To accomplish great things, we must not only act, but also dream; not only plan, but also believe
Saturday, February 5, 2011
Today's story
Hari ni pagi2 lagi kami keluar jalan-jalan makan angin.Suasana pagi tenang sangat, seronok sungguh. Hajat dihati nak cari garage sales tapi niat terpaksa dibatalkan mandangkan cash money belum withdraw.Mana ada garage sales pakai ETPOS machine.ahaks..
Masa lalu di tepi Hagley Park tadi, tiba2 terlintas idea nak menulis pasal Christchurch ni. Unuk makluman pada sapa yg belum sampai ke mari, Christchurch ni banyak taman,jadik bila hari-hari cuti begini banyak aktiviti akan kita nampak, jogging, main rugbi, main kricket, main golf, naik beskal, ni semua aktiviti untuk semua peringkat, dari seawal umo baby sampailah ke golongan veteran. Aku bet suasana begini amatlah biasa di negara luar,tapi rasa akulah payah nak tengok aktiviti beriadah gini kat KL@ mana tempat di Malaysia. Mungkin sekarang dah banyak kot dibuat taman2 utk beraktiviti bersama famili.
Bila lalu di pinggir bandar Christchurch ni, kita akan lihat orang berbasikal, tgh bersihkan laman, potong rumput satu kemestian. hak ni aku kagum sbb jarang-jarang tengok kawasan di Christchurch ni bersemak samun.Derang jaga sangat, sama-sama ambil berat. Baguskan?
laman rumah aku sendiri kat sini, setiap 2 mggu kena potong. Selain dari risau house inpection, malu sbb tgk rumah jiran2 yg semuanya kemas dan teratur.Hhhiihi..lagi satu kat sini aku peratikan setiap rumah akan punya vegetable beds sendiri. Derang bercucuk tanam, aku ada la jugak ini siatif bercucuk tanam, tapi lps pokok cili aku mati, terus tak buat sampai sekarang tapi suka tengok orang punya..masa tu mulalah berangan mcm2..kuat aku ni berangan. Ada yang jadik, ada yg tidak..
Bila baca blog kak Lemon, rasa geram pulak tgk hasil tanaman dia..rajinnnya..jeles aii..tapi takat tu jelah..hihi. Tapi yang nyatakan akan aku kutip idea2 kat sini utk dizahirkan pada laman rumah aku nanti..Rumah belum ada..berangan dulu..hihi. aku nak buat vegetables eds, nampak kemas sikit dan satu lagi tak payah nak gali buat batas.
Rumah kakak di kajang pun pun banyak jugak tanaman. Derang suami isteri mmg minat menanam ni. Mostly bungala, dan derang ada banyak jugakla koleksi orkid yang cantik2..
tapi gitulah kisah hari ni, aku berangan punya rumah yang ada organik veges..mesti bestkan..
* gambar-gambar sekadar hiasan saja..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
cerita yang menarik ija...malu gak Ja royat kitaorg rajin menanam..
ni nk kena lebih rajin lagi ni.
Post a Comment