Saturday, January 29, 2011

Dairi bersama tembam

Hari ni tak ada apa nak buat..Cuaca pagi tadi , hujan kejap..dah masuk tengahari panas sikit dan windy. Malasnya nak kuar sbb angin kuat sangat..Rasa nak terbang sekali dibuatnya. Apa buat hari ni? Masak dah, mkn lunch hari ni awal sikit sbb my suami ada urusan macam biasa..ahaks. Aku main golek2 dengan Aqeef. Bulat n dah makin lasak..panjat sana sini, jatuh berguling-guling, nasib baik rumah ni carpet semuanya.Kalau tak haru jugak, habis lebam nanti.

Sejak dia dh terror merangkak ni kan( which I thought he never want to crawl!! silly me) habis dia jelajah rumah ni. Mulut , kaki tangan sama naik..Air liur macam air terjun, baju sentiasa lencun, dipakaikan bibs, dia takmo , suruh bukak. Aku dah letih nak mengejar bulat ni kan, jadik aku bawak dia naik atas katil berguling, gomol2 dengan aku. Suka benar dia kena gomol.Pastu buat-buat gelak. Bestla pulak duduk golek-golek gini,lagipun takda sapa kat rumah. Yang lain semua keluar, tinggallah aku dgn bulat ni.Dalam golek2 si bulat tido...apalagi aku amik kesempatan la..turut

ZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.......

Sunday, January 23, 2011

Comfort post..

This cozy Sunday, I didn't go anywhere. As usual my suami needs to go to lab, so here I am stayed at home with the kids. Semalam( nak pakai bahasa rojak, don't care sbb ni my blog kan..takmo baca cari blog lain) aku jumpa lagu ni..best sangat.


Song by Rossa.

Since hari ni cuaca pun biasa2 saja, maka lunch kami pun hari ni biasa saja.Memasak pun nak kena ikut cuaca, para isteri semua jangan ikut peel ni ya..tak bagus..hihi. Lunch hari ni aku just buat Wan Tan Pasta..aku adjust ikut apa yang ada dalam gobok kat dapur tu.



Wan Tan Pasta
Pasta( apa saja mee/pasta yg diminati)
2 ulas bawang putih(diketuk)
1 sudu besar kicap masin
2 s/bsr kicap manis
2 s/bsr sos tiram
Sedikit lada sulah
* semua di atas digoreng sekejap. Owh! jangan lupa pasta @ mee di masak terlebih dahulu ya.

Kuah:
3 hiris halia-diketuk
2 ulas bawang putih- pun ketuk dulu
Daging@ udang@ayam( mana yang suka
sayur sayuran
1 kiub pati ayam
500ml air
Sedikit ladah sulah
1 biji telur
sedikit tepung jagung( utk pekatkan kuah)

Cara-cara:
Tumiskan bawang putih dan halia
Masukkan rencah(daging@ayam@seafood)
Masukkan kiub pati ayam, air , sayur
Bila mendidih, masuk telur, kacau sebati
Perasakan( masam, masin, manis)
Last sekali masuk tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air dan ,masukkan mee@pasta yang digoreng tadi.

Last sekali hias mana yang patut dan hidang..sekian, terima kasih..oyeahhh..

*mission accomplish!!

Clear..clear..

Sebenarnya aku ni baru balik dari facebook,terasa nak semak pulak semua list kawan yang ada. Rasa macam menyusut pulak, kena deletekah? Semak punya semak rupanya ramai jugak yang mendeletekan diri.

Yang mana mengdeletekan diri tu tak ada kepentingan pun..ahaks..bukan kawan rapat sangat pun. Mesra gitu-gitu saja. Lepas duk bersembang dgn kawan lamaaa tak jumpa, aku pun terdetik jugak, ada baiknya aku deletekan jugak mana kawan2 yang tak mesra sgt, bukan apa cumanya mau kasik ruang pada fb tu, tiba masa utk aku finalize mana yg penting dan mana yg tidak.

Jadik pada kawan2 yg namanya telah diclearkan dari list fb aku tu, jangan ambik hati ya. Sudah tersurat jodoh kita takat ni saja. Bukan ada masalah besar pun cumanya rasanya kita dah kurang chemistry pun jumpa pun ada yg tak penah jumpa langsung dan ada yang suam2 kuku saja. Ada baiknya aku clearkan mana yang patut, tambahkan mana yg baru..ahaks..I'm joking..sebenarnya aku dh nak start mengundur secara berhemah dr fb tu, rasa macam dh malas nk berfacebooking..I've found new hobby.nanti reveal kendian. Rasanya berblog ni lagi aman dan tenteram..I like it here better than FB. Orait, salam kemaafan dan jumpa lagi!

