Monday, September 28, 2009

Aidilfitri 2009


Aidilfitri kedua di perantauan. Kami sambut raya pada 22/09/2009 sehari lewat dari Malaysia. Suasana di sini meriah juga..Tahun ni solat hari raya ada dua tempat, satu di Spreydon Recreaction Centre anjuran Masjid An-Nur dan satu lagi di Ricccarton Comunity Centre anjuran CLUMP ( Canterbury-Lincoln University Malaysian Student) dan Kelab UMNO Christchurch.

Kami solat di Spreydon. First time bawak anak-anak solat Aidilfitri. Tahun lepas Adib sorang berpeluang, tahun ni kami pergi satu keluarga. Meriah sangat. Selesai solat, ada pembahagian cenderahati bagi semua tetamu..Kanak-kanak paling seronok sebab dapat macam-macam hadiah. Aidilfitri kali ni first time anak-anak pakai sampin. Muka masing-masing kelat kelat manis sebab katanya sampin tu skirt..ada-ada je. Usai solat kami balik untuk jamah juadah Aidilfitri.




Nasi minyak kaler2, ayam masak merah, dalca tulang, sambal lada, rendang daging, nasi impit, kuah kacang dan jugak jangan dilupa lemang. Tahun ni special sebab ada kuih raya, ada samperit, choc chip, cornflakes madu dan mama carries..tart nenas tak berjaya buat sebab tak da acuan..next raya lah..

3 comments:

CATZ said...

rose,
selamat hari raya..walauuuu dah dekat 2 minggu.
blog ko bersawang daaa...oo..busy buat kuih raya rupanya...
aku tadek buat kuih apa pun...
meriahhh jugak raya mu di perantauan kan..semua ada..
catz second raya fly ke melben..trip melben perth... so raya kejap sajork..
hemm...meriahhh walau jauh kan..

umihadri said...

wah..mknan lengkap nmpaknye..
lawalah bekah kue rayo tu...baru beli ko?

rose rahim said...

catz,
Selamat Hari Raya jugak..heheheh..blog tak bukak sbb pc ni problem..boleylah try2 buat kuih. Nak raya suasana raya
Best arr tgk catz g jln2..

Kakla,
hahah..makanan tu lengkap. memenuhi selera semua..hahah..bekas kuih tu baru beli..ptg raya baru g cari.RM 1.50 so, muroh dok? tgh sale spring..tu yg muroh tu