Monday, August 31, 2009

Iftar ke-9

Lama tak update. Bila tengok blog orang lain, hari-hari update pasal iftar. Bukan apa, tak dan nak duk lama2 dpn pc ni..bulan Ramadhan ni makin sibuk pulak, mana tak sibuknya duk duduk melipat kain yang tinggi menggunung boleh kalahkan Mount Hunt! Punya rajin aku nak melipat.

Since sekarang cuaca dah makin baik, tak sejuk sangattt, maka aku mesin segala baju yg berlonggok kat bilik dobi tu. Aku kuarkan jemuran yang selama ni duk berkhidmat kat dalam rumah..since dah panas kan, so bolehlah pakai jemuran kat luar.

Untuk hidangan iftar hari ke-9 ni, aku masak lagi ayam percik. Kali ni versi putih, haritu buat kaler merah. Makan dengan nasi putih je..




Hidangan sampingan pulak aku goreng daging kunyit, bak choy goreng dan agar-agar santan kegemaranku..hehheh..sempat jugak buat roti canai, tapi tak dan nak capture sbb sblm buka lagi dah habis. Ada orang tak puasa..tak sempat buat apa-apa..aku sempat selamatkan sekeping untuk Incik Jemi..


Hari sebelumnya aku buat murtabak daging. Akhirnya jadik jugak..makan dengan kuah bawang..sedapnya.
Sebelum buat murtabak tu, iftar sebelumnya aku buat nasi hujan panas, ayam masak tomato dan daging kandar..buat acar mentah sikit dan sambal.. Ni hidangan di pinggan ku. Masa tu lupa nak snap gambar lauk pauk yang lain.

Masa aku snap gambar, Incik Jemi kata "Ni my wife tengah kumpul material, lama-lama nanti siaplah thesis PhD dia"..Perli la...perli..masin mulut tu, insya'allah..ada PhD in Food Mgt nanti..hehhehe..coming soon dear!

Oh Ya!, sebelum undur diri kami sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE-52 buat semua dan juga SELAMAT HARIJADI BUAT HADRI!

2 comments:

CATZ said...

amboi...
mengancam hidangan buka poser org di sana...takdelah miss sgt dgn malaysian food..air tangan senirik buatt.,..
untungggg family...
boleh order je hari ni makan apa..lusa menu apa..tulat menu apa..
fuhhh....

roseazmi said...

Tq..tq..tapi tak bleh lawan catz lagi.