Saturday, May 23, 2015

Diari Buat Seri #8

Dear Seri

8/5/15- ICU

Situasi Seri tak begitu baik. Seri makin lemah dan terpaksa fully on life support machine. Saya kini dalam keadaan bercampur baur Seri. Ada ketika hati ini terdetik" Pergila Seri, kiranya itu yang terbaik" dan dalam pada satu saat saya masih belum mahu lepaskan Seri. Masih belum puas kita berkenalan. Masih banyak tempat yang kita ingin jelajah bersama

Seri pernah cakap yang Seri ingin berubah. Berubah untuk jadi lebih baik. Seri sedaya upaya pergi mendalami ilmu Al Quran. Kelas-kelas usrah sedaya mungkin Seri hadiri dan ada ketikanya suara manja Seri mengajak saya untuk turut serta. Malangnya ajakan itu seringkali saya tolak. Kesal juga di hati ini.

Pertama kali kita berjemaah ialah sewaktu Seri membawa saya ke satu masjid. bagi saya agak terpencil kerana saya tak pernah tahu wujudnya kawasan tu. Kata Seri, masjid inilah yang selalu Seri ziarah bersama suami. Mulut Seri tak pernah lekang daripada menyebut sayang dan kasihnya Seri terhadap suami. Suami yang tidak pernah tahu menilai Seri dengan seindahnya. Usai solat, kita ke restoran untuk makan. Pun juga lokasi yang sering Seri lawati bersama suami. Rupanya Seri ingin mengimbau kenangan terindah Seri. Cinta Seri tak pernah padam walaupun saya sering kali memberitahu lupakan saja Seri cinta yang menyakitkan itu. Namun Seri tak putus-putus meyakinkan saya bahawa Seri akan dicintai semula, bahawa Seri akan bahagia bersama cinta hati Seri. Saya ikutkan saja kerana tak sanggup untuk lihat Seri bersedih.

Seri bawa saya lihat pantai. Kata Seri" KakJa, pantai ni indah, lihat pada lautannya buat saya tenang Kak Ja. Sejuk mata memandang. Kalaula hati saya sedamai ini Kak Ja. Kalaula saya bahagia KakJa.." Sesungguhnya saya terdiam. tak dapat saya ungkapkan apa-apa walaupun sepatah ayat. pause...Kata Seri lagi " saya ni dah banyak buat salah Kak Ja. saya lukakan hati keluarga saya, saya tak patut buat macam tu kan?tapi saya perlu taat pada suami saya kak Ja"..jawab saya lepas tu" hmmm...Seri..cinta tu akan datang dan pergi..keluarga, mak ayah tetap ada di sisi ..saat kita susah..saat kita senang.Buat apa simpan cinta yang menyakitkan? Lupakanla kisah sedih.kita mula hidup baru..Hidup ini tak lama Seri. Allah pinjam sekejap saja untuk kita.. nikmatila ia sebaik mungkin. Seri iyakan saja. Kita pulang dengan gembira hari itu..

No comments: