Saturday, May 23, 2015

Diari Buat Seri #9

Catatan terakhir dari ICU

10/5/15-ICU

Panggilan pagi semalam dari Kak Ana merupakan panggilan yang pada mulanya agak melegakan tetapi kemudian dimaklumkan Seri semakin tenat. Saya terus bergegas bersama Yours Truly. Lokasi terus ke ICU Mutiara. Saya masuk dan lihat bilangan mesin mula berkurangan dan sepasukan team medic turun memantau. Dari situ saya dapat agak bahawa team medic sedang membuat keputusan terakhir mereka.

Saya sempat berjumpa dengan nenek Seri. Kelihatannya lesu, Setia dia disisi Seri sambil memegang erat tangan Seri. Mulutnya disulami dengan bacaan Al-Quran , sesekali memanggil nama Seri,ingin maklumkan bahawa nenek datang tengok Seri. Jauh datangnya untuk lihat cucu buat sekian kalinya.
Hiba hati ini bila lihat suasana itu. Dan hati ini mengatakan inilah saatnya..dengan melihat nafas Seri yang agak berombak dan para nurse seolah-olah sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan, maka hati ini sedikit demi sedikit merelakan jika Seri dijemput olehNya. Di luar kelihatan betapa tenangnya mama dan abah Seri. Mama Seri tak putus-putus membaca kalam Allah, abah Seri pula dengan cekalnya meminta agar Seri diajar untuk mengucap.

Ketika ini saya lihat betapa hebatnya keluarga Seri. Tabahnya mama Seri hari ni, seolah-olah sudah bersedia melepaskan Seri untuk pergi menatap Ilahi. Para doktor mula berbincang dengan ahli keluarga, bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana harapan sangat-sangat tipis. Seri kini fully on life support machine, telah di defibrillation kerana rentak jantung Seri terlalu pantas. perlu di reset bagi mengelakkan komplikasi lain. Semuanya ini perancangan dari Allah SWT. Seri stabil selepas itu. Saya masuk untuk kali ke berapa entah..pesan abah Seri " ajarkan Seri mengucap Ja"..tenangnya dia. Raut wajahnya seolah-olah redha dengan sebarang kebarangkalian, walaupun dia tahu bahawa dia bakal kehilangan puteri bongsunya. Anggukan sayu dari saya dan masuknya saya selepas itu hanya untuk mengalunkan surah yassin dan ajarkan Seri untuk mengucap..itu saja. Air mata sememangnya tak dapat saya tahan. Mahu saya menangis sekuat-kuatnya tapi tindakan sebegitu seolah-olah tidak redha dengan ketentuan yang tetapkan olehNYa. Seri pasti tak mahu begitu. Buat sekian kalinya, suami saya ikut serta ke ICU. kami hanya mampu saling berpandangan antara satu sama lain. Pasrah dengan ketentuan olehNya.

Kami pulang petang itu dengan hati yang bergolak hebat.. Saya  pernah terbaca tentang satu terjemahan dari Surah al-Insyiqaq :
" Wahai manusia, sesungguhnya engkau sentiasa berpenat lelah(menjalankan keadaan hidupmu)dengan sedaya upayamu sehinggalah (semasa engkau) kembali kepada TUHANmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau usahakan itu (tercatat semuanya)


No comments: