Thursday, December 3, 2009

Mendung berarak kelabu..

Arghh...sepanjang minggu ni hujan sentiasa. Dan suasananya amatlah sejuk, terasa macam berada di musim sejuk walaupun dah masuk musim panas. Hujan rahmat, namun begitu tahap suhu yang sejuk ni membantutkan pergerakanku.

Cadangnya musim panas kali ni kami nak pegi fruit picking. Belum penah sekali pun lagi pergi. Nampak gayanya kena tunggu pertengahan Disember ni kot baru dapat jelajah dusun buah-buahan itu. Aku cukup suka dengan musim ini sebab pilihan buah yang banyak dan agak murah.

Minggu lepas aku borong nenas. Punyalah banyak dan amatlah memuaskan hati. Minggu ni pulak mangga tengah murah, sebiji $2, oklah tu .berbanding dgn harga kebiasaanya $4 sebiji. Pokok cherry belakang rumah pun dah membuahkan hasil, walaupun tidaklah banyak, tapi adalah..Aku petik sebiji pagi tadi..manisss..yesss..buah plum pulak kemain hebat lagi berbuah, pokok nectarine pun 2x5 galaknya berbuah..puaslah aku makan buah. Semalam nampak buah tembikai, perkg $6, boleh tahan..ingat nak belilah nanti.

Sesungguhnya minggu ni awan mendung semedang, pagi tadi ku lihat mentari memancarkan sinaran, kemain semangat aku kuarkan bakul kainku yang setinggi Mt Cook itu untuk dibasuh..alih2 kulihat awan semakin mendung..aduhhh..mendung berarak kelabu..punah harapanku untuk membasuh kain..tak ada gunanya kalo aku basuh sbbnya mmg tak akan kering. Bagi golongan mcm aku yg tak punya dryer ni, harapan utama hanyalah bergantung pada keadaan cuaca. Nak sidai dalam garage pun, kain yg sebelum ini disidai masih belum keringnya..

Walauapa pun, aku tetap jugak sidai kain aku yang basah-basah kering tu. Harapan ku harapnya keringlah semuanya..aminnn...

1 comment:

catz said...

hi rose..
sini pun musim hujan ni..
cerita pasal tembikai, catz beli tembikai gak semalam..
tah now ni mcm tak lalu sgt nak mkn heavy..(tapi tak kurus2 gak kannnn aku ni..)..

oh best nya fruit picking...
aku kat sini petik buah kat econsave, tesco, giant dan K4..
hhehehe