Setelah lama dan lama dan lama dan lama menyepi, kini terasa ingin mengetuk blog kembali. Ada perkara yang rasa ingin dikongsi, sesuatu yang mengajar aku, don't take things for granted. Tatkala mengetuk keyboard ini, sesekali teringat pada suasana di Christchurch. Ketika itu aku rajin sekali mengetuk keyboard.
Pulang ke tanahair membawa 1001 macam peristiwa . Suka, duka, hiba, gembira, hilang, bertemu, macam-macam. Sebahagian darinya ingin aku selam sedalam-dalamnya ke perut bumi. Ketukan blogku kali ini adalah khas buat sahabat istimewa Wan Seri Idani Wan Hamzah, yang kini sedang bertarung nyawa di ICU melawan penyakit yang menyerang sejak 12 tahun dahulu iaitu SLE@ LUPUS. Penyakit ini mula aku kenali pada tahun 2007, itu pun setelah melihat pada disertasi PhD seorang kawan. Penyakit yang tiada penawarnya sehingga kini.
SLE2@LUPUS@ Penyakit Seribu Wajah@ Penyakit Autoimmune ini boleh dikategorikan sebagai Terminal Illness.
Antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.
Selepas ini anda semua akan membaca catatan harian yang akan ku tulis khusus buat Seri. Ku kenali Seri tidak begitu lama tapi kami menjadi rapat setelah selalu berjumpa. Seri merupakan seorang wanita yang bertubuh sederhana kecil, masih muda, 32 tahun baru usianya.Semangatnya kental walaupun diasah dengan permasalahan rumahtangganya. Menjadi mangsa dera kepada suami, membuat aku ingin terus membantu beliau walaupun dengan hanya menjadi pendengar setia. Beliau sangat tabah, punya pelbagai perancangan, datang dari keluarga yang sangat mencintai buku. Seorang yang patuh kepada suami walaupun beliau sering didera dan dicurangi oleh suami sendiri.
Kemuncak segalanya apabila lafaz talak dijatuhkan ke atasnya. Kesihatannya makin merosot, kelibatnya jarang kulihat lagi, senyuman pada wajahnya semakin lama semakin pudar. Gelak tawanya semakin hilang. kadang-kadang terasa kehilangan beliau. Semangatnya runtuh.Bertuahnya beliau kerana punya sokongan padu dari ahli keluarga. jadinya catatan seterusnya adalah buat mu Seri. Semoga kamu kembali pulih dan diharap dapat membaca catatan ini..
No comments:
Post a Comment