Saturday, January 22, 2011

Let's get cooking..oyeahhhh..

Mood masak-masaka sudah datang. Dah lama datang cumanya tak update saja. Hari ni nak share sikit dengan semua..ahaks. Since asparagus always be my favourite veges kan, so kali ni aku melayukan sikit asparagus tu, den buat asparagus goreng belacan. My suami likes it very much..hehheeh..my kids also likes it except my master 7. Payah sungguh nak encourage dia makan veges. Aku ni very envy bila tengok kemain senang lagi budak2 lain makan veges but my kids very the picky one..aiyohhh..

Then petang pulak aku buat apple pie. Kali ni mmg sedap dari crust sampaila ke inti. MMg kali ni aku nk puji diri sendiri dan every petang buat apple pie pun aku tak kisah..ahaks..but my suami lebih suka kuih2 yang savoury..doesn't matter dia makan je bila ada..


Apple Pie :
2 cawan tepung(plain flour)
1 sudu kecil garam
3/4 cawan mentega
4 sudu makan air sejuk(ice water)

Filling
7 cawan hirisan epal( lebih kurang 5-6 biji)
2 sudu besar lemon juice
1 cawan gula perang
1 sudu kecil serbuk kayu manis
*1/4 ground nutmeg( buah keras?)
2 sudu besar mentega
1 biji kuning telur
1 sudu besar air

Cara-cara:
1. Dalam food processor, masukkan tepung, garam, mentega, gaulkandan masukkan air sejuk sedikit demi sedikit hingga jadi doh. Sejukkan sebentar dlm peti sejuk selama 30 min.
2. Keluarkan doh dan bahagi 2. elekkan separuh doh tadi hingga jadik 10". Madukkan dlm acuan pie.
3. Gaulkan epal bersama lemon juice, kemudian masukkan tepung, serbuk kayu manis, garam dan gaul rata. Tuang dalam acuan yang telah isikan dengan doh tadi. Gelekkan doh yang selebihnya dan tutup acuan tadi,cucukkan sedikit bagi udara keluar( kalo tak pie jadi benyek)
4. Seal bahagian tepi acuan dan brush dgn kuning telur yang dipukul bersama air tadi( mau lebih sedap, bancuh kuning telur dengan sedikit susu segar).
5. Bakar pada suhu 218C selama 15 min kemudian turunkan suhu kepada 176C, bakar dlm 40-45 min @ hingga jadik perang@ masak..

Friday, January 21, 2011

Hampagas betul!

Sebenarnya ni percubaan yang ntah berapa aku buat untuk ubah design blog ni..semuanya gagal. Buat tergesa-gesa memanglah tak jadi. Sekarang amat payah untuk tulis kat blog, budak kecik ni melekat macam gam gajah!!

Perasaan cemburu membuak-buak bila tgk blog kawan2 semenya lawa2. bila zaman lah agaknya aku boleh mahir ni. Kebelakangan ni aku sibuk memfacebooking, sekarang mood tu dah kureng mandang network dah besarkan..malas dah nk layan. Jarang dah aku mengupdate status..adalah sekali dua, gila tu ada lagi..hihhihi

dah malam buta gini mana boleh nak memblog, mata dah kuyu,tak daya den. siang hari mmg tak sempat nk menulis,ehem.sibuk mengejar kenit ni. Dia dah mula merangkak, dah laju mengalahkan beskal BMX. Habis benda dia nk panjat, adalah beberapa kali jatuh.

Den update lain kalilah.banyak cerita nak kongsi ni, tapi mata dh makin menyempit ni.Tak daya dah..huhuhu..tido dululah..tgklah lps subuh ni berjaya @tidak aku memblogging.tengok ya..tengok..hahahah

Friday, January 7, 2011

Cerita hari ini

Selamat tahun baru! Lambat sikit, kira okla tu..ahaks..tak dan nk update skrg memndangkan faktor masa tak mengizinkan..musim panas skrg mmglaaa panas..si kecik ni selalu meragam dek kerana eczema dia menjadik-jadik..

Dia dh kurang bulat skrg , dh makin lasak, baru belajar merangkak yg mana posisi rangkaknya mm lucu..disebabkan siang panjang, perut asyik lapar je..so aku dgn sukahatinya buat kuih bakar. Kuih yg paling senang, ringkas dan cepat. Sebab dh lama tak ltk gambar makanan maka pembuka tirai thn baru ni aku ltk gambar kuih minum petang kami hari ini.Kuih bakar perisa kelapa