Friday, August 14, 2009

Little Journey.


Last weekend, since incik jemi abis awal buat lab worknya, dia mengajak kami jalan-jalan..Apa??? jalan-jalan??? heheheh..

Mandangkan tempoh yang diberi terlalu singkat, maka aku masak ala kadar, siap2 dan terus kami berangkat ke Lake Coleridge. Perjalanan masa 2 1/2 jam. 1/2 jam tu kami makan langsat gara-gara takmo ikut arahan Encik penunjuk arah. Lake Coleridge di dinobatkan sebagai tasik yang terbesar di sini. Perjalanan kami agak membosankan kerana kawasannya sunyi sepi..cottage la katakan..yang kami nampak selain dari gunung-ganang yang bertopi putih itu, adalah kambing biri-biri dan lembu..

Anak-anak agak bosan mandangkan tiada perkara yang berjaya menarik perhatian mereka. Sesampai kami di tasik, pemandangan teramatlah cantik. Berlatar belakangkan gunung yang diliputi salji yang mana kami sangka saljinya tebal hingga ke bawah sebagaimana di Porter's. Salji tak banyak, hanya di puncak. Tasik nya besar, air biru jernih malangnya terlalu sejuk untuk disentuh. Tak sanggup duduk lama-lama sebab sejuk yang amat..dengan tiupan angin beku itu, tak jadi kami untuk bercamping..Sudahnya bekal yang dibawa kami makan dalam kereta. Tempat ni amat sesuai untuk para pemancing tegar, untuk camping ke ( ni time summerla best) time winter gini, tak sanggup lah..sejukkkkkkk..

A few pictures that Incik Jemi managed to snap. No much to share because it's really chilling..

No comments: