Friday, October 21, 2011

Focus..focus..

Since balik ke Malaysia, aku start gained weight. Seriously buat aku takut..maka dengan azam yang mula2 membara, aku gagahkan diri guna threadmill yang ada tersadai kat dapur tu. Tersadai tanpa ada orang pakai padahal hari2 masuk dapur. Boleh kata setiap 30 minit masuk. Yelah kalu bukan aku masukk utk masak, aku masuk untuk makan ke, buat air untuk anak2 ke..conclusions memang kerap la masuk.

Maka kerapla jugak aku terpandang benda besar gedabak ni..macam memanggil-manggil je tapi dek kerana dipengaruhi faktor KEMALASAN melampau, maka aku abaikan je kata hati aku. Tiba-tiba satu hari aku pegi kedai,nampakla selai baju cantik, aku nak beli..argghhhh..saiz tadak..maka kat situ terbuktilah bahawa aku MAKIN GEMUK..uwaaaaaaaaaa..

Esoknya tu aku start guna mesin besar gedabak tu..tak lari pun..semputtt..aku just buat jalan kaki laju..hari pertama bolehlah 3 round, hari kedua dh boleh masuk 4 round dgn kelajuan 5mph selama 25 min. Selama seminggu aku gigih,aku avoid makan nasi waktu malam, then titik focus aku mula lari bilamana aku rasa perut ku mula kempis dan badan rasa sikit ringan.

Argghh..payahnya nak focus..pfuhh.pfuhhh..benci dgn diri sendiri bila mana sukar nak tahan godaan makan.Disiplin diri aku out, self confident lagila mula pudar sikit demi sikit..Oh diri..focus..focus, sayanglah diri anda( peringatan untuk diri sendiri ni ya..)

No comments: