Day 5-5/5/2015- ICU
Saya tak pegi jenguk Seri lagi tau tapi saya sentiasa update dengan Kak Ana. Diala yang rajin bagitahu saya pasal keadaan Seri sekarang. Kak Ana dan Didi sekarang tidur di hospital sebab derang takmo tinggalkan Seri sorang-sorang(walaupun nurse dan Doktor handsome ramai ;p)
Untung Seri. Semua orang sayangkan Seri. Kita lupakan kisah hitam ya Seri. Lupakan pasal suami Seri. Suami apa kalau tidak pernah telefon untuk bertanyakan kabar? Suami apa yang curang dengan alasan Seri sakit? Seri tak mampu kasi zuriat padanya. Itu suami tak guna! Suami apa yang hantar msg-msg yang berbaur ugutan, cacian. Lupakan dia Seri. Dah lama Seri terseksa disebabkan dia.
Kami semua masih risaukan status kesihatan Seri sekarang. Bp Seri seolah-olah tak mahu turun langsung, Seri makin lemah dan life support machine terpaksa dipasang balik. Bila fikirkan balik penderitaan yang Seri alami dan keadaan seri sekarang, berjurai air mata. Seri ingat tak tahun lepas? Sewaktu kita pegi berniaga di Pasir Puteh bersama Kak Ana? Ingat tak betapa lencunnya kita masa tu dek peluh? Seri nampak riang ketika tu dan kita semua tak pernah terpikir untuk berselfie pun walaupun sekeping.
Rindunya pada Seri. Kak Ja datang nanti ya.. InsyaAllah.. Seri tunggu tau!
Rose
day5#SLEJahat#
No comments:
Post a Comment