Wednesday, May 13, 2015

Diari Buat Seri #5

Dear Seri,
Day 4th - 4/5/2015 -ICU

Hari ni sesi sekolah dah mula. Saya tak dan untuk pegi jenguk Seri di hospital. Seri tahu kan sesi sekolah anak-anak berbeza-beza. Saya singgah di office hari ni. Rasa macam kelam je..Saya ke laut hari ni..minda melayang-layang. Tiap kali telefon berdering saya mula cuak.

Tiba-tiba saya teringat kata-kata Seri
" Kak Ja, Maaf terpaksa nyusahkan Kak Ja. saya jauh dan masih di hospital. rasanya macam lama je saya kat sini sebab saya sangat-sangat letih. Tak leh gerak langsung". Masa ni saya pause.Tergamam , risau tak tahu apa nak jawab cuma saya minta Seri banyak-banyakkan rehat. Rehat betul-betul

Then Seri kata :
" Saya ok. Bagitahula  cerita, saya nak tahu, lagipun saya bosan, nak gerak susah, emosi tak stabil, lonely, rasa useless sangat-sangat, bukan nak mengadu cuma nak luahkan. Kalau family tahu, mesti derang  kecik hati, banyak sangat dah derang bekorban. saya je yang tak hargai"

Allah! Seriii.... toksah pikir bukan-bukan." Jawab saya balik. Hati ni rasa kenapala Seri lain dari biasa. Iskkk..jauhkan la rasa, perasaan negatif dari hati ini. Ni semua mainan syaitan ni.

Seri bilang lagi " Kali ni saya rasa sangat-sangat lemah dan teruk. Pelik sangat kak Ja. Langsung tak larat nak bergerak macam selalu, tenaga hilang terus. Saya takut kak Ja." Iskkkh..apa nak takut? saya takut berdarah balik....tiba-tiba rasa fuh..ok..Seri takut berdarah..ingatkan takut apa..api nun jauh di sudut hati, saya mula rasa Seri mahu pegi jauh.

Lagi katanya ' Saya lapar,tak tahu nak makan apa. Donut sedapkan? Yang tak ada yis." Bilang saya :" nak saya buatkan? tapi donut yg saya buat ada yis..tak reti buat yg tak ada yis. Seri cakap " tak berbaloi kalu buat..menyusahkan. Hati ni mula geram.. selalu sangat cakap menyusahkan..tak susah pun Seri. Boleh kasik pada yang lain di wad.

Bilangnya lagi " saya nak minta mama buatkan karipap. sangat teringin nak makan. Tapiiii...bila laa mama nak buat. Kalau beli confirm manis. Kidney saya dah rosak Kak Ja, stage 4. Bila dengar  stage 4, rasa macam .Ya Allah! hebatnya ujianMu pada hamba Allah ini. Dan Seri cakap " Kak Ja, Allah tak akan turunkan ujian pada hambanya macam tu saja, DIA tahu kemampuan hambaNya. Tergamam aku sebentar..betul Seri, saya terleka sebentar. Pesannya " Jangan lupa tau Kak Ja, nanti kita dhuha sama-sama. kak Ja janji nak pegi usrah dengan saya kan?' Baikla Seri, tunggu Seri sihat, kita pegi sama-sama ya..

Perbualan ini terhenti begitu saja. Kini Seri sedang  lena tidur..Tidurla Wahai Puteri..pahlawan sejati..


No comments: