagi, keta blom beli lagi,barang rumah lagi pastu benda2 yang diperlukan untuk set up new life nanti..peningggggg..gigil..rasa macam jadik hantu..jalan kaki tak pijak bumi.

Petang my other half datang bgtahu keta dh dapat( sebab anak ramai, kami terpaksa cari mpv.bukan macam kat msia,kancil boleh sumbat 5-6 orang..padat mcm tin sardin). dapat mpv murah..keta lelong di Turner's..keta pertama kami mitshubishi Charriot dapat dgn harga NZD1000.
Keta or should i say MPV first kami.hihiihi..banyak jasa ni..)
Aku lupa segala-galanya sbb sebu pikir mana nak cari dana nak bayar bil2 semua.lagi dia bawakkan makanan untuk aku, roti,susu..katanya nak masak belum ada apa-apa lagi kat rumah..yelah kami baru 3 hari di Christchurch. Anaka2 lain? kata other half dia belikan nasi Afghan.oo lega sikit2. Masa tu lagi 2 hari utk Christmas,wad meriah.
(kualiti gambar teruk sbb captured dengan hp saja)
Malam tu nurse suruh aku rehat, pegi minum kopi ke, jalan2 ke,tenangkan pikiran.Nasib hb bawak persalinan,selesalah sikit, dapat mandi semua.Masuk hari kedua di hospital Aqil makin pulih, tapi cranky..biasalah budak demam. Hari ketiga..ramai Msian datang, bawak nasi impit, rendang,..laaaaa..dah Raya Haji rupanya..aku mmg lupa langsung. Masya Allah!dalam pkl 11 Doktor bgtahu kami boleh balik, tgh siap2 si Santa Claus datang bw hadiah. Apa sajalah..hati ni dah girang..nak balik jumpa anak2..tak kisah dah dengan semua.
Kesimpulan : Pastikan anda punya insurance yang aktif bagi memastikan segala urusan berjalan lancar. Kita tak tahu apa yg akan terjadi in future kan? Jangan ambik mudah. sapa yang ada anak kecik pastikan kad merah sentiasa bawak..jangan sekali kali tggl.. penting tu

Apa pun aku memang kagum dgn petugas perubatan di sini, baik St John Ambulance mahupun petugas hospital. Baik sangat..cakap lemah lembut. Hai gundah jadik tenang.Layanan di hospital memang 1st class, sangat selesa( aku dpt katil sendiri dgn lazy boy). makan? bagi yg muslim ok lah..sbb derang tanya apa yg boleh dan apa yg tak bleh..yg non muslims menu memang best..dannn..untuk bil2 hospital dan ambulance kami dapat pengecuali sbb ada insurance lagi satu cover sbb aku punya working visa..Alhamdullilah. Syukur sangat2.
Tamat kisah1

No comments: