Monday, February 14, 2011

Dia conference, kami bercuti..

Last week kami ke Hanmer Springs. Ni dah kali ke berapa dah datang ke mari,jarak perjalanan dalam 1jam lebih dari Christchurch, tapi dari Lincoln ni dalam 4 jam lah..hihhiii..dia ke conference , kami holidayyy..

Hanmer Springs ni satu pekan kecik yang dikelilingi oleh gunung ganang.Sangat cantik dan mendamaikan. Kat sini juga ada open thermal pool(bukan free, kena bayar), ada sulphur pool dan macam2 pool la. Kalo nak mandi m anda bolehlah.Musim winter adalah musim paling cantik kat sini,gunung ganang dikelilingi tu putih melepak jadiknya.Kami duduk kat sini dalam 5 hari, so 4 hari big daddy pegi conference,the rest of the company enjoy..heheheh. Cuaca cantik,tapi malam masih lagi sejuk sbb dalam kawasan hutan dan gunung ganang kan?Kali ni kami pegi tak pegi pool sbb Aqeef allergic, pool macam tu tak sesuai eczema dia.

Tak mengapa sbb kat sini banyak aktiviti. Kat rumah yg kami duduk pun penuh dgn games board, badminton la, tennis la, jadik budak2 tak bosan langsung. Pagi2 kami brisk walk ke pekan, dlm 2 minit je pun dari rumah kami duduk, big daddy punya conference pun depan rumah je, so tak risau nk drive ke hapa.Kami enjoy la, tapi Big Daddy ada sikit stress. Dia present poster tapi nervousnya mcm kena present, tapi mmg gitu pun selalu..mmg dia amat fobia kalo bab2 public speaking ni.

Anyway nak citer psl rumah kami duduk, rumah ni cantik dan comel. Ada dua bilik sajatapi sangat cosy. Kitchen jenis open space..I like ittt..ada washing machine skali(hak ni paling seronok sbb bila balik takyah bawak balik dirty laundry). Ada laman kecik tapi cantik, siap ada kusi taman (kami dinner kat taman kecik ni lah)..w/puncuaca agak sejuk tapi bila makan nasik/lauk panas2 sedap.Big Daddy tak join kami masa dinner sbb dia dinner kat hotel( balik je merungut sbb kena makan vegetarian punya menu..hahahhaha..nasib badan).Tengah malam masuk dapur makan nasik!!



Pagi lps Big daddy pegi conference, kami pegi library,duduk kat situ berjam2. Library kat sini seronok, budak2 boleh main game kat computer, aku dgn kakak dan 2 lagi askar kecik ni duk baca buku. Aqeef mmg suka buku. Dia akan duduk dan dgr dgn baiknya. Malam kedua kat sini , Big Daddy kata dia nervous sbb esoknya akan present poster, since kali ni hanya ada 3 org saja penyertaan dr students, the rest from the lecturers, dan scientists yg dah punya research power gila!( kata dia). Dia cuak , takut ada soklan2 yg takmampu dia jawab dan dia tak confident pun akan menang sebarang award based on poster dia yang amatlah simple(bagi aku cantik, ringkas tapi padat). Aku bagitahulah yg aku berharap sangat poster dia menang, kata dia balik "Over confident sokmo!" heheheheh.

On the event day, t/hari tu dia balik dgn muka berpeluh2, sakit perut katanya. aku agak dah sbb ni tanda nervous dia la tu,I said nothing just him him a cheeky smiles and put some oitment to him. Katanya bertubi2 soklan panel judges tanya, judges kali ni dari US, Australia dan UK,aku tanya boleh jawab dak? katanya dia dgn confident, jawab tu boleh cumanya nervous la..aku kata" owh! ingatkan gugup trus, ok la tu..menang la tu nanti". Dia luku kepala aku dan trus blah ke conference!! Adehh..

Hari ke 3 ada big dinner, aku paksa dia pakai baju batik..hahaha..ada ke nak p dinner pakai santai.Nasib baik ada bawak baju tu dulu, jadikla penyelamat.balik je dr dinner trus dia bercerita psl pengalaman dia lah..sambil mengomel sbb hari2 kena makan sayur..

the last day of conference, aku tanya dia, derang dah announce winner ke? dia jawab..belommmm..toksah mimpilah nak menang. aku cakap ..haisshh jangan cakap gitu, mestimenanglah..lagi aku kena luku pastu dia blah. Then....

Tiba-tiba dia balik dengan muka pucat..aku panic sbb ingat dia sakit perut ke hapa?..Dia mintak air kosong, habis ditenguknya , dgn suara slow2 rock"Mi, poster tu menanglah..betul kata Umi"..huhuhuuu..Alhamdullilah!! poster dia menang lagi. Aku balas balik huh! tak sia2 kena luku kepala hari2..hehehhe

Budak2 happy bila tahu Big Daddy dapat award, bila ajakbalik derang takmo balik! nak duk kat Hanmer Springs!..tapi mmg best pun kat sini, sekolah just a few minutes walk fromhome, sblh rumah ada cafe' tempat aku lepak ngan anak2 sambil minum coffee, library pun best, tak crowded..tapi gitulah kena baliklah jugak , seronok macam pun, rumah kat Lincoln jugak jadik pujaan hati..On the way balik, aku mintak nak buat Bungy Jumping, skali Bid daddy kata" Tak yahlah..putus tali nanti" kurang asam betul!!

2 comments:

umi hadri said...

k.la ngan abe aziz ketawa smpai kuar air mata baca citer ija ni...menarik!
Tahniah untuk Mi..dan tahniah unt ija jugak sbb beri support n motivasi kat Mi.

Unknown said...

kan? macam biasala Mi tu Kak La, mmg dia nervous..maroh dia sbb Ija over condifent..Dio oyat rilek sokmo..bila menang meleret senyum..puas hati la tu..hihihih