Saturday, August 22, 2009

Ramadhan pertama..



Hari ni hari pertama umat Islam di NZ berpuasa. Hari ni jugalah adib mula belajar berpuasa. Mula-mula dia agak keberatan untuk berpuasa mandangkan katanya takut haus, tapi setelah dipujuk dengan menjanjikan ganjaran duit, maka serta merta dia bersetuju..

Pagi tadi kami kuar awal ke bandar untuk mencari bahan2 untuk berbuka puasa. Cuaca hari ni lak agak menarik, maklumlah dah di awal musim bunga. Lepas je zohor tadi, adib mula mengadu lapar dan haus. Kami kalihkan perhatian dia, berjaya la jugak, tapi tewas jugak masa dh dekat2 waktu asar..tak tahan tengok atif dan aqil duk ngulang minum air. air sirup sejuk lak tu..mau member tak terliur..Dek kerana kesian, maka berkata-katalah ayahandanya:

Ayah : Abang tak boleh tahan ke? sikit je lagi.. Adib : Abang haus sangat2 dah. Tak boleh tahan, perut abang sakit( padahal sahur pagi tadi, nasi sepinggan, roti planta sekeping, air milo, dan biskut 2 kpg)
Ayah : Kalo abang tak tahan, boleylah bukak. Tapi upah separuh la ya..sebab puasa separuh
Adib : ok..( terus bukak air kotak , minum, kemain haus lagi dia)


Untuk berbuka hari ni, aku buat nasi kerabu, ayam percik, kopok ubi dan air sirup.. Tiada kuih muih sebab tak dan buat. Walftor masih lagi tinggal bersama kami dan ni merupakan kali pertama dia makan nasi kerabu, dan jugak dia puasa hari ni walaupun non muslim. Walftor ni Sabahan dan kawan baik Incik Jemi. Sama-sama dari bidang plant genetic dan puaslah hati suamiku itu sebab ada member kamceng yang boleh share psl research. Apa-apa pun yang pasti ayam percik ku jadik pilihan ..heheh..secret recipe dari arwah che'. Walaupun ada skit modification dari segi teknik masakan, tapi rasa istimewa itu masih ada.....

Kualiti gambar mmg out sebab amik pakai camera hp. Camera tertinggal dalam kereta dan malas nak kuar ambik sebab :
1. Keta dah masuk garage
2. Sejuk dan berangin..eee..takmo kuar..tak tahan..

2 comments:

CATZ said...

hi rose,
selaamt menjalani ibadah puasa di perantauan..
:)
wow..nasi kerabu..ayam percik..
sedapnyaaaa...nyum-nyumm..

Unknown said...

hi catz,
tq..tq
selamat menjalani ibadah puasa juge utk catz n family..

Itulah..first day puasa kan? bersemangat nak masak..