Entri ni dah lama aku tulis..lama x lama la..tapi msk mggu la jugak..ku simpan..kuperam..entah kenapa.
Kiranya Seri sihat nanti, diharap dapat baca entri Kak Ja ni ek..Kak Ja x pandai nak tulis novel, patutnya Seri yang buat semua ni sebab kisah Seri terlalu banyak likunya.
Hari ni hari pertama Seri di ICU. Pertama kali bila dengar ICU, hati ni rasa tak berkeruan..lama dah dah jejak ICU.
Aku masuk tengok Seri. Dengan bunyian pelbagai mesin, hati ni rasa sebak. Betul ke apa yang aku lihat ni? Rasa macam baru je bergossip dgn Seri, baru je duk bebelkan Seri..tiba-tiba Seri di sini?? ICU seri???
Dengan bantuan mesin Seri bernafas, tapi bila dipanggil nama, Seri kasik respon. Berjurai air mataku walaupun sblm nekad takmo nangis. Aku kena ceria, kena positif so Seri akan turut serta dgn aura positif. Aku mahu Seri cepat baik.
Minggu ni Tuisyen kita saya bagi cuti Seri,
sbb cuti Hari Buruh. Tuisyen sekarang agak suram tanpa kehadiran Seri. Saya dah tak ada teman, adik utk dibuat bicara. Selalunya Seri ada temani saya,kita kongsi cerita, kongsi resepi yang entah bila kita nak buat, kita plan nak sambut birthday bdk2 tuisyen..banyaklaaa agenda kita..semuanya terpaksa kita simpan dulu. Newsletter pun dah lama saya tak publish sebab saya tak sempat.
Meja Seri saya biarkan berhabuk sebab saya tunggu Seri datang. Calculator pink Seri saya simpan elok2..telekung solat Seri juga sudah saya basuh. Setiap kali ada kelas, saya akan belikan donut, kuih favorite Seri.
#muahhh.
No comments:
Post a Comment