Saturday, August 8, 2009

Bihun goreng ala Singapore..

Hari ni cuaca cantik, maka aku bolehlah menjemur apa yang yang patut. Then buat nasi goreng dan fish burger untuk breakfast. Incik Jemi pegi lab, aku dan anak2 just stay at home. Kemas apa yang patut since Selasa ni kami akan terima tetamu dari Mesia. Borak2 dengan anak2, derang kata dah boringlah makan nasi.

Maka untuk makan tengahari , aku masakkan derang bihun goreng ala Singapore. Ni bukan pure bihun goreng Singapore sebab aku dah ubahsuai. Aku letak sayur campur sebab nilah jelah caranya untuk suruh budak-budak makan sayur.

Resepi :

Bahan kisar
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 s/mkn udang kering
1 s/makan lada hitam

bahan lain
1 paket bihun
1 cawan udang
sedikit ayam cincang
2 s/bsr sos tiram ( bergantung pada selera masing2)
Sedikit cuka
kobis-hiris halus
Carrot- dihiris halus
1 cawan sayur campur
garam dan gula
Cara-cara :
1. Bihun direndam hingga lembut, kemudian toskan
2. Panaskan minyak, goreng bahan kisar hingga naik bau
3. Masukkan ayam , udang , sos tiram dan cuka. goreng sebentar
4. Masukkan bihun, dan gaul sebati.
5. Angkat dan boleh dihidangkan.

Budak-budak suka sebab bihun ni tak pedas. Bagi yang dewasa, raciklah cili api ke, letak sos cili ke bagi penambah kick. Selalu kami makan dengan cili jeruk, tapi sejak abis stok ni, kami just letak cili sos untuk tambah kick..

2 comments:

misz_A said...

salam..
thanx for visiting semenza90s

roseazmi said...

heheh..