Sunday, July 5, 2009

Western vs Asian..

Pagi tadi dengan cuaca sejuk sejan( matilah kena hempuk dengan pakar bahasa), aku kuar dengan Aqil pi township. Aqil aku letak dalam stroller, cepat sikit jalan..kalo suruh dia jalan kang, ada yang beku nanti. New World dah nak siap pembinaan dia..ikut jadual bulan 9 ni bukak. Dekat sikit dgn rumah..tak yah jalan jauh nak p Four Square( dasar pemalas!) ngeh..ngeh..ngeh..

Sampai di Four Square, Aqil mintak ice cream. Mak aii! sejuk-sejuk gini ada selera dia nak makan ice cream. Aku ambik apa yang patut, beli ice cream utk budak kecik tu dan terus balik. Cadangnya tak nak singgah2. On the way, jumpa pulak kawan lama..pot-pet..pot pet. Rupanya anak dia yang lawa tu patah hidung masa kat daycare..kesian..dan kena buat nose operation..ada larila sikit allignment hidung tu, tapi GP tak berani nak cakap..kena tengok dia besar dulu, then decide balik. Sian Kareema..lawa budak ni, sebaya dengan Aqil. Parent dah report pada Ministry Education and it still in invastigation. Esok birthday dia, so sempat kami wish happy Birthday comel. Nanti nak selak ada ke tidak gambar Kareema ni..
* Nasib baik ada gambar dia. Selak-selak tadi jumpa..ni dia Kareema, tapi ni gambar lama..sekarang lagi lawa..Rambut dia...alahai..cantik! macam anak Kak Lemongrass..Gorgeous!

Chit-chat-chit chat, mintak diri balik..dia pun nak pegi dairy shop jugak..then kami buat appoitment untuk teatime sama-sama. Balik umah..pung pang pung pang, gedebak gedebus aku buat ni :

Pizza dua biji untuk aku dan anak-anak. Hawaiian Chicken pizza dan Chicken Pizza
manakala untuk Incik Jemi aku masak rendang ayam dan sayur goreng dan sambal belacan( macam tak kenakan kombinasi tu?) . Puncanya Incik Jemi tanak makan Western..Tak kenyang katanya..Kenalah aku masak lain-lain.

Kesimpulannya tajuk di atas dan jalan cerita di bawah tak ada signifikasinya..hahahahah..belasahlah labu..

3 comments:

somuffins said...

Salam.. enchanting blog u have here.
P/S: I lompat dari dapur LG.

roseazmi said...

ooo..tq sebab sudi msk n baca..I pun pengunjung tetap blog LG

CATZ said...

hi rose..sedapnya aku tgk piza itewww..
buat le satu keping lagiii..hantar ke bangi nihhhh....
:)