Sunday, July 5, 2009

Kuih Nona@Sagu bronok


Kuih ni kuih favorite. Suka beli tiap kali nak pegi opis. Paling mudah nak buat, kuih orang malas... Jadiknya boleh mencuba ya...

Bahan-bahan
2 cawan sago
2 cawan gula
4 cawan air
Selai daun pandan( buat wangi, tak letak pun tak pa)
Dua tiga titik pewarna( terpulang pada citarasa masing-masing)
250gm kelapa parut digaul dengan sedikit garam

Cara-cara :
1. Masak air bersama gula dan daun pandan.
2. Setelah gula cair dan naik bau pandan tadi, masukkan pewarna. Buang daun pandan tadi
3. Masuk sago( jangan lupa basuh dulu sago dan tos kering..hehhehe)
4. Kacau dengan api kecil hingga sago masak( biasanya jadik kaler clear)
5. Sejukkan dalam bekas/ loyang@ mana-mana yang sesuailah..
6. Potong dan gaul dengan kelapa garam tadi. Pastikan kuih tadi sejuk dahulu.

Notajarisakitku : Kuih ni memang lembik masa nak potong, bila dah gaul dengan garam, baru nampak rupanya.

No comments: