Sunday, May 10, 2015

Diari Buat Seri #1

Dear Seri,

30/4/2015.

Jam 4.00ish, aku terima panggilan daripada Intan, kakak kesayangan Seri

"Ja, adik saya! (pause...esakan kecil di hujung talian)". Aku mula berdebar-debar. Aku tahu hari ni masuk hari ke 10 Seri dimasukan ke hospital kerana mengalami cirit-birit, muntah-muntah yang tidak berhenti.

"Kenapa dengan Seri, Intan?"- tanyaku dalam debar, masih mahu berlagak tidak panik, walhal dalam hati Allah saja yang tahu

"Seri koma Ja, tiba-tiba dia sawan dan tidak sedarkan diri. Saya takut Ja. Saya taknak kehilangan adik saya Ja..(esakan makin kuat)". Mula aku sebak..mata dah berkaca-kaca.

" Sabar wak, sabar.. InsyaAllah Seri tak ada apa-apa." Walaupun dalam hati aku tahu itu ayat menipu. Aku tahu bahawa situasinya sekarang adalah sangat tidak bagus. " Saya ke sana lepas ambik anak-anak dari sekolah" ..sabar ya. Itu je yang mampu aku cakap dan ayat itu je hanya hanya muncul dalam kepala. What's wrong with me??

Seminggu sebelum itu, 24/4/2015- Jumaat

Masih terbayang dalam memori betapa gembiranya Seri mendapat jambangan kecil dari aku seminggu sebelumnya. Aku ziarah dia pada harijadiku dengan membawa sejambang kecil bunga mawar. Hari itu hari Jumaat, kesemua kedai bunga di Kota Bharu ni tutup, tapi alhamdullilah Allah membantu. Sewaktu dalam perjalanan ke hospital, aku ternampak satu kedai yang seolah-olah buka. Ku ketuk pintu kedai tersebut, dan katanya dia tutup sebenarnya. Aku merayu untuk buatkan aku sejambang bunga kecil saja, apa saja bunga yang ada, kalau boleh nak kaler pink(sebab tu favourite color Seri). Aku bgtahu ianya untuk sahabat yang kini sedang sakit, jadinya aku pikir dengan menghadiahkan bunga semoga ianya mampu menceriakan keadaan beliau. Alhamdullilah..nyonya tu setuju, dibuatnya aku satu jambangan yang sangat comel dan  indah. Rasa macam nak cium-cium je nyonya tu.

Sesampainya di hospital , aku hulurkan jambangan tu. Katanya : "Kak Jaaaaa, cantiknyaaaa..kan bagus kalau hari-hari dapat bunga gini..rasa glamer la pulak.." kata aku" hah , boleh je..nnati saya bawakkan belon skali ek".. Tiba-tiba dia sedih. " Kak Ja, patutnya saya yang kasik hadiah pada Kak ja sbb hari ni harijadi Kak Ja.. Ini Kak ja pulak yang kasik saya bunga".  jawabku" hahahha..tak penting pun..yang penting awak sihat balik Cik Seri. lama dah saya tunggu ni untuk kita hang out macam biasa". balasnya " InsyaAllah Kak Ja..(pauseee..lamamaaaaa)..entahla Kak Ja..penat sangat rasanya".. aihhh..cuak, sayu, hiba la pulak. Ya Allah, kau sembuhkan penyakit Seri ini.

Dan dengan gembiranya lepas tu dia bagitahu, biliknya telah siap direnovasi. Dia tak sabar untuk balik dan tengok bilik baru. tak sabar untuk sihat. Tak sabar untuk mulakan hidup baru, takmo sedih-sedih. Aku tinggalkan dia dengan macam-macam perasaan yang bercampur aduk pada petang 24/4/2015.

1 comment:

Hana said...

Salam. I came across your blog to look for my long lost friend idanie. Beliau kawan ms skolah rendah. Merangkap jiran jg. Terima kasih sgt sbb share psl beliau. Saya rindu sgt kt dia. Terima kasih sbb tulis pasal dia. Saya tak mampu nak baca semua tp cukuplah sy mengetahui dia telah pergi buat selamanya.