Saturday, October 29, 2011

Cerita hujung minggu

Hujan lebat lagi..malasnya nak bangkit ditambah pulak bila sedang "bercuti". Dalam kepala fikir macam-macam,nak masak apa, nak pegi mana, nak buat apa,my other half duk buat apa ek? aishh..macam-macam pikir tapi mata lelap.

Bangkit tengok, huh.hujan lagi..terasa nak pegi library tapi jalan mesti jem , padat sendat memandangkan ada Jom Heboh di stadium..cemana ni?sudahnya aku aku bangkit,bersiap2 dan trus kuar.Beli breakfast saja, nak direct pegi town macam berat hati. Boringnya buat aktiviti tanpa dia.

Semalam aku buat sushi.Lama tak buat jadik macam kekok sikit. Payah jugak nak cari salmon kat sini, kebetulan jumpa di Tesco..tak la fresh sgt tapi ok lah..cari avocado punyalah mahal(dasar cheapskate..hiih)keras pulak tu.Nasib baik jumpa sebiji yg sedang elok, zup zp.zup zap..balik, potong sana, trim sin i dan walaaa..ni dia ;
kejap je licin...

Friday, October 28, 2011

Hey..you're so rude!!

Ni nak cerita..nak luah perasaan amarah. Patutla orang label pemandu Malaysia ni ganas2 dan kasar dan samseng. Semua tu betul sangat2.

Tadi masa tengah drive di satu lorong, apa ntah nama lorong tu. Masuk tu sebab SESAT..hihii..asalnya aku pegi beli roti di kedai roti Muhibbah.dah tu crowded nak kuar,kununya aku selit masuk lorong belakang kedai tu bolehlah elak crowded yang amat tu. Maka di lorong kecik , kawasan perumahan , aku bawaklah 30km sejam..ok la tu kan sbb kawasan perumahan, karang bawak laju2 karang, macam2 hal timbul.

Dalam aku bawak slow macam siput sedut tu,maka aku nampak ada satu keta toyota wish mau keluar lorong. Disebabkan ikut rules dia yng kena stop sebab kena beri laluan pada aku yg berada dilorong lurus ni, makanya aku teruskan perjalanan.

Tiba2 Wish $%*@## tu menong keluar dan hon marah2 sbb aku halang laluan dia..Nasib aku laju sikit , kalu tak memang Wish tu akan hentam pintu penumpang hadapan sebelah kiri. Dan2 aku punya naik hangin...berenti di tepiWish tu belalu dgn laju sambil aku dapat tengok muka wife dia yg moncong2 marah.Kejadian tu disaksikan oleh sorang pakcik bonceng motosikal..pakcik tu pun terpaksa brek emergency..kata pakcik tu "( ni aku quote kata ia dia) Gila puny aorang. dah tahu duduk di persimpangan, berentila..Bodoh!..which is aku sangat agree.

Kuar dr lorong tu masuk jalan besar, aku nampak Wish tadi..Mandangkan aku ke arah kampung Sireh bukan menghala ke arah Tesco@Pasir Pekan, maka terpkasa aku pendamkan niat nak pandang lama2 driver Wish yang sombong+bongkak+kurang ajar tu( sebab derang berenti di traffic light)! Tapi masa tu tu sempat aku tengok muka wife dia yg duk tunjuk2( macam aku pulak yang salah)..eee..rasa macam nak piat2 je telinga dua orang yg tak bermoral tu..

Pengakuan ikhlas : yang sebenarnya aku masih dalam lesen learner, tapi masa bawa tu aku ditemani oleh mak, ayah sekali. Tapikan orang tu memang salah sangat pun, ayah aku sendiri cakap, pakcik bawak moto tu pun cakap gitu gak. kawasan persimpangan, dan aku di jalan lurus, dialah kena stop sbb dia nak kuar dari lorong..bukan main terjah kuar je..tengoklah dulu kiri kanan sebelum melintas..berlagak bukan main..Bukan awak je yang bawak bayar cukai jalan Pakcik oooiii..

