Wednesday, November 25, 2009

Update..update..

Wala..lama betul tak masuk, berkurun la jugak. mood untuk berblog tu tak berapa ada, pun tak sempat nak pakai since asyik duk berebut dgn anak2 jek.

Sejak bertukar pc ni yang mana jauh lebih laju dan pantas compare dgn yg jadik arwah tu, anak-anak kemain suka lagi duk melekat. PS2 dh ntah ke mana2..tak minat dah katanya..sudahnya aku jugak yg terkulat2. Bila malam, dah sah2 aku kena turn off awal sbb pc dalam bilik kids, kalau on jugak, makanya ada yang tak ke sekolah nanti.

Ok..update ceritalah..

Cerita 1 : Musim panas gini kemain laris lagi ice cream. Dengan aku2 skali terjebak main ice cream. Sama naik dgn budak2. Makanya bercadanglah aku nak buat ice cream sendiri..sampai laaaa ni tak buat2.

Cerita 2 : Rimas dengan lalat. Banyak betul..besar2 pulak tu. Terbang dgn sound effect lagi..Bingit telinga. nampak gaya kena stock up spray banyak2. tak kuasa dah dh nak halau. takat halau2 manja gitu, idak dilayannya..Brutal punya lalat!

Cerita 3 : Persiapan Hari Raya Aidil Adha. Rasanya tak ada apa yang istimewa kot. Tahun lepas kami pergi jalan2..tahun ni tak dapat since Incik Jemi kena present poster right after Raya. So member nak fokus buat poster. Kengkawan yang lain ada buat gath raya yang mana rasanya aku tak dapat pergi. Katanya buat BBQ , kambing 3 ekor tumbang disamping tu adalah menu lain2. Kenapa tak pergi? aku tak menyumbang apa2, baik duit maupun tenaga..takkan suka suki je nak pegi makan Senah oooiii..Segan la jugak..sumbangsih tak buat, alih2 nak dtg makan..ingat VVIP ke? hehehhe.
Tapi kalo ada gambar nanti, maknanya aku buat muka tak malu je la, pegi ambush majlis raya.hhahhahha.. Kenapa tak menyumbang? ntahla..mood tadak nak join majlis..hahhaha

Cerita 4 : Buat hal sendiri. Lately aku suka buat hal sendiri..sungguhlah jarang aku hadiri majlis makan yg dianjurkan oleh persatuan kat sini. Bunyi macam sombongnyaaa dan angkuhnyaaaa..sebenarnya idaklah sombong, wa tadak geng..tak syok arr pegi majlis tadak geng yg satu kapla..hehehe..pun tak reti nak bercakap sangat pun..kalo pegi pun kang, aku makan2, sengih2, makan2, tau2 aku blah..sbb boring. Orang boleh duduk berjam2 menyembang, aku duduk setengah jam, mulalah serba tak kena...tu pasal aku takmo pegi majlis makan2. satu tabiat yang tak dapat aku buang suka tengok org..aku buat pemerhatian..iskkkk..apa nak jadilah..

Apa-apa pun nanti aku akan cuba sedaya upaya mengupdate blog ni sekerap mungkin( err) dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua!

2 comments:

catz said...

selamat menyambut hari raya aidil adha.
apa hidangan pagi raya?
nasi dagang? nasi kerabu? laksam..
dah terbayang menu pantai timur..
:)

Unknown said...

Selamat Eid Mubarak. Hidangan raya saya buat nasi dagang dan pulut kuning sahaja. Nakbuat laksam tapi blom reti lagi..

Catz masak apa?