Lama tak masuk. Tak dan untuk masuk berkongsi cerita. Hari ni ada sikit masa dan kerajinan untuk berblog. Dah lama tak buat, rindu pula.
Dalam diam ni sebenarnya sibuk berpacking, kemas mana yang patut. Kembara aku dan anak2 akan berakhir tak lama lagi. Minggu lepas, kami sempat hantar 2 family yang pulang for good. Sedih jugak bila tengok rakan2 yang sama-sama mengharung pelbagai kisah di sini pulang. Paling ketara bila jiran kami yang paling dekat pulang. kosong je bila tengok rumah derang. Tiada lagi riuh rendah budak2 main di Crescent ni..sunyi pulak.
Dulu riuh, kawan dari Nepal punya 2 anak, jiran depan rumah ni punya 4 anak, gabung dengan pasukan kami 4 orang, punyalah riuh rendah duduk main kat luar. Tu belum dengan suara jerit dari mak2 suruh main jauh dr jalan( Malaysian je buat gini..hihi..termsk aku). Kawasan ni mula terasa kehilangan bila awal March haritu, family Nepal ni pulang, latest jiran kami dari Malaysia ni pulang. Anak-anak kami mula terasa bahang nak balik. Every week newslater dari sekolah ada publish students yg leaving..
So after this kami punya turn. It's happy to be back home but sad to leave here. My youngest son was born here, there is a small piece of me burried here. Tak mengapa , moga ketemu lagi..Cerita seterusnya bakal bermula di Malaysia..
No comments:
Post a Comment