Mode:Happy

So after raya ni kalau lah dipermudahkan olehNya..aku nak pegi melawat seseorang. Lama dah niat ,tapi duk terbantut dek beberapa perkara yang masih perlu diselesaikan.

Aku plan nak ajak derang pi minum2 kopi dan bolehla sembang2 macam dulu2. Yang lepas tu lepas la..malas nak dikenang walaupun hati sakit berkali-kali. Kalau duk ikutkan hati memang tak habis..

Nak ajak derang gi window shopping ke@ apa saja lah..kiranya ladies leisure with kids(terpaksala..mana nak tggl?).Hehe..sekarang ni aku hanya pikir nak suka-suka saja..takmo pikir sedih 2, buat tambah wrinkle je..Hidup ini hanya sementara sahaja, dipinjamkan supaya kita berbaik-baik, bukan bermusuh-musuh, bermasam muka..so ini sebagai permulaan.. wish me luck ..peace:)

Thursday, October 27, 2011

All Blacks The champions and Cotton Japanese Cheese in the house..

Fuh! panjang tajuk. Just nak share..All Blacks dah jadik juara walaupun kalah tipis dengan France. Really fight tapi memang best tengok. Kesungguhan para pemain bermain walaupun masing2 tgh cedera tapi tetap nak main demi untuk jadik juara. Sallute to both team France and New Zealand aka All Blacks..hik..hik..hik
Punyala semangat,aku sanggup buat Cotton Japanese Cheesecake. First attempt, not so bad. Mandang tools tak cukup lengkap maka aku gunapakai mana yang ada saja.Aku guna loyang biasa instead of springform.So based to aku sapu butter dan dust dgn sikit flour.Then masa bakar loyang yang sepatutnya dibalut dgn aluminium foil, aku amit this step.Waterbath pulak aku isi satu loyang dgn air, ltk di rak bawah, then rak atasnya aku letak cheesecake tadi yg bertutup dgn aluminium foil. Hasilnya ni dia :
Aku bakar dlm masa sejam, 20 mini sblm tamat aku bukak foil tu utk kasik burnt sikit atas dia. Bila dah masak, aku tutup oven, renggang pintu dia dan biar kek tu selama 20 min. Untuk resepi ,boleh rujuk ni :

http://www.myresipi.com/top/detail/1297


So cheesecake mudah amat dan rasanya sedap, ringan dan segar..try la..tak sia2 buat tambah pulak dengan kemenangan All Blacks tu kan..hmmm..senyum sampai telinga....

Friday, October 21, 2011

Demam Rugby World Cup 2011

Yesss...disebakan lama bertapa di NZ, maka aku jatuh hati dgn sukan ni. Walaupun masih tak begitu mahir tentang rules dia, namun aku tetap suka tengok. Asal? Takat main kejar , rebut bola je, baik tengok bola sepak ye dak?
Best tau tengok rugby ni slain dari tgk players(oopsss)..derang punya muscle, biceps..fuhhh..boleh tengok betapa kentalnya players2 ni. Lagi dapat tengok hakka dari All Blacks.Masa di Lincoln selalu jugak dapat tengok players ni buat training di padang Lincon uni tu..yelah ada beberapa top players derang alumni Lincoln University.Antara yang famous Richie Mccaw. Kalau pergi ke Sport rec dalam uni selalula tengok gambar2 lama bekas2 players rugby yg pernah menuntut di uni ni.

Actually Ahad ni dah final dh pun..and guess wwhat All Blacks mara ke final. Mula-mula ingat All Blacks akan jumpa Wallabies(Australia) atau Springboks(South Africa) sebab ni antara team2 handal ni. Wallabies ada sorang player nama Collins(licik budak ni) laju betul lari. Springboks pula punya pemain yang tegap2, bagak,..sekali rempuh mau patah tulang selangka..

