Dah seminggu Christchurch dilanda gempa bumi yang mengorbankan setakat ini 156 orang. Cepat sggh masa berlalu. Mulai esok sekolah sekitar Waimakariri dan Selwyn mula dibuka..Legaaaa rasanya.. Paling menggembirakan my boolatt dah mula berjalan, bukan jalan pegang tapi jalan terus!!! Terkejut kami ingatkan dia nak bertatih dulu,macam yg lain,bangun, jatuh, bangun, jatuh dan bertatih kena ada support. Yang ini terus bangun dan berjalan tanpa support!! Suka hati betul dia boleh berjalan by his own. Bebas bergerak dgn mulut tak berenti cakap. Apa yang dia ngomel ntah.gamaknya nak bagitahu wahai penduduk dunia, aku dh boleh jalan!!!! Hari ketiga selepas earthquake, dia bangun dan terus jalan..sekarang ni pantang bukak pintu, laju saja menonong ke pintu. Dua tiga hari lps , bila goyang je,dia ngangis, tido pun terkejut2, tapi sekarang alhamdullilah ok dah. Masa kena yg first dulu tak faham sgt lagi, kena yg kali ni dia dah 11 bulan..dah tahu tafsir perasaan. Sekrangni fokus citer Bollatt jalan, jalan kiut sekali pandang macam robot, dua kali pandang macam penguin..terkedek-kedek..hihihi..sikit video yg sempat dirakam khas buat tontonan keluarga di Malaysia..
No comments:
Post a Comment