Day 3- 2/5/15@ICU HUSM
Dear Seri,
Hari ni dah masuk hari ketiga Seri di ICU dan hari ke-13 menjadi penghuni hospital. Dari 7U naik 8U dan kemudian turun ke 1 Mutiara, pun ada U, ICU. Seri dah bangun, mata dah buka, dah boleh komunikasi dengan menulis.. Alhamdullilah..ku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi.. tapi entah kenapa naluri ni masih duk kata yang Seri akan pergi jauhhh..
Aku buang perasaan ini sejauh mungkin..tak mahu berfikir pasal semua tu. Walaupun mesin dipasang namun Seri kelihatan bersemangat untuk bercerita. Semangat juang tu belum pudar. Hari ni juga dah dah masuk 3 hari Seri tak kacau saya dgn wassap. Rindu pulak..kadang-kadang saya ternanti-nanti wasap dari Seri, bila dibelek kembali perbualan kita pada kali terakhir ialah pada 29/4/2015, jam 3.50 ptg. Penantian saya seterusnya diakhiri dengan panggilan telefon dari kakak Seri pada 30/4, mengatakan Seri koma.
Kat luar wad, ramai sanak saudara Seri yang datang, jauh dan dekat. sahabat, rakan , taulan tak putus-putus menghubungi untuk bertanyakan Seri.. Actuallykan Seri ni glamer tau..macam yang Seri cakap sebelum ni..Seri nak glamer..biar semua org datang jenguk Seri. Saya datang tangan kosong, nak bw belon pink tak boleh bawak masuk, jadi saya ingat nak tunggu Seri keluar dari ICU. saya akan belikan belon dan bunga macam yang Seri nak.
Tuisyen? Jangan risau. Saya cuba uruskan sebaik mungkin walaupun ada kalanya hati ni terasa patah, semangat terasa luntur tapi memikirkan Seri pernah cakap" Kak Ja, jangan putus asa, kita cuba sampai berjaya. InsyaAllah Kak Ja, kita boleh buat. kita buktikan pada semua yang kita bukanla sebagaimana yang diceritakan". Terngiang-ngiang suara manja tu di telinga. Bila ingatkan semua ni, berjurai lagi air mata. Semangat Seri kuat.Kuatkan la ya.. akak tunggu Seri.
No comments:
Post a Comment