Aku kagum...

Aku sangat kagum pada mana-mana calon PhD. Bertungkus lumus sehabis daya nak sudahkan satu2 research(satu je yg kena buat tapi rumit).Semlm masa sype dgn my suami tiba-tiba dia bagitahu betapa tensionnya bila result tak dpt2 sedangkan dateline dh makin dekat. Berbulan-bulan buat sampling tapi tak ada result.

Kesian dan rasa inginbantu tapi tu bukan aku bukan bidang. BIdang aku hanya boleh consult je lah..suruh dia banyk2 bersabar. Cuba-dan cuba lagi.Kata dia lagi dah hampir buntu nak cari teknik yang boleh bantu dia dapatkan result dan bantu dia siapkan thesis ni on time. Aku??? speechless..sesungguhnya aku tak punya idea nak suarakan pendapat.

Aku pernah tgk kawan-kawan yang habis air mata dah untuk menangis disebabkan untuk dapatkan segulung PhD ni. Dh tulis thesis tapi terpaksa dirombak, bukan sikit tapi seluruhan..bayangkan untuk proses menaip saja makan masa berbulan-bulan..memang menangis air mata darah. Tapi tulah..semangat kena kental untuk hadapi proses menghadapi pengajian ni. Kalau buat dalam negara rasanya tak la begitu tertekan berbanding buat di luar negara. Bayangkan tanpa elaun sara diri, hidup di perantauan, mana nak bayar bil itu ini, nk belanja makan lagi, nak kerja(ramai yg terpaksa bekerja memandangkan elaun yang diberi sudah tamat tempoh sedangkan pengajian belum lagi habis..)nak dealing dgn research yg tak dpt result , then dealing dgn perasaan homesick lagi, deal dgn kerenah SV lagi( ni kalau dpt SV yg lorat lah) pastu dengan dateline panggilan tugas( diminta pulang t berbakti w/pun belum habis blajar)..erkkk..tiba-tiba aku gelap mata..pengsan..

Apa-apa pun aku kagum dgn semangat mereka semua. Sungguh kagum..

P/s:asal bukak topik ni? aku rinduuu dgn diaaaa..

Focus..focus..

Since balik ke Malaysia, aku start gained weight. Seriously buat aku takut..maka dengan azam yang mula2 membara, aku gagahkan diri guna threadmill yang ada tersadai kat dapur tu. Tersadai tanpa ada orang pakai padahal hari2 masuk dapur. Boleh kata setiap 30 minit masuk. Yelah kalu bukan aku masukk utk masak, aku masuk untuk makan ke, buat air untuk anak2 ke..conclusions memang kerap la masuk.

Maka kerapla jugak aku terpandang benda besar gedabak ni..macam memanggil-manggil je tapi dek kerana dipengaruhi faktor KEMALASAN melampau, maka aku abaikan je kata hati aku. Tiba-tiba satu hari aku pegi kedai,nampakla selai baju cantik, aku nak beli..argghhhh..saiz tadak..maka kat situ terbuktilah bahawa aku MAKIN GEMUK..uwaaaaaaaaaa..

Esoknya tu aku start guna mesin besar gedabak tu..tak lari pun..semputtt..aku just buat jalan kaki laju..hari pertama bolehlah 3 round, hari kedua dh boleh masuk 4 round dgn kelajuan 5mph selama 25 min. Selama seminggu aku gigih,aku avoid makan nasi waktu malam, then titik focus aku mula lari bilamana aku rasa perut ku mula kempis dan badan rasa sikit ringan.

Argghh..payahnya nak focus..pfuhh.pfuhhh..benci dgn diri sendiri bila mana sukar nak tahan godaan makan.Disiplin diri aku out, self confident lagila mula pudar sikit demi sikit..Oh diri..focus..focus, sayanglah diri anda( peringatan untuk diri sendiri ni ya..)