Dear Seri,
Day 3,3/5/15-ICU
Keadaan Seri hari ini agak membimbangkan. Bacaan bp Seri tampak tidak begitu cantik.Seri penat ya?. Mama, Abah, Kak Ana , Didie, Abg Yo Seri semua setia menanti. Mama nampak sedikit lesu walaupun beliau cuba sedaya upaya tersenyum. Rasanya mama rindu SANGAT-sangat pada Seri. Bilangnya bilik Seri sudah siap, ada langsir baru, mama yang pilihkan. Katil puteri Seri pun dah siap dipasang, tunggu Seri pulang untuk rasmikan.
Seri nampak penat hari ni. Mesin dialisis dikerah bekerja untuk Seri, bacaan Bp Seri 200++ takmo turun-turun. Degup jantung nampak ok, oksigen level juga baik cumanya urea dalam badan Seri taknak berganjak. SLE masih lagi aktif menyerang sel-sel Seri.
SLE JAHAT!!!
Hari ni saya masih lagi belum ke tuisyen. Risau juga hati ni sebab saya belum siapkan kelas untuk Jumaat nanti. Jangan risau Seri, esok saya selesaikan. Urusan cikgu smua dah selesai, cuma tinggal lagi nak print. Hari ni rindu pada panggilan dari Seri, rindu pada cerita Seri mula bercambah..Saya rasa tak sedap hati bila tengokkan result mesin tu, tapi rasa lega sebab Doktor dah releasekan life support machine arini, bagi Seri cuba bernafas tanpa mesin. Seri nampak letih dan lemah..Oh Seri...
Rose,
3rd May #SLE#10.51 pm
No comments:
Post a Comment